Wednesday, 9 April 2014

even the MORON have a DREAM




ORANG BODOH VS ORANG AKADEMIK;


SELAMAT SEJAHTERA DAN MARI KITA BUKA MINDA, CELIK KAN AKAL, JADILAH LUAR BIASA HEBAT.

MUQADDIMAH

1) ‘Orang bodoh’ memerintah orang akademik
2) ‘Orang bodoh’ lebih berani mengambil risiko dan berjaya

Sudah banyak contoh yang kita dapat lihat… orang yang belajar tak berapa tinggi …lebih berjaya dan kaya raya…contohnya Bill Gates (Microsoft), Dell, Henry (Ford), Thomas Alfa Edison etc… Yang lebih mengagumkan, mereka menggajikan ribuan ‘orang akademik’ untuk mengayakan mereka…Bagaimana ini terjadi?

1. ‘Orang bodoh’ sukar untuk mendapat kerja... jadi dia bersusah-payah mencari apa saja pekerjaan untuk sesuap nasi. Orang pandai memerah otak untuk mendapat ijazah supaya senang mendapat kerja

2. ‘Orang bodoh’ selalu melakukan kesalahan, maka dia mengambil orang akademik yang tidak pernah salah untuk memperbaiki yang kesalahannya. Sebenarnya ‘orang bodoh’ memerintahkan orang akademik untuk mengikut kehendak ‘orang bodoh’.

3. Orang akademik berusaha mendapatkan ijazah untuk mendapatkan kerja. ‘Orang bodoh’ berfikir mendapatkan wang untuk membayar gaji dan ijazah orang akademik.

4. ‘Orang bodoh’ tidak tahu menulis dan mengira, maka disuruh orang akademik untuk membuatnya.

5. ‘Orang bodoh’ hanya berfikir pendek untuk memutuskan sesuatu, Sebaliknya orang akademik berfikir panjang untuk kejayaan bossnya, iaitu ‘orang bodoh’.

6. Ketika bisnes ‘orang bodoh’ maju, orang akademik akan menghabiskan waktu bekerja keras untuk mendapat bonus, sementara orang bodoh menghabiskan waktu untuk bercuti dan bersenang-lenang dengan keluarganya.

7. Mata ‘orang bodoh’ akan mencari apa saja yang boleh dijadikan duit. Mata orang akademik selalu mencari perkerjaan dan pangkat daripada ‘orang bodoh’.

Kesimpulan:

1. Orang akademik insyaAllah berjaya di dunia dan akhirat jika digunakan nikmat ilmu itu dengan sebaiknya.
2. ‘Orang bodoh’ tidak akan selamanya bodoh. Malah dengan sedikit pemikiran dan tindakan ‘luar kotak’, insyaAllah kejayaan itu pasti bersamanya.
3. Segulung ijazah/diploma tidak semestinya menggambarkan tahap kepintaran kita

Perbincangan

Siapa lagi yang tergolong dalam kategori ‘orang bodoh’ yang menggoncang dunia?

No comments:

Post a Comment