Friday, 9 November 2012

AKTIVITI PENGHARGAAN DIRI


PENGHARGAAN DIRI
Tajuk : Kotak Supernova (Cahaya yang menyinari)
Objektif : Diakhir aktiviti ini peserta dapat:
1. mengenalpasti ciri terbaik yang ada pada wajahnya.
2. berkongsi anugerah Tuhan yang dimilikinya.
3. meyakinkan orang lain yang dia adalah insan istimewa.
Masa : 120 minit
Bahan : Kotak dan cermin
Langkah :
1. Peserta membentuk bulatan dalam kumpulan masing-masing.
2. Fasilitator mengedarkan kotak supernova bermula dengan peserta pertama hingga yang terakhir dan merahsiakan apa yang dilihat.
3. Fasilitator meminta setiap peserta berkongsi anugerah Tuhan dengan ahli-ahli kumpulan kelebihan yang terdapat pada wajahnya seperti mulut, mata, alis mata, hidung, bibir dan sebagainya.
4. Setiap peserta diminta meyakinkan peserta yang lain tentang keistimewaan yang ada pada dirinya.
5. Fasilitator membuat rumusan.
Falsafah :
1. Dirimu sangat berharga

KEMAHIRAN DALAM KAUNSELING

DINAMIKA LATIHAN DALAM KAUNSELING

 KEMAHIRAN MENDENGAR

BIMBINGAN DAN KAUNSELING


 BIMBINGAN DALAM KUMPULAN



PEMBIMBING

AKHI SUPER AKBA

KEPENTINGAN ILMU KEPADA DIRI, BANGSA DAN NEGARA



DEFINISI ILMU
Y  Makna atau erti dari sesuatu fakta atau maklumat
Y  Membawa manusia kepada kebenaran

KEMAHIRAN DIRI DAN TAHAP MINDA
        Kemahiran Diri                                     Tahap Minda
a) Melihat                                                        Minda Dungu (Gelap)
b) Memerhati                                                   Minda Bodoh (Sedar/Insaf)
c) Memahami                                                  Minda Tahu (Pengetahuan)
d) Berfikir                                                       Minda Pandai (Beringat)
e) Mengambil Pelajaran                                   Minda Bijak (Menyesuai)
f) Beriman / Yakin                                          Minda Cerdik (Inovatif)
g) Beribadah/ Melaksanakan Tugas                Minda Pintar (Gigih)
h)Bersyukur/ Redha (Tabah)                           Minda Haniff (Tabah)

DASAR PELAJARAN

      Memenuhi keperluan negara (kebudayaan, sosial, ekonomi dan politik)

      Mengikut kemahuan ibubapa

      Bahasa Kebangsaan sebagai pengantar


PUSAT PENGAJIAN

      Umpama kilang memproses output mengikut keperluan negara & masyarakat

      Tempat menyemai segala nilai yang terkandung dalam DPN dan Wawasan 2020

      Pusat pemerosesan dan pembangunan manusia

 

PELAJAR

      Bahan Mentah yang diproses (dibungkus dan dirempahi dengan nilai)

      Permata yang dicanai, digilap dan dijelmakan dengan nilai sejagat

      Pencari ilmu (bukan disuapkan dengan ilmu)

 

NEGARA MAJU

Mempunyai masyarakat yang:

      confident   

      infused by strong moral and ethical values

      democratic

      tolerant

      economically just and equitable

      progressive and prosperous

      competittive, dynamic, robust and resilient

 

DASAR PENDIDIKAN  NEGARA

Membentuk Insan:

      Berilmu dan Berakhlak

      Seimbang dan harmoni

      Boleh capai kesejahteraan diri

      Beri sumbangan kepada keharmonian dan kemakmuran negara

 

 

PERANAN PELAJAR

      Think Globally and act locally

      fleksibel, berketrampilan dan multi kemahiran

      New World Order

      Negara Maju Acuan Sendiri

      Masyarakat berilmu berasaskan sains dan teknologi serta teknologi maklumat

      Bermaruah, berdaya tahan dan daya saing tinggi berasaskan etika dan moral

 

TRANSFORMASI MALAYSIA

Y  Resource based

Y  value added economy

Y  Ekonomi berlandas ekonomi tinggi


SELEPAS SPM ?

