Sunday, 16 October 2016
MEKANISME BELA DIRI
Mekanisme bela diri adalah cara seseorang menjaga dan
memelihara imej kendiri mengelak daripada berlakunya konflik dan tekanan jiwa
secara kognitif.
1.Represi
Represi adalah keadaan di mana dengan secara tidak sedar individu sengaja melupakan sesuatu motif, konflik, pemikiran, ingatan dan idea yang tidak menyenangkan.
Contohnya, remaja yang sengaja melupakan peristiwa lampau di mana remaja telah didera dan dimalukan oleh rakan-rakan di sekolah.
2. Pembentukan reaksi
Individu membentuk motif supaya bertentangan dengan motif sebenarnya untuk mengelak konflik.
Contohnya, seorang wanita bertindak mesra terhadap rakan sekerja yang dibencinya.
3.Projeksi
Individu menyalahkan orang lain apabila tidak boleh menerima kelemahan sendiri.
Contohnya, pelajara yang gagal menyalahkan guru sebagai penyebab kegagalannya.
4. Rasionalisasi
Individu mencari alasan yang munasabah demi untuk mengelakkan diri daripada mengalami kecemasan, kegagalan, penyingkiran atau kesedihan.
Contohnya, seorang penyayi yang mencedok lagu ciptaan orang lain dan menyiarkannya sebagai ciptaannya sendiri dengan alasan bahawa semua penyanyi lain berbuat demikian.
5.Pindahgantian
Individu bertindak agresif atau bercakap negatif terhadap rangsangan lain dan bukan terhadap rangsangan yang menimbulkan kemarahannya. Seorang pegawai yang tidak dimarahi oleh ketuanya di pejabat menjadikan isterinya yang tidak bersalah di rumah sebagai sasaran marahnya terhadap ketuanya.
6.Khayal
Individu berkhayal (untuk sementara waktu sahaja) untuk melupakan tekanan pada masa itu.
Contohnya, pelajar yang takut menghadapi peperiksaan akan mengkhayalkan aktiviti-aktiviti menarik yang akan dilakukan selepas peperiksaan nanti.
7.Identifikasi/Introjeksi
Individu mengidentifikasikan diri dengan orang lain untuk mengatasi kekecewaan atau menutupi kelemahan.
Contohnya, seorang yang berlagak akan bergaul dengan orang ternama agair ia merasa sebagai orang yang dikenali. Ini bermakna indvidu menerima kualiti,nilai, kepercayaan atau pendapat orang lain demi mengelakkan berlakunya konflik.
8.Sublimasi
Individu menyalurkan impuls yang tidak dapat diterima oleh masyarakat ke dalam tingkah laku produktif yang dapat diterima.
Contohnya, seorang yang mempunyai nafsu jantina yang tinggi tetapi oleh kerana kecacatan dia cuba mengalihkan tumpuannya kepada bidang lukisan untuk mendapat kepuasan.
9.Ganti rugi
Individu menggantikan kualiti yang negatif dengan kualiti diri yang positif dengan tujuan mengalihkan perhatian terhadap kualiti negatif.
Contohnya, seorang yang sering diejek kerana badan yang kurus berusaha untuk menjadi ahli bina badan.
10. Penafian
Individu enggan menerima kenyataan sebenar mengenai kelemahan kualiti yang ada pada dirinya.
Contohnya, lelaki pertengahan umur yang tidak mahu menerima hakikat dirinya yang sudah tua lantas masih mahu bergaul dengan perempuan muda.
11.Rosot kembali
Individu berkelakuan seperti kanak-kanak untuk mengelakkan diri daripada tanggungjawab sebagai orang dewasa atau untuk tujuan menarik perhatian.Contohnya, anak sulung yang mula menghisap ibu jari kerana iri hati bila dapat adik.

Tuesday, 13 September 2016
Wednesday, 17 August 2016
PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING PROFESIONAL
JIKA ANDA ADA MASALAH BERAT DAN PERSOALAN MENGENAI KEHIDUPAN YANG INGIN ANDA KONGSI, MAKA ANDA BOLEHLAH MENGHUBUNGI SAYA DI TALIAN;
012 6650387 (DR. (Cr.) AHMAD KAMAL BIN ARIFFIN.
catatan;
1. Dalam hidup ni, kita terdedah kepada risiko gagal dalam banyak perkara
2. Kita akan hadapi saat ditipu, dianiaya, dihina atau dinafikan HAK kita
3. Orang akan bagi banyak alasan dan bidalan
4. Namun, jika kita tidak ada keyakinan, hidup bersandar pada orang, mudah bergantung, lemah semangat, maka cuba muhasabah diri.
