Wednesday, 3 January 2018

ILMU PSIKOLOGI KEIBUBAPAAN KE ARAH MENJADI CAKNA MUSLIM




 Oleh : 
Dr. Ahmad Kamal bin Ariffin.
Pengasas
Pusat Asuhan Pertiwi Malaysia.

PENDAHULUAN

Menurut seorang pakar motivasi barat terkenal bernama Dale Carnegie (1988), lumrah hidup manusia, tidak semua orang akan selesa dan memahami diri kita. Malah, kadang kadang, manusia sendiri tidak memahami hakikat kehendak dan kemahuan dirinya sendiri. Umumnya, kesan berfikiran negatif asyik bergantung kepada persepsi orang terhadapnya, maka banyak manusia cenderung menjadi bersikap pasif, moron, terlalu sensitif dan membazir masa. Menjadi asyik berfikir apa yang mesti atau sepatutnya orang buat kepada dirinya. Dia sebenarnya akan hidup merugi dari segi masa, tenaga dan nilai diri. Peduli mengenai isu ini,  Saidina Ali bin Abi Thalib R.A menyatakan bahawa “Allah menyayangi orang-orang yang mengetahui kadar dirinya, dan tidak melewati batas perjalanannya, menjaga lisannya dan tidak mensia-siakan masa dan umurnya”.

BERFIKIR SECAR RASIONAL

Ya benar! Manusia umumnya suka dirinya dihormati dan dihargai. Apabila manusia merasa dirinya tidak dihormati dan dihargai, maka dia cenderung untuk merasa tidak puas hati dan kecewa. Ia kesan daripada pemikiran tak rasional. Cuba kita tanya diri sendiri, siapa kata diri kita mesti dihormati dan dihargai. Hakikatnya, manusia tidak boleh mengawal perasaan dan pemikiran orang. Hakikatnya, hanya Allah yang dapat kawal pemikiran dan hati manusia. Manusia lain termasuk diri kita tidak mampu. Bagi menangani isu tersebut, kita harus belajar berfikir secara rasional. Albert Einstein (1950) pernah berkata “The only real valuable thing is rational thinking”. Alasan mengenainya diungkap oleh cendikiawan Korea Selatan,  Ha Joon Chang (2003) seperti berikut “Rational thinking is an important aspect of human nature, but we have imagination, we have ambition, we have irrational fear, we are swayed by other people, we get indoctrinated and we get influenced by advertising”. Maka pemikiran dan hati kita mesti kita rasionalkan menurut panduan al Quran dan al Hadis sebab kita mukmin (orang Islam). Panduan dan pedoman jalan penyelesaian setiap cabaran  ummat ini mesti dipelajari oleh setiap kita.

Bagi atasi masalah tersebut juga, kita perlu bertindak dan berfikir secara rasional dan kreatif. Hakikatnya, manusia kurang berpengaruh dan menang dalam seni berkawan kerana tiada ilmu, kemahiran dan daya tarikan ketika berkomunikasi. Kemahiran lisan atau komunikasi harian yang berkesan sangat penting. Untuk berjaya dalam semua urusan hidup, asasnya adalah komunikasi berkesan. Di antara kemahiran komunikasi berkesan adalah ;

1.      Bina rapport (hubungan) dengan semua orang  (khususnya kepada ahli keluarga) dengan niat untuk membantu. Ingat, kita boleh bantu memberi kesan positif kepada orang lain dari segi ekspresi wajah, ketrampilan caragaya berpakaian, cara bercakap yang jelas dan lembut, sifat santun dan tingkahlaku penyayang.
2.      Ingat sentiasa tujuan hidup kita ialah untuk membantu diri sendiri dan orang lain, bukannya untuk mencari pengaruh dan keuntungan personal sendiri.
3.      Respon negatif daripada orang lain dilihat sebagai satu rahmat daripada Allah. Ia berguna untuk menjadikan kita rasa tawaduk dan rendah diri. Lagikan Nabi Noh a.s tidak dihargai dan dimuliakan pandangan dan sikapnya oleh isteri, anak-anak dan orang kampungnya. Bagaimana pula terhadap diri anda dan saya yang  merupakan insan biasa-biasa ini.
4.      Banyakkan mendengar apabila bercakap dengan orang. Tunjukkan minat dan hormat dengan memandang pada wajah orang tersebut dengan baik. Set dalam minda kita dahulu bahawa kita menghormati dan menghargai setiap pandangan nya.
5.      Cuba respon kata-kata orang lain yang bercakap dengan kita dari segi isi, perasaan dan pengalaman hidup melalui penceritaannya. Oleh itu, perhatian kita mesti fokus kepada nya.
6.      Apabila kita mengamalkan setting bercakap dengan sopan, banyak mengangguk, tidak suka mencelah sebaliknya banyak mengia atau menyokong, tidak menyilang tangan dan kaki ketika bercakap dengan orang lain, dan banyak senyum manis tkita gembira ketika bercakap, maka ia menjadikan lawan bicara kita itu rasa selamat dan gembira.
7.      Orang akan suka dan sentiasa teringin untuk berbincang dan menyokong pandangan kita pada asa akan datang kerana kita sendiri telah menunjukkan sikap terpuji dari segi komunikasi berkesan.

