KEMAHIRAN
BERFIKIR DARI PERSPEKTIF SEJARAH
1.
Socrates: menekankan keberkesanan soalan
untuk menilai dan mempertingkatkan kebolehan seseorang untuk menjana idea yang
bernas.
2. Untuk menggalakkan seseorang
berfikir, soalan “aras tinggi” harus digunakan.
3. Soalan “aras tinggi”
digunakan untuk mencapai jawapan yang bernas :-
·
Mengapa
·
Kenapa
·
Bagaimana
4. Soalan “aras rendah” :-
·
Siapa nama awak?
·
Bila
·
Siapa
5. Idea Socrates telah dikembangkan
oleh anak murid beliau seperti Plato dan Aristotle (ahli falsafah Greek).
6.
Pada 1956, Bloom memperkenalkan
istilah Aras Pemikiran (Taksonomi Bloom).
Taksonomi Bloom
- Pengetahuan
§ Untuk mengingat kembali
sesuatu istilah, fakta atau konsep.
§ Cth : siapa nama awak? Bakar
- Pemahaman
§ Kebolehan menerapkan
istilah, fakta atau konsep dlm situasi yg berlainan dgn perkataan sendiri.
§ Cth : jelaskan makna
fotosintesis
- Aplikasi
§ Kebolehan menggunakan konsep
dan istilah dlm situasi yg baru.
§ Cth : anda dibekalkan dgn
alat untuk proses fotosintesis, cuba
lakukan...
- Analisis
§ Kebolehan membahagikan
konsep atau kaedah kpd bahagian2 dan mengenalpasti perkaitan antaranya.
§ Cth : fotosintesis perlu
air, cahaya dsb.
- Sintesis
- Kebolehan mencantumkan unsur2 supaya mendapat satu corak yg
bermakna.
- Cth : pelajar2 diberi maklumat dan data.
- Penilaian
- Kebolehan menilai idea, konsep @ tindakan.
7.
Krathwohl
et.al (1964) menghasilkan taksonomi
domain afektif dalam proses berfikir.
- Maklum balas ttg perasaan :
§ Geram
§ Mata merah
§ Menangis
- Maklum balas ttg emosi :
§ Sedih
§ Kecewa
- Ada pendirian dan sikap terhadap sesuatu
perkara.
DEFINISI KEMAHIRAN BERFIKIR
1. Presseisen (1987) mengandaikan pemikiran sebagai aktiviti mental di mana pengetahuan
diperoleh dan diolah melalui proses penaakulan.
2. Ruggerio (1988) sependapat dengan kenyataan di atas tetapi menambah bahawa proses
pemikiran mesti ada tujuan atau matlamat. Individu juga perlu mempunyai
keupayaan untuk mengawal proses berkenaan.
3. Chaffee (1988) mendefinisikan pemikiran sebagai aktiviti mental yang mempunyai tujuan
yang tersusun serta melibatkan individu meneliti pemikiran sendiri dan
pemikiran orang lain.
4. Swartz (1989) menekankan bahawa kebolehan berfikir dengan berkesan dalam sesuatu
bidang pengkhususan akan terhalang jika pengetahuan individu terhad. Pemikiran
memerlukan kebolehan mencari maklumat yang ada dalam ingatan dan
menyepadukannya dengan maklumat baru.
Proses ASIMILASI dan AKOMODASI terlibat dalam keseimbangan (EQUILIBRIUM) memperoleh pengetahuan
(Piaget, 1952)
5. Edward de Bono (1976) : kemahiran pemikiran adalah perkaitan dgn
pemikiran lateral yang bukan sahaja untuk selesaikan masalah tetapi berfikir untuk
melihat sesuatu berdasarkan pelbagai perspektif bagi selesaikan masalah.
6. Berdasarkan beberapa
definisi di atas maka takrifan kemahiran berfikir dapat disimpulkan sebagai :
PEMIKIRAN :
·
Proses mental yang memerlukan pengetahuan.
·
Melibatkan pengolahan kemahiran
mental tertentu.
·
Digunakan untuk menyelesai masalah.
·
Menentukan tingkah laku yg
dihasilkan.
·
Merupakan sikap yg ditunjukkan.
KEPENTINGAN BERFIKIR SECARA KREATIF DAN KRITIS
1.
Merealisasikan Wawasan 2020 dan hasrat mencapai negara maju.
2.
Memupuk dan mewujudkan pemikiran yg baik.
i.
Kesimpulan yang dibuat boleh dipercayai
ii.
Keputusan yang dihasilkan lebih bijak.
iii.
Perkara dapat dikaji lebih mendalam.
iv.
Kritikan yang dibuat lebih membina.
3.
Memperkembangkan daya intelek.
4.
Mengelakkan kesilapan berfikir.
i.
Terburu-buru :
tidak meluangkan masa untuyk meneliti factor yang terlibat
ii.
Sempit : tidak menggunakan maklumat yang mencukupi
iii.
Kabur : tidak
mengorganisasi maklumat dan pemikiran dengan jelas
iv.
Bercelaru : tidak
mempertimbangkan semua faktor secara sistematik
No comments:
Post a Comment