Wednesday, 26 July 2017

EDU GENERASI MUKA



Bangsa Eropah paling popular di dunia adalah bangsa Rom. Rom adalah sebuah wilayah yang berada di negara Itali. Jika dulu, Rom adalah sebuah empayar yang merentasi Asia dan Eropah Timur. Jika dibandingkan dengan sempadan negara Itali yang ada sekarang, ia bergitu kecil berbanding empayar Rom  yang besar dan kaya-raya.
Rom pernah bersengketa dengan beberapa empayar seperti Empayar Parsi, Mesir dan bangsa-bangsa yang mereka gelarkan sebagai bangsa gasar atau Barbarian. Jika dibaca buku sejarah, musuh utama Rom adalah Parsi dan Mesir. Antara perang besar melibatkan Rom dan kedua-dua empayar tersebut adalah Battle of Nile pada Februari 47BC antara Rom dan Mesir, Battle of Singara pada 344AD antara Rom dan Parsi, Battle of Edessa pada 260 antara Rom dan Parsi dan banyak lagi.
Namun, fakta itu tidak benar sama sekali. Musuh utama Rom adalah bangsa-bangsa yang Rom gelarkan Barbarian. Bahkan kejatuhan Rom pada abad ke-5 banyak disebabkan oleh peperangan dengan ‘bangsa Barbarian’. Apa yang dimaksudkan dengan Barbarian?

Pengertian Barbarian

Barbarian adalah perkataan yang dipinjam daripada Yunani atau Greek yang bermaksud ‘bukan daripada kalangan orang Greek’. Namun, masa berganti masa, bulan berganti bulan dan bergitu juga dengan istilah ini apabila istilah Barbarian akhirnya sinonim dengan bangsa yang tidak bertamadun dan tidak beragama.
Bagi orang Greek atau Yunani, mereka menganggap bangsa lain adalah mundur dan tidak bertamadun sedangkan perkara yang sebenarnya tidak sebergitu kerana bangsa-bangsa lain mempunyai tamadun mereka yang tersendiri.
Lihat sahaja tamadun yang dibina di Petra, Mesir dan Parsi yang sezaman dengan mereka. Mereka bukan sahaja bertamadun tetapi jauh lebih hebat daripada mereka. Malah, ahli sejarah mereka,Herodotus juga kagum dengan kerajaan Mesir yang berjaya membina Piramid yang seketul batunya sahaja setinggi manusia dewasa.
Tetapi, mengapa mereka sering melabelkan bangsa-bangsa selain mereka(Rom dan Yunani) adalah bangsa mundur?Fakta ini turut diperakui bulat-bulat oleh kebanyakkan buku-buku sejarah termasuklah buku teks sejarah yang diajar di Malaysia?mengapa perkara sebergini terjadi?

Faktor Keagamaan?

Perlu diketahui bahawa sekitar awal abad ke-2, agama Kristian telah giat disebarkan oleh mubaliqh-mubaliqh mereka ke serata dunia terutama ke rantau Eropah. Agama Kristian seringkali dikaburkan dengan dakwaan bahawa empayar Rom adalah empayar yang pertama memeluk agama Kristian. Dakwa mereka lagi, Constatine the Great adalah maharaja pertama di Eropah yang memeluk kristian pada 314M. Namun, ia langsung tidak benar.
Agama Kristian sebenarnya mula dianuti oleh bangsa-bangsa yang bangsa Rom gelarkan ‘barbarian’. Antara bangsa yang dikatakan ‘barbarian’ itu adalah Goth, Vandals, Alans, Thervingi dan Langobard.

-even the MORON have a dream-

No comments:

Post a Comment