Dalam ilmu sejarah, banyak tokoh dunia yang terkenal, namun turut punyai musuh, dibenci oleh ramai orang dan ia termasuklah apa yang pernah dialami oleh para sahabat Nabi Muhammad SAW.  Misalnya Saidina Abu Bakar, Saidina Ali, Saidina Umar dan Saidina Uthman. Kini, kita sendiri sering melihat terdapat dalam kalangan pemimpin negara kita yang terserlah terampil dari segi ekspresi wajah dan hujah politik, namun terdapat juga orang ramai yang mencemuh dan mengutuk mereka.  Hujah mereka mengutuk dan membenci ialah kerana tidak berfikiran selari dengan mereka. Moralnya ialah kita juga perlu sentiasa bersedia untuk menerima kritikan atau tersalah tafsiran daripada sesiapa sahaja yang menjadi lawan bicara kita. Meninjau sikap dan akhlak para nabi dan rasul, mereka hidup dalam keadaan aman dan bahagia meskipun dihujani pelbagai rintangan dan ujian. Mereka tetap terus mengamalkan sahsiah yang selari dengan apa yang telah diperintahkan dalam Al Quran dan sunnah Nabi SAW. Mereka sentiasa percaya, bahawa setiap tindakan orang yang soleh adalah berasaskan niat suci mereka untuk mendapat;

1.      Hidayah Allah           = Petunjuk oleh Allah
2.      Irsyad Allah               = Pimpinan oleh Allah
3.      Tasdid Allah               = Sokongan oleh Allah
4.      Ta’jid Allah               = Bantuan oleh Allah

Sama ada di dalam rumah atau di luar rumah, setiap ibubapa mesti;

  1. Beriman
  2. Beramal
  3. Meyakini
  4. Bertawakal
  5. Fokus……. untuk bersiap siaga untuk menemui saat yang sukar iaitu masuk kubur dan terlebih sukar iaitu mencari bekal masuk kubur (Kata-kata Saidina Ali kepada sahabatnya Muaz bin Jabal).

Jangan mudah sakit hati, risau dan marah jika anak-anak bersikap kasar, malas belajar dan banyak main. Ingat bahawa setiap anak adalah milik Allah bukan milik kita. Kita hanya pemegang amanah Allah. Cara kita berdepan setiap kerenah, masalah dan kenegatifan sikap anak ialah dengan cara;

  1. Hikmah
  2. Teladan yang baik
  3. Terus berdoa

Menurut Nabi Muhammad Saw doa itu senjata setiap mukmin. Benar doa ada yang cepat dan lambat dimakbuli Allah. Maka disitulah cabaran untuk Allah nilai sejauhmana kalangan mukmin itu ikhlas dan sabar terhadap Rabbnya.

Seterusnya, saya panjangkan satu ungkapan berbunyi seperti berikut;

“Kepada siapa engkau akan memohon jika bukan kepada Allah? Kepada siapa engkau akan meminta jika bukan kepada pemilik segalanya? Kepada siapa engkau akan mencari perlindungan jika bukan kepada Allah? Pengatur langit dan bumi serta miliknya juga semua yang ada di keduanya, yang jika mengatakan tentang sesuatu….Jadilah maka jadilah sesuatu itu” – Pernyataan oleh Dr. Abdullah Azzam (1988).