      A Level (persediaan keluar negara)

      Peringkat Ijazah ( UiTM,UTM, UTTHO, UM,)

     Matrikulasi (BMKPM , UIA)

      Diploma

      Tkn 6 (STPM)

      Maahad Tahfiz

      Kursus Peringkat Persijilan

      Kerja

 

MATRIKULASI ?

     BUMIPUTERA

      Lulus SPM/SPMV

      Kepujian Bahasa Melayu

      Lulus Bahasa Inggeris

      Kepujian Matematik

                        +

      M.Tambahan/Fizik/Kimia atau P.Akaun/ E.Asas/ Perdagangan

 

KEMANA SELEPAS  MATRIKULASI ?

      PURATA NILAI GRED KUMULATIF

   > 3.0      : TAJAAN JPA LUAR NEGARA

   > 2.00    : LAYAK MASUK IPTA/IPTS

   < 2.00    : GAGAL MATRIKULASI

 

 

 

 

 

SEBELUM IPTA...

SUDAHKAH ANDA:

 

      Uji Personaliti?

      Uji Minat Kerjaya?

      Uji Nilai Diri?

      Ukur Pencapaian Diri?

 

TAJAAN JPA LUAR NEGARA

      UNIVERSITI UNITED KINGDOM

      UNIVERSITI USA

      PROGRAM KHAS  JEPUN

      PROGRAM KHAS PERANCIS

      PROGRAM AKADEMI JEPUN

      PROGRAM TEKNIKAL JEPUN

      PROGRAM TEKNIKAL KOREA

      PROGRAM KHAS TIMUR TENGAH

 

MATRIKULASI SAINS FIZIKAL...

Ciri

      Elak kerja sosial

      Kekuatan fizikal

      kebolehan mekanikal

      Wang, kuasa, status

      Maskulin

Sifat

      Pemalu

      Suka ikut Perintah

      Berterus terang

      Materialistik

      praktikal

      Natural

      Jujur

      Tekun

 

Program Sains Fizikal

      Kejuruteraan

      Sains Komputer

      Teknologi Maklumat

      Ukur Bangunan

      Ukur Tanah

      Teknologi Industri

      Teknologi Kayu

      Teknologi Kertas

      Teknologi Kawalan Mutu

      Komputeran Industri

      Sains Sukan

      Remote Sensing

      Teknologi Percetakan

      Teknolgi Perabot

      Penerbangan

7 CABARAN KERJAYA TAHUN 2020

1. Cabaran Kemampuan Mendengar & Memahami

    Perlukan Penumpuan & Keazaman yang kuat

2. Cabaran Kemampuan Bercakap/ bentuk ayat

    Kekurangan perbendaharaa kata

    Lembab dan tidak yakin

    Kesilapan dalam pembinaan ayat

3. Cabaran Kemampuan Membaca & Menulis

    Membaca secara normal

    Membaca secara laju

    Membaca secara  mendalam

4. Cabaran Kemampuan Sistem Komunikasi Berkesan

    Paksi Komunikasi

5. Cabaran Kemampuan Matematik

    Teknologi Maklumat

    Komputer (Penganalisaan)

    Teknik Kawalan Mutu

    Proses Statistik

6. Cabaran Penglibatan Aktiviti Profesional

    Kerjaya masa depan memerlukan inter relationship yang berkaitan dengan aktiviti profesional

 

7. Cabaran Penglibatan Aktiviti Sosial

    aktif


MANUSIA  BERKUALITI

     Pantas dalam pemerhatian

     Tenang dalam tindakan

     Berkeupayaan

     Waras

     Bertindak cepat dan tepat

 

