Monday, 7 November 2016

KAUNSELING BANGSA

Kekuatan apakah yang ada pada bangsa Melayu sehingga tiga kuasa Barat itu tidak berjaya memusnahkan negeri-negeri Melayu dan memecahkan bangsa Melayu menjadi suku-suku kaum atau ‘tribes’ yang tidak bernegeri seperti yang berlaku pada penduduk pribumi di Amerika, di Australia dan di New Zealand?

Kekuatan yang ada pada bangsa Melayu sepanjang sejarahnya ialah perpaduan. Ini timbul daripada adanya kesedaran di kalangan orang Melayu, di mana pun mereka berada, bahawa mereka adalah anggota dalam satu kesatuan sosiobudaya dan sosiopolitik yang disebut bangsa Melayu atau the Malay nation, kata Raffles.

Empat faktor yang membentuk perpaduan Melayu dan yang berjaya mengekalkan identiti bangsa Melayu sepanjang sejarahnya ialah: Bahasa Melayu, budaya Melayu, Islam, dan keterbukaan minda bangsa Melayu.

Kita tahu bahawa di rantau kita ini terdapat banyak sekali dialek Bahasa Melayu – dialek negeri dan dialek daerah. Tetapi, di atas segala dialek ini telah muncul satu ragam Bahasa Melayu yang kita sebut bahasa persuratan atau sekarang kita sebut Bahasa Melayu kebangsaan. Bahasa inilah yang menyatukan bangsa Melayu, tidak kira di manakah mereka berada, sama ada di Kelantan, di Kedah, di Johor atau di Negeri Sembilan.

Bahasa Melayu kebangsaan inilah yang menjadi bahasa kerajaan Melayu sejak zaman kerajaan Melayu-Islam yang pertama di abad ke-12-13, iaitu kerajaan Samudera-Pasai di daerah Aceh sekarang. Sampai ke zaman pemerintahan Inggeris di Tanah Melayu; Bahasa Melayu tetap kekal sebagai bahasa kerajaan Melayu di samping Bahasa Inggeris.

Faktor lain yang cukup penting dan berpengaruh sebagai pembentuk tamadun dan perpaduan bangsa Melayu sepanjang sejarahnya ialah agama Islam. Kita bernasib baik kerana Islam yang diterima dan diamalkan oleh orang Melayu ialah Islam menurut Sunnah Nabi.

Orang Melayu tidak dipecahkan oleh pelbagai mazhab, khususnya antara mazhab sunni dan ‘mazhab Syiah’, atau mazhab-mazhab lain seperti yang terdapat di beberapa negara Arab, misalnya di Lubnan, di Iraq, di Iran, bahkan juga di Pakistan yang menyebabkan negara-negara itu sentiasa menghadapi masalah berpecahan antara kaum berdasarkan mazhab; mereka berperang dan berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Akibatnya, pembangunan negara mereka terjejas. Kemajuan mereka dalam bidang apa pun terjejas. Negara mereka menjadi lemah dan mudah dijajah oleh kuasa luar.

Bangsa Melayu tidak mengalami masalah ini sepanjang sejarahnya. Walaupun mereka pernah dijajah namun perpaduan mereka, ‘solidarity’ mereka, tidak pecah – pepatah Melayu berkata, ‘bercerai kita roboh bersatu kita teguh’. Inilah semangat kebangsaan Melayu yang menyebabkan mereka dapat bersatu dalam satu gerakan kebangsaan di seluruh Tanah Melayu untuk menentang gagasan atau muslihat Malayan Union dalam tahun 1946.

Orang Melayu juga terkenal sebagai bangsa yang berminda terbuka dan kreatif. Mereka sangat toleransi terhadap kaum-kaum lain yang datang dari kawasan di luar ‘Dunia Melayu’. Ini merupakan ciri penting budaya Melayu. Pengalaman Melayu dalam sejarahnya bertembung dan berinteraksi secara kreatif, tidak secara pasif sahaja dengan tamadun luar dari India, dari dunia Arab-Islam, dari kawasan-kawasan di luar Tanah Melayu dan akhirnya dari Barat, membuktikan hakikat ini.

Itulah kekuatan yang ada pada bangsa Melayu dalam sejarahnya, iaitu perpaduan. Mereka bersatu melalui bahasa dan budaya yang sama dan melalui agama Islam. Kerana inilah orang Melayu berjaya membentuk diri mereka sebagai suatu bangsa atau nation, dan tidak berpecah kepada suku-suku kaum atau tribes yang mudah dipinggirkan sehingga akhirnya identiti mereka akan mudah dimusnahkan oleh kuasa-kuasa luar. Dato Onn Jaafar membangkitkan semangat Melayu seluruh Semenanjung, termasuk Singapura, berdasarkan seruan Alif, Ba, Ta. Alif bererti Agama Islam, ba bererti Budaya dan Bahasa Melayu, dan ta bererti Tanah Air Melayu. Inilah tiga alat yang ada pada bangsa untuk menentang gagasan dan muslihat Malayan Union.