Allah telah berfirman setiap hambanya akan diuji. Maka setiap hambanya yang sabar dengan ujian, Allah beri balasan pahala dan nikmat syurga. Bagi hambanya yang ingkar dan tidak sabar, maka kekallah dalam kejahilan dan balasan neraka menunggunya di akhirat nanti.

Sekali sekala, bukalah minda (empty your cup) sambil membayang apakah sikap kita yang;

  1. Pemarah
  2. Penjahat
  3. Pengkritik
  4. Prasangka
  5. Prejudis
  6. Perasan
  7. Pemalas……

menepati ciri para muallim, mursyid, murabbi, muaddib, mujahid dan mudarris yang akan mewarisi syurga di alam akhirat kelak? Cakap siang pandang-pandang cakap malam dengar-dengar. Persoalannya, apa yang kita wajib pandang dan dengar saat kita masih boleh bernafas dan waras pada saat ini? Yang mesti kita pandang ialah pandangan Nabi Muhammad Saw dan yang mesti kita dengar ialah ayat al Quran yang mendidik kita agar sentiasa bersikap dan bertindak seperti manusia yang sentiasa mengingati mati. Firman Allah  (Surah Al Munafiqun ayat 11) yang bermaksud;

“Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan kematian seseorang apabila datang waktu kematiannya. Dan Allah maha mengetahui apa yang kamu kerjakan”.

Ilmu psikologi ingat mati ini jika diamal boleh menjadikan seseorang ibubapa khususnya dan setiap anak-anak umumnya agar;

  1. Belajar dengan niat suci
  2. Berjalan dengan rendah diri
  3. Bekerja dengan patuh syar’ie
  4. Beribadah dengan sepenuh hati
  5. Berpolitik dengan dakwah Islami

Ada satu kalimat bijak pkitai Inggeris menyatakan “Whenever life sucks, remember you’re going to die someday”. Berhubung dengannya, beringatlah, bahawa awal kehidupan kita digelar si bayi dan akhir kehidupan kita digelar si mati.



KESIMPULAN

Sesungguhnya, kesulitan atau cabaran hidup menjadikan setiap manusia berkembang menjadi lebih bijak dan matang. Menurut Albert Camus (1957), “Kita tidak boleh mencipta pengalaman”. Kita mesti hadapi setiap cabaran dengan daya tawakal. Jelasnya, pengalaman adalah anugerah Allah bukan ciptaan manusia. Kita tidak dapat lari daripada masalah atau ujian, misalnya ujian miliki kawan yang tidak pandai jaga hati kita dan tidak mahu menerima pandangan kita atau memahami kita. Kita perlu amalkan sikap sabar dan berfikiran positif. Banyakkan masa kita untuk mencapai kejayaan yang kita impikan pada masa depan (berjaya di dunia dan akhirat). Jangan habiskan masa untuk berfikir tentang orang lain yang ternyata tidak dapat mengubah masa depan kita dan menjamin kebahagiaan kita. Isilah masa dengan berfikir dan berbuat perkara-perkara yang berfaedah. Ia ibarat kata pepatah orang Jepun yang berbunyi “Hidup umpama aiskrim, nikmatilah ia sebelum cair”.

Tuesday, 2 January 2018

KARYA KREATIF DR. AHMAD KAMAL BIN ARIFFIN

Seorang pakar kaunseling keluarga dan motivator pembangunan kendiri.

Beliau boleh dihubungi di talian 012 6650387

Untuk mendapatkan perkhidmatan nasihat, bimbingan dan motivasi diri.

Merupakan;

1. Mantan guru cemerlang di SMK Seksyen 18 Shah Alam.
2. Mantan Penolong Pengarah Aduan Disiplin KPM (2006)
3. Mantan Ketua Unit Pengurusan Kaunseling Sekolah, KPM (2007-2011)
4. Mantan Ketua Unit Pemantauan Akademik Kebangsaan, KPM (2012)
5. Pakar rujuk pengurusan kaunseling pendidikan, penghasilan dasar program minda sihat, kesiapsiagaan menghadapi bencana alam, teks buku kaunseling sekolah, penulisan dasar pendidikan, kertas konsep perancangan perniagaan dan pembangunan organisasi, penulisan jurnal penyelidikan ilmiah diplomasi bahasa dan budaya.

