Monday, 11 May 2015

KEMAHIRAN KOMUNIKASI RAKYAT

ILMU KOMUNIKASI BUAT RAKYAT MALAYSIA;
"At the end of the day, this struggle is not about me, it is for the nation."-
BAHAWASANYA;
i. Sikap suka memaksa (ikrah) ; Sikap suka memaksa tidak disenangi orang. Biasanya kita akan menjauhi peribadi yang suka memaksa orang lain mendengar kata-kata dia sahaja.
ii. Suka mengikut membabi buta (taklid); Taklid atau mengikut membabi buta adalah satu sikap negatif. Ia tidak membantu membina hubungan antara individu.
iii. Mengikut perasaan (hawa) ; Sikap mengikut perasaan akan membawa hubungan yang buruk dengan orang lain. Orang yang suka mengikut perasaan tidak dapat mengawal emosinya. Contohnya sikap panas baran, suka mencarut, suka menyumpah, cepat melenting, memaki hamun orang lain dan lain-lain lagi.
iv. Berprasangka buruk terhadap orang lain (su’u zann) ; Sebahagian daripada zann itu adalah dosa. (al-Hajurat ayat 12). Kita dilarang daripada berprasangka buruk terhadap orang lain. Sikap ini akan mencetuskan pergaduhan dan saling tidak percaya antara satu sama lain.
v. Melebih-lebihkan cerita ; Sikap membesar-besarkan cerita menyebabkan kita hilang kredibiliti di mata orang lain.
vi. Berbohong • Membesarkan cerita sejenis perbuatan berbohong. Satu lagi jenis berbohong ialah suka mengumpat. Mengumpat atau gosip adalah maklumat yang tidak disahkan kebenarannya. • Kebanyakan gosip mengandungi maklumat yang tidak sah. Akibatnya kita hilang kepercayaan terhadap orang yang suka bergosip.
vii. Meremeh-remehkan perkara yang serius ; Ini melibatkan sudut pandangan yang berbeza antara orang yang mendengar dan orang yang bercakap. Sesuatu itu mungkin dianggap serius oleh kita tetapi remeh oleh orang lain.
viii. Tidak menunjukkan minat ; Sikap tidak menunjukkan minat terhadap orang yang bercakap akan membunuh perbualan itu sendiri. Ini menyebabkan kita tidak percaya kepada orang yang bercakap. Kita menjadi ragu, sama ada dia berminat mendengar kita bercakap atau berpura-pura sahaja.
-even the MORON have a dream-

No comments:

Post a Comment