 

PERLAKUAN YANG MEROSAKKAN IMEJ DIRI

      Cemburu

      merasa bersalah

      sukar beri pujian

      tidak menerima penghargaan

      sukar meluahkan rasa hati

      tidak mesra dengan orang lain

      suka mengkritik orang lain

      kesihatan selalu terganggu

 

AMALAN YANG SIHAT

      Hargai setiap sanjungan dengan senyuman dan ucapan terima kasih

      Berusaha menghargai dan memberi pujian

      Selalu memperkatakan yang baik-baik tentang diri

      Sayangi dan hargai diri sendiri

      Bergaul dengan orang yang baik-baik

      Tambah ilmu (idea dan inspirasi)

 

HALANGAN KECEMERLANGAN

      Sikap Malas

      Sikap Bertangguh

      Sikap Berpura-pura

      Sifat mementingkan diri sendiri

      Hidup Tanpa Tujuan

 

BAGAIMANA MENGUBAH CORAK PEMIKIRAN?

      Tetapkan Fikiran

      Perancangan (jangka pendek dan panjang)

      Azam yang kuat

      Percaya pada diri sendiri

 

TANDA-TANDA KECEMERLANGAN MULA BERJAYA

      Kesihatan Bertambah Baik

      Pemikiran Sentiasa Cergas

      Rasa Bahagia Meningkat

      Anda Menjadi Semakin Teratur

      Menyukai Peribadi Diri dan Orang Lain

      Anda Berasa Menjadi Lebih Menarik

 

10 PETUA MENINGKATKAN KECEMERLANGAN

      Berusaha Mencari Ilmu

      Bersedia Terima Kebenaran Tentang Diri

      Pikul Tanggungjawab (kejayaan/kegagalan)

      Hadapi Masalah dan Cuba Selesaikan

      Tolak Jalan Mudah / Singkat

      Ketepikan sentimen yang remeh

      Berterus terang

      Berbuat Baik Tanpa Fikir Balasan

      Yakin


INGATLAH !

      Cara Manusia Bertindak Bergantung pada Sikapnya

      Cara Dia Bersikap Bergantung pada Kesimpulan yang dibuatnya

      Cara Dia Membuat Kesimpulan Bergantung pada Cara Dia Berfikir

      Cara Dia Berfikir Bergantung pada Pengetahuan dan Pengalamannya


KATA-KATA MOTIVASI

      Life is not what we found but what we create

      No Pain , No Gain

      Kejayaan itu ada dimana-mana terutama disebalik kegagalan

      When work is pleasure, life is joy ; When work is a duty, life is slavery

 

CIRI MANUSIA BERMOTIVASI

      Suka kerja berkaitan pencapaian

      Suka ambil risiko yang sederhana

      Suka kerja yang ada tanggungjawab

      Suka feedback tentang pencapaiannya

      Pentingkan masa depan

      Tabah menempuh kegagalan

 

BAGAIMANA CARA MENINGKATKAN MOTIVASI?

      Tetapkan Matlamat Khusus

      Matlamat yang ditetapkan biar mencabar tapi boleh diterima

      Terima maklumbalas prestasi

 

 

 

 

 

WE ARE THREE THING

      Anggapan kita terhadap diri sendiri

      Diri kita di kaca mata orang lain

      Diri kita sebenar

 

 

3 JENIS MANUSIA

      Mereka yang menjadikan sesuatu berlaku

      Mereka yang melihat sahaja sesuatu berlaku

      Mereka yang tertanya-tanya apa yang berlaku

    Alvin Tofler

 

JIKA INGIN JADI MELAYU

JADILAH MELAYU

YANG MAHAL HARGANYA...


