SOAL JAWAB BERSAMA CR. AHMAD KAMAL BIN ARIFFIN
SOALAN RAKYAT KEPADA SAYA;
Sejak mengetahui anak kedua ada masalah autisme, tumpuan banyak diberikan kepadanya sehingga saya kurang berikan perhatian kepada anak sulung
yang berusia 10 tahun. Kini, anak sulung seakan merajuk dengan saya dan kurang bercakap. Apa perlu saya lakukan?
yang berusia 10 tahun. Kini, anak sulung seakan merajuk dengan saya dan kurang bercakap. Apa perlu saya lakukan?
JAWAPAN SAYA KEPADA RAKYAT:
PENDAHULUAN
Autisme adalah merujuk kepada gangguan perkembangan yang mempengaruhi otak. Gangguan pada otak ini mempengaruhi kemampuan seseorang untuk berkomunikasi, menjalin hubungan dengan orang lain, dan bertindak balas terhadap aspek psikososialnya dengan masyarakat.
Orang yang menderita autisme memiliki tingkahlaku yang kaku dan suka aktiviti yang berulang-ulang. Penderita autisme mempunyai berbagai tingkatan. Sebahagian penderita autisme iniboleh berfungsi pada tingkat yang relatif tinggi, dengan kemampuan untuk berbicara dan kecerdasan intelektual yang baik.
Ada kalangan pengidap autisme mengalami masalah bercakap dan juga ada yang sampai tak mampu bercakap langsung. Menyedari masalah tersebut, banyak kalangan ibubapa atau penjaga kanak-kanak yang alami autisme akan memberi perhatian yang mendalam kepada anak-anak istimewa tersebut. Ia demi keselamatan dan kebajikannya.

PERASAAN NEGATIF DALAM KALANGAN KANAK-KANAK
Akibat daripadanya, memang boleh timbul isu seperti anak anda iaitu berupa sifat cemburu atau dengki. Dia cemburu atau dengki kepada adik nya kerana ibubapanya kelihatan lebih sayang kepada adiknya. Walhal, hakikatnya tidak begitu. Ia lebih kepada soal kasih sayang, tanggungjawab dan ketidakmampuan adiknya untuk berdikari dan berkelakuan normal seperti kanak-kanak yang lain.
JELASKAN REALITI MASALAH ANAK AUTISME
Bagi mengatasi masalah itu, anda hendaklah bijak menyatakan apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh adiknya itu. Nyatakan apa masalah yang sedang dialami oleh adik kandungnya. Apa hak adiknya sebagai hamba Allah, sebagai anak, sebagai adik yang ditakdirkan oleh Allah lahir sebagai anak yang mengidap penyakit autisme. InsyaAllah, apabila dia jelas, tahu dan sedar daripada kesilapannya melakukan persepsi salah terhadap sikap ibubapanya, maka dia akan berubah menjadi abang yang empati. Dengan sikap empati, dia akan menjadi abang yang penyayang, bertanggungjawab dan sanggup buat apa sahaja demi masa depan adiknya lebih sihat dan selamat.
KEMAHIRAN KOMUNIKASI MUSLIM
Sebagai ibubapa, anda mesti mengambil berat tentang kemahiran komunikasi. Anda adalah role model dan pengasuh terbaik untuk membina sahsiah anak yang cemerlang di dunia dan akhirat. Sehubungan itu, terdapat 12 prinsip yang perlu ada dalam komunikasi individu berdasarkan Al Qur’an iaitu:
i. Memulakan percakapan dengan ucapan “Assalamualaikum”;
ii. Bercakap dengan lemah lembut (Al-Taha ayat 43);
iii. Menggunakan perkataan yang baik (Al-Isra’ ayat 53);
iv. Menyebut perkara yang baik-baik tentang diri rakan-rakan (Hadis Nabi);
v. Menggunakan hikmah dan nasihat yang baik (Al-Nahl ayat 125);
vi. Bercakap benar (Al-An’am ayat 152);
vii. Menyesuaikan bahasa dan isi percakapan dengan tingkat kecerdasan pendengar (Hadis Nabi);
viii. Berdialog dengan cara yang lebih baik (Al-Nahl ayat 125);
ix. Menyebut perkara yang penting berulang kali (Sunnah Nabi);
x. Mengotakan apa yang dikata (al-Saf ayat 21);
xi. Mengambil kira pandangan dan fikiran orang lain (Al-Imran ayat 159); dan
xii. Berdoa kepada Allah S.W.T jika memikul tanggungjawab komunikasi yang besar (Al-Taha ayat 25).

Ilmu komunikasi diatas boleh dan bagus diamalkan samaada ketika di dalam rumah, dipejabat, di padang, di pasar atau dimana jua kita berada. Ia adalah akar kepada kemampanan daya komunikasi ummat Islam yang cemerlang.
KESIMPULAN
Kita hidup didunia mempunyai tanggungjawab. Setiap manusia akan ditanya oleh Allah akan apa yang telah dilakukan dan dikerjakan semasa dia hidup di dunia ini. Yang akan berjaya adalah insan yang berkelakuan selari dengan saranan junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan apa yang telah dinyatakan oleh Allah di dalam Al Quran. Kita hadapilah setiap ujian dan kesulitan dengan akhlak yang mulia. Kita juga hendaklah mendidik dan berdakwah kepada insan lain dengan pendekatan yang penuh hemah dan bijaksana. Ia selari dengan Firman Allah dalam Al Quran yang bermaksud, “Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik…” (QS An-Nahl: 125).
-HARAPLAH SELAGI BERNAFAS-
No comments:
Post a Comment