Jadi pendapat saya usaha untuk membetulkan kesalahan dan kerosakan yang telah dilakukan oleh penjajah Inggeris di Tanah Melayu terhadap minda bangsa Melayu dan terhadap keadaan ekonomi, pendidikan, sosial dan politik atau kuasa mereka di Tanah Air mereka sendiri dan usaha untuk membina perpaduan kebangsaan sebagai asas kemajuan negara tidak akan berkesan jikalau usaha itu tidak didasarkan atas kekuatan bangsa Melayu yang telah ada pada mereka sejak dahulu. Pembangunan bangsa Melayu selepas merdeka tidak berguna kepada bangsa Melayu dan kepada negara jikalau pembangunan itu tidak dapat mengekalkan perpaduan Melayu atau jika pembangunan itu boleh membawa kepada perpecahan kaum Melayu.

Wednesday, 26 October 2016

Duku

Kamu sedang bahagia
Kami sedang merana

Cukuplah untuk kami tumpang gembira
Melihat kamu bahagia


SABAR

Sabar dengan sikap negatif orang lain.
Tuhan suka hambanya yang bersabar.

Sunday, 16 October 2016

AHMAD KAMAL WORLD










AHMAD KAMAL SAGA












AHMAD KAMAL INTERNATIONAL













MEKANISME BELA DIRI



Mekanisme bela diri adalah cara seseorang menjaga dan memelihara imej kendiri mengelak daripada berlakunya konflik dan tekanan jiwa secara kognitif.

1.Represi
Represi adalah keadaan di mana dengan secara tidak sedar individu sengaja melupakan sesuatu motif, konflik, pemikiran, ingatan dan idea yang tidak menyenangkan.
Contohnya, remaja yang sengaja melupakan peristiwa lampau di mana remaja telah didera dan dimalukan oleh rakan-rakan di sekolah.

2. Pembentukan reaksi
Individu membentuk motif supaya bertentangan dengan motif sebenarnya untuk mengelak konflik.
Contohnya, seorang wanita bertindak mesra terhadap rakan sekerja yang dibencinya.

3.Projeksi
Individu menyalahkan orang lain apabila tidak boleh menerima kelemahan sendiri.
Contohnya, pelajara yang gagal menyalahkan guru sebagai penyebab kegagalannya.

4. Rasionalisasi
Individu mencari alasan yang munasabah demi untuk mengelakkan diri daripada mengalami kecemasan, kegagalan, penyingkiran atau kesedihan.
Contohnya, seorang penyayi yang mencedok lagu ciptaan orang lain dan menyiarkannya sebagai ciptaannya sendiri dengan alasan bahawa semua penyanyi lain berbuat demikian.

5.Pindahgantian
Individu bertindak agresif atau bercakap negatif terhadap rangsangan lain dan bukan terhadap rangsangan yang menimbulkan kemarahannya. Seorang pegawai yang tidak dimarahi oleh ketuanya di pejabat menjadikan isterinya yang tidak bersalah di rumah sebagai sasaran marahnya terhadap ketuanya.

6.Khayal
Individu berkhayal (untuk sementara waktu sahaja) untuk melupakan tekanan pada masa itu.
Contohnya, pelajar yang takut menghadapi peperiksaan akan mengkhayalkan aktiviti-aktiviti menarik yang akan dilakukan selepas peperiksaan nanti.

7.Identifikasi/Introjeksi
Individu mengidentifikasikan diri dengan orang lain untuk mengatasi kekecewaan atau menutupi kelemahan.
Contohnya, seorang yang berlagak akan bergaul dengan orang ternama agair ia merasa sebagai orang yang dikenali. Ini bermakna indvidu menerima kualiti,nilai, kepercayaan atau pendapat orang lain demi mengelakkan berlakunya konflik.

8.Sublimasi
Individu menyalurkan impuls yang tidak dapat diterima oleh masyarakat ke dalam tingkah laku produktif yang dapat diterima.
Contohnya, seorang yang mempunyai nafsu jantina yang tinggi tetapi oleh kerana kecacatan dia cuba mengalihkan tumpuannya kepada bidang lukisan untuk mendapat kepuasan.

9.Ganti rugi
Individu menggantikan kualiti yang negatif dengan kualiti diri yang positif dengan tujuan mengalihkan perhatian terhadap kualiti negatif.
Contohnya, seorang yang sering diejek kerana badan yang kurus berusaha untuk menjadi ahli bina badan.

10. Penafian
Individu enggan menerima kenyataan sebenar mengenai kelemahan kualiti yang ada pada dirinya.
Contohnya, lelaki pertengahan umur yang tidak mahu menerima hakikat dirinya yang sudah tua lantas masih mahu bergaul dengan perempuan muda.

11.Rosot kembali
Individu berkelakuan seperti kanak-kanak untuk mengelakkan diri daripada tanggungjawab sebagai orang dewasa atau untuk tujuan menarik perhatian.Contohnya, anak sulung yang mula menghisap ibu jari kerana iri hati bila dapat adik.