KAEDAH HAFAZAN AL-QUR’AN YANG SISTEMATIK



KAEDAH HAFAZAN AL-QUR’AN YANG SISTEMATIK

Berdasarkan kajian di maahad-maahad tahfiz terdapat beberapa kaedah yang sistematik dan berkesan dalam memperolehi hafazan al-Qur’an yang berkualiti dan kekal dalam ingatan, iaitu:

Kaedah Membahagi-Bahagikan Ayat (Chunking)

Memisahkan al-Qur’an kepada juzuk, kumpulan surah dan sebagainya.
Membahagikan juzuk kepada hizb, rubuc dan sebagainya.
Kemudian rubuc dibahagikan kepada helaian dan ayat-ayat yang panjang kepada
beberapa bilangan ayat atau bahagian ayat mengikut kemampuan penghafaz.

Kaedah Memahami Ayat-Ayat Yang Akan Dihafaz

Kaedah ini sesuai bagi mereka yang memahami bahasa Arab dengan baik, kerana ayatayat yang hendak dihafaz perlu difahami terlebih dahulu bagi memudahkan seseorang hafiz mengingati ayat yang ingin dihafaz dengan lebih pantas.
Memahami ayat al-Qur’an dengan melihat terjemahan daripada tafsir al-Qur’an.
Setelah memahami kandungan ayat, bacaan perlu dilakukan berulang-ulang kali sehingga dapat mengingatinya.

Kaedah Minda Fotografi (Tumpu Dan Ingat)

Menumpukan penglihatan kepada ayat, muka surat dan tulisannya serta gambarkannya kedalam ingatan.
Gambaran tersebut mestilah benar-benar mantap dan mampu menulis ayat tanpa perlu
melihat kepada mashaf.
Sekiranya gambaran masih kabur, tumpukan kembali penglihatan kepada ayat sehinggalah kepala ayat di awal dan di akhir mukasurat dan huruf-hurufnya dapat dilihat
dalam minda seolah-olah mashaf terbentang di hadapan.

Mengulang-Ulang Bacaan Sebelum Menghafaz

Sebelum menghafaz ayat-ayat tertentu, penghafaz perlu membuat bacaan ayat-ayat yang hendak dihafaz secara berulang-ulang sekurang-kurangnya sepuluh kali atau lebih mengikut kemampuan.
Setiap ayat yang telah dihafaz, penghafaz perlu mengulang beberapa kali sebelum
menghafaz ayat baru, kaedah ini praktikal kepada mereka yang mempunyai ingatan yang
lemah.

Kaedah Mendengar Kaset

Memilih kaset bacaan qari-qari yang baik bacaannya dan diakui kesahihannya, kemudian mendengar bacaan ayat yang ingin dihafaz.
Selepas mendengar dengan teliti, penghafaz boleh memulakan hafazan.

Kaedah Merakam Suara

Rakamkan bacaan ayat yang telah dihafaz kedalam kaset.
Dengarkan kembali bagi memastikan hafazan betul dan tepat.


Kaedah Menghafaz Berpasangan

Pilih seorang rakan yang sama-sama menghafaz al-Qur’an.
Saling memperdengarkan dan menyemak bacaan yang telah dihafaz serta membetulkan jika terdapat kesalahan1

Kaedah Menulis Sebelum Dan Selepas Menghafaz

Ulama terdahulu sering menggunakan kaedah ini, iaitu menulis dahulu ayat yang ingin
dihafaz.
Selepas menulis ayat, mula menghafaz ayat yang telah ditulis, kemudiannya menulis
kembali ayat yang telah dihafaz.
Setiap ayat yang ditulis selepas menghafaz perlu disemak dengan mashaf bagi
memastikan ketepatan ayat yang dihafaz.

Kaedah Menghafaz Sebelum Tidur

Membaca atau menghafaz ayat sebelum tidur.
Semasa melelapkan mata, dengarkan bacaan ayat yang dihafaz melalui kaset dan
bayangkan kedudukan ayat di dalam minda.

