OLEH : Cr. AHMAD KAMAL BIN ARIFFIN, Phd.(012 6650387)
PENDAHULUAN
Gajet berasal daripada perkataan Bahasa
Inggeris “Gadget”. Dalam kamus DBP, gajet
bermakna peralatan. Manakala perkataan gajet bagi penulisan ini merujuk kepada peralatan
komunikasi zaman kini yang berasaskan
penggunaan telefon bimbi. Ia kini sedang
menjadi keperluan utama generasi manusia
zaman kini. Umumnya, gajet ialah hasil
teknologi duniawi, serba canggih, menyeronokkan dan kononnya segalanya di
hujung jari. Umumnya, penggunaan gajet berkenaan menjurus kepada gajet telefon
bimbit dan komputer bimbit yang berteknologi tinggi. Ia boleh berfungsi menghantar mesej, kertas kerja, buku
perkhidmatan, e-mel, surat menyurat, gambar, video dan seumpamanya. Dengan sifat
hujung jari yang cekap menaip, para pengguna gajet akan menikmati pelbagai sumber
hasilan informasi, hiburan dan gambar yang boleh memberi kesan motivasi
intrinsik dan ekstrinsik kepada pengguna. Malah ia juga boleh memberi kesan
positif dan juga negetif kepada para pengguna. Namun, ia jelasnya banyak
bergantung kepada setakat mana tinggi atau rendahnya iman seseorang itu,
khususnya kepada kalangan para suami.
ISU
Paparan media massa di dalam negara dan
juga luar negara menjelaskan ada banyak isu yang muncul lantaran sikap suami
yang dilihat negetif dari segi penggunaan gajet berkenaan. Namun, sebelum saya
menjelaskan isu-isu negetif berkaitan salah caragaya penggunaan gajet, saya jelaskan
dahulu akan kebaikan gajet kepada para pengguna khususnya kepada kalangan
suami. Kebaikan gajet dari segi kegunaannya
adalah sebagai:
1.
Alat komunikasi
2.
Alat keselamatan
3.
Alat pencarian maklumat
4.
Alat bantu belajar
5.
Alat bagi penggunaan ibadah
Manakala kesan negetif gajet terhadap kalangan
suami ialah;
1.
Memudahkan suami terlibat dalam skandal
2.
Mengkhayalkan suami dari segi gambar dan
video porno
3.
Ketagih dengan aktiviti melayari dan
menggunakan aplikasi whattapps, keek, youtube, instagram, twitter dan facebook.
4.
Mengurangkan kemesraan suami isteri
5.
Merosakkan minda dan jiwa suami
6.
Menjadikan suami hidup dalam khayalan dan
membazir masa dengan bermain gajet.
7.
Menjadikan suami cepat marah
8.
Menjadikan suami bersikap pentingkan diri
sendiri
PUNCA
Punca berlakunya masalah suami ketagih
gajet adalah disebabkan tirisnya ilmu
mengenai konsep kepimpinan sebagai seorang suami. Sebab itu Imam Al Ghazali
berpesan “Menuntut ilmu adalah takwa. Menyampaikan ilmu adalah ibadah.
Mengulang ilmu adalah zikir. Mencari ilmu adalah jihad”. Lantaran tirisnya ilmu
mengenai ketrampilan suami dalam menggunakan gajet di rumah, maka timbullah isu
suami ketagih gajet disebabkan;
1.
Suami lemah dari segi ilmu disiplin
pengurusan masa
2.
Suami tidak jelas peranan sebagai suami,
ayah dan role model kepada seisi keluarga.
3.
Suami tidak matang dari segi memain peranan dan tanggungjawab sebagai suami
4.
Suami mementingkan kepentingan hawa nafsu
sendiri
5.
Suami kurang penghayatan hidup berilmu agama
dan mengamalkan ilmunya, selari dengan tuntutan agama.
Daripada 5 punca yang saya nyatakan
diatas, perkara utama yang menjadi punca adanya suami lemah personaliti akibat
gila gajet meskipun berada di rumah adalah perkara nombor 3 iaitu suami tidak
matang dari segi peranannya sebagai suami dan ayah kepada anak-anaknya.
Kesan daripada sikap suami gila gajet,
isteri di rumah akan berasa kekurangan dari segi;
1.
Sentuhan jasmani (Kemesraan akan kurang.
Suami lebih banyak masa pegang gajet berbanding pegang isteri)
2.
Sentuhan rohani (Isteri kurang bimbingan
rohani. Sebab hati suami dah menjadi
keras. Suami kurang atau tidak mampu memberi bimbingan kata-kata rohani kepada
isteri dan anak-anak. Sebab suami sendiri tak betul dan kurang penghayatan
rohani dalam jiwanya)
3.
Sentuhan emosi ( Hubungan mesra dan
kekeluargaan menjadi kurang. Suami lebih stress kepada isu dan masalah yang
ditumpunya pada bahan-bahan dalam gajet).
4.
Sentuhan intelek (Kurang majlis ilmu di
dalam rumah. Suami tidak membudayakan aktiviti berbincang mengenai sesuatu yang
bersifat ilmu duniawi dan ukhrawi bersama isteri dan juga anak-anak).
Jelasnya, kesan gila gajet menjadikan
pihak suami hidup dalam dunia tersendiri. Malah ada suami yang bukan sahaja
mengabaikan keperluan jasmani, emosi, rohani dan intelek isterinya di rumah,
malah dirinya sendiri boleh terabai misalnya mengabaikan makan minum, kurang
tidur, mata jadi rosak, sakit-sakit saraf badan dan hidup bagaikan “zombie”
yang tidak ada empati terhadap diri sendiri dan orang lain. Mungkin atas
kesedaran akan wujud kesan negetif gajet, Albert Einstein (1967) telah
mengingatkan generasi muda pada hari ini dengan menyatakan “I fear the day that
technology will surpass our human interaction. The world will have a generation
of idiots”.
