Wednesday, 24 June 2015

SENYUM




PENDAHULUAN


Rasulullah s.a.w merupakan insan yang sentiasa senyum kepada sahabat-sahabatnya, malah kepada sesiapa sahaja yang Rasulullah jumpa. Baginda takkan berkata-kata tanpa senyuman, begitulah kehidupan Rasulullah s.a.w. Jika Rasulullah s.a.w tersenyum, maka bersinarlah wajahnya sehingga menerangi di sekelilingnya, subhanallah kan. Dari Jarir r.a berkata: "Sejak aku memeluk islam, Rasulullah tidak pernah membelakangkan aku dan sentiasa tersenyum kepada ku. Rasulullah juga disenangi kerana sifat baginda yang sentiasa tersenyum tidak kira dalam apa masalah sekalipun. Allah berfirman: Katakanlah: "Jika kamu benar-benar cintai Allah, ikutilah aku. Nescaya Allah akan mengasihimu". (Ali-Imran : 31)

KELEBIHAN SENYUM



1~ Dapat pahala ibadah kerana senyum itu sedekah dan sunnah Rasulullah.
2~ Memberi kelebihan kepada badan dan minda.
3~ Mengurangkan risiko tekanan darah tinggi dan pelbagai penyakit jantung.
4~ Membawa kepada anda satu perubahan yang positif
5~ Mudah didekati oleh masyarakat dan sabahat.
6~ Tidak mengurangkan nilai insan bahkan menambahkannya.
7~ Dapat menambah keyakinan diri.
8~ Memupuk kreativiti.
9~ Membina sifat keikhlasan dalam diri.

HATI SIHAT : binalah hati anda menjadi insan beriman.


1~ Hati yang tercemar dengan kekotoran.
Hati yang di dalamnya terdapat kekotoran seperti sifat hasad, sombong, bohong dan sebagainya. Apabila turun rahmat dan ilmu ke dalam hati ini, tercemarlah rahmat tersebut oleh kekotoran yang ada di dalam hati itu. Seperti yang disebut Allah s.w.t: "Tidakkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhan mereka dan disesatkan oleh Allah dengan ilmu mereka". Ilmu tetap masuk, tetapi kerana setitis hawa nafsu, ianya dapat mencemarkan selautan ilmu. Inilah perumpamaan bagi hati yang dicemari oleh kekotoran.

2~ Hati yang pecah.
Hati yang pecah adalah hati manusia yang melakukan maksiat. Setiap kali dia melakukan kebaikan, dia akan melakukan maksiat selepas itu. Hadir majlis ilmu di masjid, tetapi bila keluar dari majlis terus mengumpat orang lain. Berzikir dan solat, tetapi tidak menjaga pandangan dan batas pergaulan. Maka tidak sempat pun rahmat yang diturunkan oleh Allah kekal di dalam hatinya melainkan ianya keluar disebabkan maksiat yang dilakukan. 

3~ Hati yang tertutup.
Hati yang tertutup adalah amat bahaya bagi manusia. Bagaimana rahmat Allah nak masuk kedalam hati kita jika ianya tertutup. Hati yang tertutup ini adalah sifat manusia yang suka membangkang. Membangkang Allah, membangkang orang-orang yang soleh dan apabila dia menghadiri satu majlis yang baik, dia akan mencari kesalahan orang. Seperti yang disebut Rasulullah s.a.w: "Empat golongan yang tidak diampunkan dosanya pada bulan Ramadhan, antaranya adalah dosa derhaka kepada ibu bapa, peminum arak, dua orang yang bermusuh dan yang memutuskan silaturrahim. Maka memang tidak akan masuk rahmat ke dalam hatinya.

4~ Hati yang suci.
Harap hati kita semua jenis hati yang ke-4 ni. Hati yang jernih, bersih dan menerima rahmat dari Allah. Hati yang suci ini, jika diisi dengan majlis ilmu, berzikir dan solat maka penuhlah ia dengan rahmat Allah.

Hati ibarat bekas kosong dan rahmat Allah ibarat air, jika elok bekasnya maka eloknya air yang terkandung di dalam bekas, sama-samalah kita merawat hati, harap hati kita semua adalah jenis yang ke-4, tepuk dada tanya iman. Hati adalah organ besar yang terpenting kepada manusia, elok hati, maka sihatlah tubuh badan kita.


6 Cara Merawat Hati Manusia Menurut Islam.

1.                  Banyakkan bertaubat.
2.                  Membaca Al-Qur'an serta amalkannya.
3.                  Jalinkan ukhwah antara manusia.
4.                  Perbanyakkan solat malam.
5.                  Perbanyakkan puasa sunat.
6.                  Banyakkan berzikir.



