Tuesday, 20 March 2018

17 PRINSIP KEJAYAAN




PRINSIP YANG BERKAITAN DENGAN SIKAP

 

Prinsip 1: Sikap Mental Positif

•      Hanya anda yang boleh mengendalikan sikap anda

•      Hanya anda yang boleh menerima dan menolak

•      Satu usaha untuk menggantikan fikiran yang negatif

•      Perlu dilatih setiap hari agar jadi kebiasaan

•      Gantikan sikap ragu kepada yakin kepada diri

 

Prinsip 2: Kepastian Tujuan

•      Merupakan peta jalan untuk mencapai seluruh sasaran kerjaya

•      Anda perlu tahu kemana anda harus pergi

•      Kejayaan pada waktu singkat memerlukan persiapan bertahun-tahun

•      Tujuan anda akan menjadi hidup anda dan membantu memusatkan seluruh tenaga untuk mencapai tujuan tersebut

 

Prinsip 3: Bekerja melebihi yang perlu dikerjakan

•      Ganjarannya melebihi daripada sepatutnya

•      Berusaha mengumpulkan saham

•      Kecemerlangan itu milik manusia biasa yang berusaha secara luarbiasa

 

Prinsip 4: Belajar daripada kekalahan / kegagalan

•      “Gagal dalam satu perkara, hanya untuk mendapat kejayaan yang lebih besar dalam hal lain”

•      Kekuatan kita tumbuh dari kelemahan kita

•      Kita tidak kalah kalau kita jatuh, tetapi kita memang kalah kalau kita tidak bangkit semula.

 

PRINSIP YANG BERKAITAN DENGAN KEPERIBADIAN

 

Prinsip 5: Inisiatif Peribadi

•      Inisiatif ialah melakukan perkara yang benar tanpa disuruh

•      Dunia menyediakan hadiah besar hanya kerana satu perkara, iaitu inisiatif:

–   Cipta peluang anda sendiri

–   Serius untuk lakukan yang lebih baik dari semalam

–   Bersedia bertahan dan bertanggungjawab untuk mengambil keputusan dan mengambil risiko meskipun dalam tugas-tugas besar

Prinsip 6 : Antusiasme

•      Suatu keadaan fikiran yang memberi inspirasi untuk bertindak

•      Menjadi bahan bakar semangat yang tulus

•      Sentiasa dalam keadaan ghairah untuk bekerja

•      Menyukai perkara yang dilakukan

 

Prinsip 7: Keperibadian yang menyenangkan

•      Anda perlu mengembangkan watak yang positif

•      Andalah yang menentukan watak keperibadian anda

•      Kejujuran dan integriti sangat penting untuk watak yang kuat

•      Batasan anda terletak pada fikiran anda

 

Prinsip 8: Disiplin Diri

•      Kita mempunyai akal, ketenangan dan keseimbangan untuk mengendali diri sendiri

•      Kita memiliki kekuatan untuk berfikir dan memerintah fikiran anda ke arah yang anda inginkan

•      Disiplin diri memiliki kekuatan besar membuat kita terus maju.

 

Prinsip 9: Menganggarkan waktu dan wang

•      Carilah waktu yang paling baik untuk berfikir

•      Kita hanya diberi 24 jam sehari?

•      Menghargai setiap sen yang kita terima dan belanjakan

•      Kegelisahan masalah wang boleh membunuh cita-cita

 

Prinsip 10: Menjaga kesihatan fizikal dan mental

•      Banyak penyakit sekarang dikaitkan dengan gaya hidup

•      Gantikan kebiasaan yang buruk dengan yang sihat

•      Pastikan irama yang teratur dari kasih sayang, ibadat, belajar dan riadah untuk tingkatkan tenaga

•      Tenaga tambahanlah yang membezakan antara juara dengan si gagal

 

PRINSIP YANG BERKAITAN DENGAN PERSAUDARAAN

 

Prinsip 11: Penggabungan Kekuatan

•      Apabila 2 kekuatan digabungkan, hasilnya gabungan kekuatan yang jauh lebih besar daripada jumlah kekuatan kedua-duanya

•      Meskipun sulit, tidak ada masalah yang terlalu sukar untuk dipecahkan dan tidak ada cita-cita yang terlalu tinggi untuk dicapai

 


Prinsip 12: Kerja Berpasukan

•      Setiap ahli pasukan bekerjasama untuk mewujudkan satu tujuan

•      Dalam satu pergaduhan, jika kita cari pemenang…kita tidak akan jumpa penyelesaian ; tetapi jika kita mencari penyelesaian…kita tidak akan jumpa siapa pemenang

 

PRINSIP YANG BERKAITAN DENGAN INTELEK

 

Prinsip 13: Wawasan Kreatif

•      Imaginasi adalah kerja fikiran

•      Kita tidak akan mencipta kejayan dan kecemerlangan besar kecuali kita mencipta kualiti tersebut dalam dalam fikiran dan membayangkan anda memilikinya

•      Kecemerlangan itu bermula dengan angan-angan biasa tetapi dikerjakan dengan usaha yang luar biasa

 

Prinsip 14: Perhatian yang terkawal

•      Kemampuan untuk mengawal dan mengarahkan fikiran kepada satu punca masalah sehingga kita boleh mengawalnya

•      Kemampuan untuk mengorganisasikan pengetahuan dan fikiran ke satu arah yang ingin dicapai

•      Kita dapat melakukannya kerana kita percaya kita dapat melakukannya

 

Prinsip 15: Berfikir secara tepat

•      Berfikir tepat dibantu oleh tindakan mengenali, menghubungkan, mengasimilasi dan menerapkan informasi yang diperolehi dengan masalah yang dihadapi

•      Otak manusia seperti komputer

•      Ingatan selalu dikaburkan oleh emosi, prasangka dan berlalunya masa

 

PRINSIP YANG BERKAITAN DENGAN KEROHANIAN

 

Prinsip 16: Penghayatan Iman

•      Berbuatlah kepada orang lain sebagaimana anda ingin mereka berbuat kepada anda

•      Kebaikan yang anda lakukan kepada orang lain akan kembali kepada anda melalui sumber yang anda sendiri tidak menjangkainya

 

Prinsip 17: Kekuatan kebiasaan Kosmik/Hukum Alam

•      Hanya manusia yang tidak diperintah oleh naluri akan dapat menggantiakan kebiasaan yang buruk dengan yang lebih baik

•      Salah satu cara mempelajari sesuatu ialah mengulanginya

•      Semua kegagalan dan kejayaan terletak kepada kebiasaan yang anda bentuk sendiri

No comments:

Post a Comment