KECERDASAN EMOSI
(EMOTIONAL INTELLIGENCE)
1. Mayer & Salovey (1990) mengkategorikan EQ kepada 6 domain :
a. Kesedaran kendiri
(self-awareness)
:Keupayaan menyedari sesuatu
perasaan
b. Mengendalikan emosi
:Berkebolehan mengendalikan
emosi, perasaan dan sikap dalam mengambil sesuatu tindakan
c.
Timbang rasa
:
Keprihatinan terhadap perasaan dan pendapat orang lain
d. Perhubungan
:Kebolehan berhubung dan
sedar jenis perasaan yang ingin dikongsi dengan orang lain
e.
Kerjasama
: Kebolehan meletakkan diri
apabila bertindak sebagai pemimpin atau pengikut
f.
Menyelesaikan konflik
:Menggunakan
kebolehan emosi untuk menyelesaikan masalah
2.
Goleman (1995) menyatakan EQ terdiri daripada beberapa faktor :
i.
Kawalan diri
:Kebolehan
mengenalpasti perasaan sendiri dan orang lain
ii.
Regulasi emosi:
:Kebolehan mengendalikan
emosi, perasaan, sikap dan sesuatu tindakan mengikut cara yang bersesuaian dan
seimbang
iii.
Motivasi diri
:Kebolehan menangguhkan rasa
puas hati yang merangkumi harapan dan keinginan untuk mencapai kejayaan
iv.
Empati:
: Menyedari dan sensitif terhadap
perasaan dan emosi org lain
v.
Mengendalikan hubungan
:Kemahiran bersosial yang
membantu seseorang berinteraksi secara berkesan dengan orang lain
3. Pengetahuan tentang EQ
menjadikan pelajar lebih stabil dalam perhubungan dan interaksi sosial.
Kecerdasan ini juga merangkumi:
a) Tidak hanya bermaksud untuk
menjadi baik
b) Tidak hanya bermaksud
memberi kebebasan menerajui perasaan
c) Setiap individu mempunyai
kekuatan dan kelemahan yang berbeza
d)
Tahap kecerdasan EQ berkembang
sepanjang hidup
PEMIKIRAN
REFLEKTIF
1.
John Dewey (1911) manakrifkan pemikiran reflektif sebagai pengiktirafan sesuatu kepercayaan
atai ilmu pengetahuan dalam lingkungan dasar yang memperkuatkan keyakinan
tersebut dan kesimpulan yang boleh diandaikan darinya.
2.
Lambright (1995) mengaitkan pemikitan reflektif dgn pemikiran kritis. Pemikiran ini memberi
penekanan terhadap tujuan atau maksud / idea yang ingin disampaikan.
v Justeru untuk berfikir secara reflektif para pelajar
perlu diberi latihan yang menggalakkan pemikiran secara kritis.
v Pemikiran ini akan dapat memperluaskan kefahaman
seseorang tentang sesuatu idea, isu atau sistem nilai.
3.
West (1996)
menyenaraikan kebolehan dalam pemikiran reflektif :
a.
Mengenalpasti kesimpulan
b.
Mengenalpasti sebab dan bukti
c.
Mengenalpasti bahasa yang kabur
d.
Mengenalpasti konflik dan nilai
e.
Menilai penaakulan berdasarkan
statistik
f.
Menilai persampelan dan
pengalaman
g.
Menilai penaakulan secara logik
h.
Mengenalpasti maklumat yang
tertinggal atau tersingkir
i.
Kebolehan menyuarakan pendapat
melalui cara yang berhemah.
KESIMPULAN :
Pemikiran
reflektif adalah merangkumi kebolehan memahami fakta, idea, mengaplikasi
prinsip, menganalisa, membuat sintaksis dan kebolehan menilai.
METAKOGNITIF
1.
Metakognitif ditakrifkan sebagai elemen yang mempunyai kaitan rapat
dengan kesedaran yang wujud pada seseorang yang membolehkannya mengawal proses berfikir
dan aktiviti yang sedang dijalankan. Ia merupakan kebolehan seseorang
mengaplikasi strategi, membuat perancangan, menganalisis, dan menilai bagi
melahirkan idea atau membuat sesuatu.
2.
Brown (1980)
menakrifkan metakognitif sebagai kesedaran atau pengetahuan seseorang untuk
mengawal proses berfikir dan aktiviti pembelajaran yang dilakukannya.
3.
Gardner (1992)
berpendapat kebolehan mengawal proses berfikir dipengaruhi oleh faktor umur dan
pengalaman seseorang.
4.
Beyer (1992)
menjelaskan metakognitif merangkumi kebolehan seseorang untuk merancang,
membuat pemantauan dan menilai sesuatu keputusan atau kenyataan yang ingin
diutarakan. Ia terletak di lingkaran luar kemahiran kognitif.
KESIMPULAN :
v Metakognitif adalah kebolehan seseorang dalam
mengaplikasi strategi yang betul dalam proses melahirkan idea tetapi ianya
bukan buah fikiran yang dihasilkan.
Terdapat tiga perkara yang dikawal dalam
proses metakognisi iaitu;
i)
Perancangan: Kebolehan menyatakan
matlamat, memilih operasi, mengatur operasi, dan mengenal pasti halangan.
ii)
Pengkonsepan: Kebolehan diri
untuk sentiasa sedar tentang matlamat, menentukan aktiviti dan operasi
seterusnya, mengesan kesilapan atau halangan dan tahu cara mengatasinya.
iii)
Penaksiran: Kebolehan menilai
tahap pencapaian matlamat, menilai kesesuaian prosedur, dan kualiti hasil
kerja.
Rumusan:
v Secara amnya, Kemahiran Berfikir dibahagikan kepada 2
domain iaitu Kemahiran Berfikir secara kritis dan Kemahiran Berfikir secara
kreatif.
v Kesemua Kemahiran Berfikir secara kritis dan kreatif akan
digunakan untuk membuat keputusan atau menyelesaikan masalah.
No comments:
Post a Comment