Paul
Kennedy (2004), telah menganalisis tentang kebangkitan dan kejatuhan
kuasa-kuasa besar dunia. Beliau mendapati faktor penting yang menentukan
kebangkitan dan kejatuhan kuasa-kuasa besar ini ialah sikap bangsa tersebut
terhadap ilmu dan penghayatan budaya ilmunya. Manakala, Ibn Khaldun seorang
pemikir Islam di abad ke-14 pernah menyatakan bahawa bangsa yang mempunyai kekuatan
tenaga manusia serta kekuatan tentera, walaupun berperanan untuk menjadikan
bangsa itu kuat, tetapi ianya tidak menjadi faktor utama bagi memberi kekuatan
hakiki. Malah telah berlaku beberapa peristiwa dalam sejarah bagaimana sesuatu
bangsa yang kuat tetapi tidak ditunjangi oleh budaya ilmu dan kemahiran yang
baik, lambat-laun akan memeluk dan menganuti ciri-ciri tamadun bangsa yang
ditaklukinya. Budaya ilmu dan kemahiran bagi sesebuah masyarakat memberi maksud
bahawa keadaan di mana setiap lapisan masyarakat melibatkan diri baik secara
langsung, mahupun tidak langsung dengan teratur dalam kegiatan keilmuan dan
kemahiran bagi setiap kesempatan.Ia juga merujuk kepada kewujudan satu keadaan
di mana segala tindakan manusia baik di tahap individu, organisasi, mahupun
masyarakat diputus dan dilaksanakan berdasarkan ilmu pengetahuan dan kemahiran.
Di dalam budaya ilmu dan kemahiran, ilmu dianggap sebagai satu keutamaan
tertinggi dalam sistem nilai peribadi dan masyarakat, sementara kemahiran pula
mampu menjadikan sesuatu ilmu itu lebih bermanfaat kepada semua golongan
masyarakat.
No comments:
Post a Comment