Kaedah Mindmaping

Bentukkan peta minda bagi setiap pembahagian ayat yang ingin dihafaz kepada juzuk,
hizb dan sebagainya serta tetapkan masa yang diperuntukkan kepada sesuatu pembahagian. Menghafaz mengikut cabang-cabang pembahagian ayat dan masa yang terdapat pada peta minda.


Kaedah Gundalan

Ayat pertama dibaca sebanyak 40 kali atau mengikut kemampuan. Seterusnya membaca ayat kedua sebanyak ayat yang pertama. Kemudian gundalkan ayat pertama dan kedua sebanyak 10 kali.
Selepas menggundal ayat pertama dan kedua, baca ayat ketiga sebanyak ayat pertama
dan kedua kemudian gundalkan ayat pertama hingga ketiga dan demikianlah yang seterusnya.

Thursday, 8 November 2012

MENGAWAL AMARAH


KAWAL PERASAAN MARAH

``KALAU kita merasakan tindakan orang lain menyebabkan kita rasa tercabar sekali gus boleh menimbulkan kemarahan, ada baiknya kita maklumkan kepadanya.
``Jelaskan kepada individu terbabit supaya orang terbabit mengawal tindakannya bagi mengurangkan darjah kemarahan kita,'' demikian saranan Pakar Perunding Psikiatri, Jabatan Psikiatri, Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Dr. Azhar Md. Zain.
Ini kerana, kemarahan yang tidak dikawal boleh menyebabkan seseorang bertindak di luar batasan hingga mendera orang lain.
Penderaan, boleh bermula dari rasa marah yang tidak terkawal sekalipun puncanya amat kecil. Secara fitrahnya, memang amat sukar untuk sesiapa pun memendam rasa marah dan ia perlu dikeluarkan. Tetapi, kemarahan harus dilontarkan dengan cara positif.
``Setiap orang seharusnya bijak dan tahu mengawal perasaan marah. Kemarahan yang tidak terkawal mengakibatkan individu terbabit melepaskannya kepada orang lain dalam bentuk mencederakan mangsa secara fizikal seperti penderaan,'' jelas beliau ketika mengulas kes penderaan seorang pembantu rumah oleh majikannya baru-baru ini.
Sehubungan itu, Dekan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan itu memberitahu, penting bagi setiap individu mengenali tanda-tanda jika kemarahan akan timbul dalam diri.
Azhar menasihatkan, individu yang ingin marah supaya menjauhkan diri daripada orang yang menyebabkan timbulnya perasaan marah tersebut.
``Tetapi, jika sudah marah, tiada apa yang boleh dilakukan. Bagaimanapun, kita boleh didik diri dengan melepaskan kemarahan mungkin dalam bentuk kata-kata.
``Bukannya secara fizikal dengan menyerang orang lain,'' katanya ketika dihubungi baru-baru ini.
Bagaimanapun, beliau tidak menafikan kemarahan seseorang boleh memuncak sekiranya ada tindak balas daripada pihak yang satu lagi.
Sebagai contoh, katanya, jika pembantu rumah dimarah oleh majikannya atas kesilapan yang dilakukan, jangan cuba `melawan' atau menjawab.
Keadaan ini memanglah boleh menyemarakkan kemarahan. Dalam keadaan ini, orang yang dimarah seharusnya mendiamkan diri atau tidak memberi sebarang tindak balas.
``Biasanya, apabila ada tindak balas atau sebelah pihak cuba melawan, kemarahan seseorang semakin memuncak,'' katanya.
Begitu juga individu yang dimarahi, dia mungkin akan menjadi terlalu takut. Apabila dalam keadaan takut, kemungkinan untuk melakukan kesilapan juga tinggi.
Azhar menjelaskan, semasa dalam keadaan yang terlalu marah memang agak sukar seseorang mengawal keadaan.