Dari aspek kesihatan diri pula, kajian
dari Universiti Arizona, Amerika Syarikat (2015) mendapati sikap gila gajet
dalam kalangan suami boleh memberi kesan negetif dari segi 7 perkara berikut;
1.
Sindrom suka menukar gajet dari semasa ke semasa
2.
Susah hendak tidur malam
3.
Sindrom stress emosi
4.
Kegemukan
5.
Telinga rosak
6.
Mudah mendapat penyakit hati
7.
Mudah mendapat penyakit asma
Malah, dapatan kajian tersebut juga
mendapati kotoran berkuman pada gajet telefon bimbit miliki kuantiti 10 kali
ganda lebih banyak dibandingkan di bilik mandi. Seterusnya, rumusan kajian
tersebut menyatakan sikap gila gajet dalam kalangan manusia dikenali sebagai
nomophobia (no-mobile-phone-phobia), iaitu tanpa gajet seseorang itu mudah terasa
sangat kekurangan, tertekan dan cemas.
FORMULA
PENYELESAIAN MASALAH
Bagi mengatasi masalah tersebut, berikut
adalah langkah-langkah yang perlu diamal dan dilakukan oleh pihak isteri;
1.
Doa. Berdoa dengan ikhlas dan bersungguh
akan menjadikan pihak isteri menjadi lebih tenang dan bertawakal kepada Allah.
2.
Takwa. Berusahalah sehingga suami mendapat
celik akal (kesedaran) bahawa imej suami yang bertakwa ialah dia lebih banyak
masa pegang Al Quran dan sangat sikit masanya diperuntukkan untuk aktiviti
menggunakan gajet ketika di dalam rumah bersama ahli keluarga khususnya isteri.
3.
Komunikasi. Cakaplah dengan suara dan
intonasi yang paling lembut dan terbaik terhadap suami. Jangan lawan dan
bercakap kasar terhadap suami. Sebaliknya bimbing dan ingatkan suami akan
peranannya. Ia bagi membasmi sikap suami asyik main telefon bimbit samada di
dalam bilik tidur, majlis makan malam seisi keluarga, bersantai depan
televisyen dan telefon bimbit sentiasa didalam genggaman termasuklah ke dalam
tandas.
4.
Tabah. Jangan berputus asa bagi mengingat
dan membimbing suami supaya bersikap matang dan bebas daripada budaya gila
gajet.
5.
Yakin. Sikap yakin akan kemampuan diri
bagi mengubah suami agar tidak gila gajet. Justeru, berusahalah tanpa mengenal
erti putus asas.
6.
Sopan. Suami akan mudah mendengar nasihat
isteri jika pihak isteri miliki peribadi
yang lemah lembut namun sangat kuat dari segi mengamalkan gaya hidup muslimah.
Misalnya pakaian menutup aurat, memuliakan suami dan anak-anak, tekun dalam
menjaga makan minum, kesihatan, kebajikan bathin suami, pakaian seisi keluarga
dan harta benda suami di dalam dan luar rumah. Fitrah para suami akan mudah
cair dan setia nuraninya jika pihak isteri miliki konsep kendiri yang baik
seperti diatas.
7.
Fitrah. Kena ingat sentiasa mengenai
fitrah manusia. Misalnya adalah fitrah bahawa setiap manusia ada kelemahan. Setiap
manusia berhak mendapat nasihat dan kasih sayang daripada sesiapa sahaja
khususnya daripada seorang isteri kepada suami tercinta. Fitrah manusia sangat
mudah tersentuh hati apabila mendapat nasihat dan layanan yang penuh kasih
sayang, jauh daripada kata-kata berupa penghinaan dan marah-marah.
KESIMPULAN
Tidak ada masalah yang tidak dapat
diselesaikan. Sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud “Allah tidak menurunkan
penyakit kecuali diturunkan penawarnya” (Riwayat Bukhari). Masalah suami gila
gajet sebenarnya bukan masalah rumit untuk diperbaiki. Ia soal personaliti yang
“matang” atau “belum matang”. Matang adalah soal istimewa dalam nilai konsep
kendiri seseorang suami. Ada suami yang baharu berumur 20an namun nilai konsep kematangan
kendirinya sangat bijak, matang dan jauh kehadapan. Sebaliknya ada suami yang
sudah berumur 50an namun nilai konsep kendirinya tidak matang. Ia tidak jaga
solat, terlalu suka bermain dan habis masa dengan aktiviti mengguna gajetnya.
Natijahnya, pihak anak isteri menjadi meluat, sedih hati dan rasa tidak
dihargai oleh pihak suami/ayah tersebut. Oleh itu, pihak isteri punyai peranan
besar bagi menyedar dan memotivasi pihak suami agar berubah menjadi lebih
matang. Apabila matang atau sedar diri, maka dia akan berubah menjadi lebih
banyak beramal ibadah, melayan isteri dan anak-anak. Masanya akan berfokus
kepada membuat amal kebajikan untuk ahli keluarganya samada di dalam atau
diluar rumah. Isteri boleh memainkan peranan untuk mengubah sikap suami. Namun
jika isteri tidak sanggup untuk berusaha keras
bagi mengubah sikap negetif suami
sendiri, maka pastinya orang lain tidaklah boleh diharapkan. Usaha tangga
kejayaan. Yakin boleh.
No comments:
Post a Comment