13 Perkara Yang Menenangkan Hati.

1.                  Mengerjakan Solat Wajib di awal waktu.
2.                  Mengerjakan solat sunat.
3.                  Bersedekah dengan hati yang ikhlas.
4.                  Berzikir.
5.                  Menolong orang yang susah.
6.                  Beriktikaf di dalam masjid.
7.                  Mendengar ceramah agama.
8.                  Membaca Al-Qur'an dan memahami isinya.
9.                  Berpuasa sunat.
10.              Menolong ibu bapa.
11.              Memaafkan orang lain dan meminta maaf jika ada kesalahan.
12.              Mendoakan kesejahteraan semua orang.
13.              Bersangka baik sesama makhluk



HARAPLAH SELAGI BERNAFAS

Wednesday, 17 June 2015

DAHSYAT


Dibalik ketenangan dan keyakinan, tersimpan rasa pilu dan kecewa yang tak tergambar dengan kata-kata.
Kuih manis menjadi penawar pahit.





Thursday, 11 June 2015

KOMUNIKASI TEGUH


MENDENGAR


Memimpin emosi bukan  mengikutinya.


Elakkan  diri  daripada  berangan-angan.


Nota yang dibuat serentak sambil  mendengar.
Niat  jelas.


Dengar dengan penuh empati yang aktif seperti menganggukkan kepala atau senyum.


Elakkan  dari membuat penilaian  awal.


Nantikan  masa yang sesuai  untuk  bertanya.

Gantikan prasangka buruk terhadap perucap kepada pemikiran yang kreatif dan galakkan berfikir tentang tajuk yang dibincangkan.


Ambil  perhatian terhadap isyarat tanpa lisan guru untuk mengenali  isi  penting.


Rumus dan tumpukan perhatian anda sepenuhnya kepada  tajuk perbincangan.


PRS

PERKARA YANG BOLEH DAN TIDAK BOLEH DILAKUKAN OLEH PRS


BOLEH
 TIDAK BOLEH

A
Menjadi fasilitator yang bersikap terbuka, yakin dan percaya diri, berasa selesa dan berempati.

A
Mengawal, memberi khutbah atau mendesak rakan tentang apa yang mereka harus buat.
B
Menerima rakan secara terbuka dan tanpa syarat.

B
Membuat kesimpulan awal dan cuba mengubah mereka.
C
Mendengar, menjelas dan membantu rakan melihat beberapa alternatif selepas membuat keputusan.

C
Memberi nasihat dan cadangan penyelesaian untuk diikuti.
D
Memberi sokongan dan galakan untuk rakan mengambil langkah positif.

D
Membuat sesuatu yang sepatutnya dilakukan oleh rakan itu sendiri.
E
Mematuhi etika kerahsiaan.

E
Membuka rahsia rakan.
F
Menyedari bahawa bukan semua masalah boleh diselesaikan / diatasi.

F
Mengharapkan semua masalah boleh diatasi dengan segera.
G
Berbincang dan membantu rakan yang menghadapi masalah biasa / normal.


G
Terus berbincang dengan rakan yang menghadapi krisis / masalah emosi yang mendalam.
H
Memimpin rakan melihat masalahnya dengan objektif dan menggalakkannya mencari penyelesaian sendiri supaya ia belajar melalui pengalamannya sendiri.

H
Bertindak menyelesaikan masalah rakan.
I
Merujuk kes yang berat kepada Guru B&K dan menjadi penghubung kepada rakan yang bermasalah untuk bertemu dengan Guru B&K atau orang yang lebih arif.

I
Mengendalikan masalah rakan yang runcing sehingga mengganggu ketenteraman jiwa.
J
Menjalankan projek membantu sambil mempengaruhi rakan lain supaya melibatkan diri mereka bersama.

J
Menjalankan projek bersendirian dan mengenepikan rakan lain.
K
Mengutamakan kesejahteraan diri dan memahami batasan diri untuk membantu.


K
Terlibat dengan masalah rakan secara peribadi sehingga mengganggu pelajaran dan perasaan sendiri.


MEMAHAMI MESEJ TANPA LISAN





ASPEK



KEADAAN


MESEJ




MATA
Bola mata berair
Bermain perasaan
Mata tidak berkelip
Berangan
Memandang lantai
Berfikir
Memandang dinding
Bayangan lalu
Mata kerap berkelip
Sedang sensetif
Memejam mata
Tahan emosi
Memandang kaunselor
Sedar
Terbeliak mata
Sedang marah
Mengesat mata
Sebak
Memandang bumbung
Bosan




SUARA
Bersuara kuat /lantang
Marah / geram
Perlahan
Sayu /sedih / kesal
Putus-putus
Tahan perasaan
Lambat
Bermain dengan perasaan
Tinggi
Marah
Menggeletar
Tahan perasaan
Tersedu-sedu
Sedih
Ketawa
Gembira
Gagap
Ketakutan / terganggu






PERGERAKAN FIZIKAL
Peluk tubuh
Tak selesa
Silang kaki
Tak selesa
Sila panggung
Relax
Condong depan
Serius
Condong belakang
Lesu
Picit jari
Cemas
Ketap bibir
Marah
Ketap gigi
Marah
Genggam tangan
Geram
Gerak kaki
Separuh sedar
Pegang tengkuk
Bosan
Garu kepala
Menyesal
Geleng kepala
Tak percaya
Tutup muka
Sedih