Kemarahan, hingga membawa kepada penderaan disifatkan sebagai satu kepuasan kepada tuan punya diri.
``Mungkin, individu terbabit terlalu geram, hingga tidak dapat mengawal perasaan marahnya dengan melakukan sesuatu tindakan di luar perikemanusiaan,'' kata beliau.
Hakikatnya, kata beliau, siapa pun tahu dan faham mendera sehingga mengakibatkan kecederaan itu memang sesuatu yang tidak wajar.
Tetapi, apabila kemarahan menguasai diri dan untuk melepaskan rasa geram yang membuak-buak, seseorang boleh hilang pertimbangan.
Punca yang menyebabkan seseorang marah hingga membawa kepada berlakunya penderaan secara fizikal membabitkan tiga faktor.
``Ini termasuklah, si pendera, yang didera dan persekitaran. Jadi, tidak wajar untuk menyalahkan sebelah pihak apabila kes-kes seumpama ini berlaku,'' jelasnya.
Jika penderaan membabitkan kes-kes pembantu rumah, ada kemungkinan, ia berpunca daripada sikap pembantu itu sendiri.
Antaranya, mungkin terlalu lembap melakukan kerja-kerja rumah atau selalu membuat silap yang akhirnya mengundang kemarahan majikannya.
Kebetulan, kemungkinan majikannya pula seorang yang garang, panas baran atau mengalami gangguan mental.
``Kebiasaannya, walaupun seorang pembantu rumah itu agak lembap dalam melakukan kerja-kerja rumah atau tidak begitu mahir, kepada orang yang normal mereka masih boleh mengawal tindakannya.
``Tetapi, gabungan tidak dapat mengawal rasa marah dan kemungkinan ada gangguan mental, maka terjadilah kes-kes seumpama ini,'' katanya.
Kemarahan hingga membawa seseorang bertindak mendera berlaku gabungan tiga faktor iaitu diri si pelaku, mangsa dan persekitaran.
Si pelaku, berkemungkinan seorang yang panas baran, ada masalah personaliti, kemurungan atau psikosis.
Menurut Azhar, kemurungan yang ekstrem boleh menjadikan sesetengah penghidapnya terlalu sedih, manakala sebahagian yang lain cepat marah.
Begitu juga psikosis, atau gangguan bipolar. ``Mereka tidak dapat membezakan antara yang betul dengan tidak betul.
``Pada tahap yang tinggi, pesakit biasanya cepat marah, kekuatan tenaga meningkat dan orang lain perlu mengikut kata mereka,'' ujarnya.
Beliau menambah, faktor persekitaran seperti keluarga, suami atau jiran-jiran juga menyebabkan si pelaku mengalami tekanan.
Selain itu, katanya, cara seseorang dibesarkan turut memainkan peranan. ``Mereka yang pernah didera masa kecil, akan melakukan cara yang sama apabila dewasa kerana itulah `model' yang pernah mereka lihat,'' kata beliau.
Mengulas keadaan mangsa, Azhar menyarankan supaya mangsa diberi rawatan kaunseling atau psikoterapi setelah kecederaan fizikalnya sembuh.
Ini kerana, parut yang kekal pada tubuh bukan saja mengakibatkan mangsa berasa rendah diri. Malah, mangsa akan mengalami trauma yang berpanjangan setiap kali ingatan pada peristiwa datang dalam fikiran.
Rumusannya, janganlah mudah marah. Kawallah diri anda daripada marah. Sikap pemarah merosakkan imej dan peribadi. Bagi yang ingin berubah, tahniah diucapkan. Semoga sentiasa sabar, bahagia dan berani untuk berubah menjadi lebih tenang, sabar dan bijaksana dalam tindakan. Biarlah orang terkejut melihat diri anda menjadi baik, lebih baik dan sangat baik dari masa ke semasa. Amin.

Salam ukhwah daripada Presiden EMMC Malaysia, 0112 6650387, emmcresourcesmalaysia@yahoo.com