5. Siapa yang berkuasa tadbir masa depan, nyawa dan nilai diri kita. Tiada lain melainkan tuhan
6. Justeru, jangan kecewa jika kita ditinggalkan atau ditipu atau dikhianati
7. Kita ada mungkin kemoronan (kelemahan) maka layaklah kita bangkit sedikit demi sedikit
8. Orang jadi kuat dan mungkin jadi sedikit sombong sebab ada banyak harta, kuasa atau pengaruh sokongan keluarga
9. Tak apelah, sebab kita ada kekuatan juga sama seperti yang pernah dinikmati dan dialami oleh para Nabi dan Rasul.
10. Kesimpulannya, tak baik kita menyembah manusia, sebaliknya sembahlah hanya kehadrat Tuhan Yang Esa.
Haraplah selagi bernafas
Maafkan saya.
DR. (Cr.) AKBA, 012 6650387
Friday, 29 July 2016
BIJAK MENTADBIR
Pengurusan Sumber Manusia memainkan
peranan penting dalam organisasi. Bidang pengurusan merupakan suatu
proses yang berkaitan dengan aktiviti-aktiviti yang dikawal bagi
mencapai objektif sesebuah organisasi. Oleh yang demikian, Pengurusan
Sumber Manusia akan menitikberatkan aspek motivasi pekerja termasuklah
persekitaran dan peluang agar pekerja dapat menggunakan bakat dan
kebolehan mereka untuk kemajuan diri sendiri dan organisasi.
Dalam sesebuah organisasi, satu unit khas telah diwujudkan yang dinamakan sebagai Bahagian Sumber Manusia atau HR Department.
Bahagian ini terdiri dari beberapa kakitangan yang diketuai oleh
seorang Pengurus Sumber Manusia, yang akan mengawal dan memantau
kelancaran dalam syarikat atau organisasi. Berikut digariskan tiga
peranan utama Pengurus Sumber Manusia yang anda perlu tahu dalam
sesebuah organisasi.
1. Mendatar (A Line Function)
Pengurus sumber manusia bertanggungjawab
dalam bahagian atau jabatan yang menjalankan sesuatu tugas sahaja dan
mempunyai pekerja di dalam bidang dan latihan yang sama. Contohnya,
pengurus sumber manusia bertanggungjawab dalam hal ehwal yang berkaitan
dengan jabatan dan memberi arahan terus kepada staf di bawah bahagian
atau jabatannya tentang sesuatu tugasan.
2. Penyelaras Tugas dan Aktiviti (A Coordinative Function)
Pengurus sumber manusia bertanggungjawab
dalam kerja-kerja merancang, mengorganisasi, memimpin dan mengawal
pekerja dan tugas-tugas dalam sesebuah organisasi. Pengurus sumber
manusia turut mempunyai pengurus lain yang bertugas sebagai subordinat
iaitu pengurus sumber manusia yang akan mengurus pengurus yang lain.
Pengurus sumber manusia bertindak selaku penyelia bagi pekerja bukan
pengurusan sebagai subordinatnya. Pengurus sumber manusia membuat
penyelarasan tugas dan aktiviti dan penyelarasan ativiti umumnya adalah
selaras dengan kehendak sesebuah organisasi.
3. Penasihat dan Pembantu Staff (Staff Functions [Assist and Advise] )
Pengurus sumber manusia boleh bertindak
selaku penasihat dan pembantu kepada pengurusan atasan. Pengurus sumber
manusia akan mengambil tindakan pembetulan apabila organisasi menghadapi
berbagai kesukaran yang tidak dijangka termasuklah menjadi orang tengah
dalam menyelesaikan sebarang pertikaian (isu-isu syarikat) yang
berbangkit. Selain itu, pengurus sumber manusia juga bertindak sebagai
perunding berkaitan dengan isu yang perlu ditangani dan diselesaikan
melibatkan perundingan seperti perundingan antara pihak pengurusan
syarikat dengan kesatuan sekerja.
Perancangan sumber manusia oleh pengurus
sumber manusia merupakan proses yang mengkaji secara sistematik
keperluan sumber manusia untuk memastikan agar bilangan pekerja yang
berkemahiran diperlukan oleh sesebuah organisasi mencukupi. Perancangan
sumber manusia bertujuan untuk mengekal dan meningkatkan keupayaan
organisasi, agar mencapai objektif korporat melalui sumbangan daripada
sumber manusia. Pengurus sumber manusia turut terlibat dalam proses
perancangan strategik sesebuah organisasi.
Haraplah selagi bernafas..
Subscribe to:
Posts (Atom)