Berkelulusan dalam bidang;

1. B.Ed Hons. Psikologi Kaunseling (Major) dan Bahasa Melayu (Minor) di UPM - 1999.
2. M. ED - Psikologi Kaunseling di UM - 2006.
3. PhD - Penyeliaan Organisasi dan Motivasi Pekerja Pendidikan di UM - 2016.
4. Advance Diploma - Teaching and Training di City & Guilds, United Kingdom - 2017.















































KEMPEN BELI BUKU TULISAN DR. AHMAD KAMAL BIN ARIFFIN



Silalah dapatkan buku tulisan saya ini dipasaran.


Harga RM 18.00 sahaja.


Mengandungi ilmu pengetahuan yang berhubung dengan topik;


1. Motivasi
2. Kepimpinan
3. Konsep inisiatif
4. Pemikiran kreatif
5. Pengurusan stress
6. Pengurusan konflik
7. Strategi lautan biru
8. Pengukuhan kendiri
9. Kaunseling keluarga
10. Psikologi tingkahlaku
11. Pemantapan pasukan
12. Asas usahawan unggul
13. Kesantunan berbahasa
14. Belajar caragaya belajar
15. Perkhidmatan pelanggan
16. Pembangunan organisasi
17. Perundingan dan pengaruh
18. Perancangan dan pengurusan
19. Pembangunan proaktif kendiri
20. Inovasi kendiri dalam organisasi
21. Pemikiran perancangan strategik
22. Bimbingan dan kaunseling kerjaya
23. Kepimpinan pengajaran di sekolah
24. Penyeliaan pengajaran guru di sekolah
25. Kemahiran interpersonal dan intrapersonal
26. Perhubungan perorangan dan konsultasi dalam kerjaya


Penulis;


Dr. Ahmad Kamal bin Ariffin.
Pengasas
Pusat Asuhan Pertiwi
Malaysia.


Telefon : 012 6650387
Emel : abbaakba@yahoo.com



FILSAFAT MENDIDIK KANAK-KANAK UNTUK RUJUKAN IBUBAPA DAN PENJAGA.




Oleh :
Dr. Ahmad Kamal bin Ariffin, 012 6650387
Pengasas
Pusat Asuhan Pertiwi
Malaysia.


PENDAHULUAN

Diantara ciri utama kemahiran keibubapaan yang terbaik mengikut perspektif Islam dan juga selari dengan ilmu kaunseling keluarga ialah sikap kasih sayang dan empati. Dengan sikap kasih saying dan empati, setiap kelemahan dan kelebihan sikap dalam kalangan kanak-kanak akan dilihat secara ihsan. Dengan sikap ihsan, ibubapa dan penjaga akan mudah memberi ruang dan peluang kepada kalangan kanak-kanak seluruh negara berkembang matang dan celik ilmu tanpa lempar salah, hinaan, nistaan dan kebencian. Bak kata orang Inggeris “Keep calm and do not teach your children to hate”.

HAK KANAK-KANAK

Di dalam agenda Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Sedunia, dinyatakan dengan jelas bahawa diantara hak kanak-kanak sedunia adalah mereka berhak membuat salah dan menerima bimbingan dengan kasih sayang lantaran salah silap yang telah dilakukan oleh mereka. Kanak-kanak memang sikapnya cenderung mengikut rasa, perasaan dan emosional. Mereka cenderung tersilap dalam berkomunikasi misalnya menipu untuk selamat, bertangguh kerja kerana untuk berseronok dengan kawan-kawan dan cenderung meniru watak-watak protagonis dan antagonis yang mereka minati di dalam rancangan-rancangan filem di kaca televisyen mahupun di pawagam.

Berhubung dengan perkara ini, jelasnya tiada seorang pun kanak-kanak yang dipinggirkan dan semua kanak-kanak mempunyai empat hak utama iaitu;

1. Hak kehidupan
Semua kanak-kanak mempunyai hak untuk hidup. Mengenainya, orang dewasa hendaklah memelihara kanak-kanak agar mereka boleh hidup dan membesar dengan persekitaran yang terjamin 3 K (Kesihatan, Kebersihan dan Keselamatan).

2. Hak perlindungan
Orang dewasa khususnya ibubapa dan penjaga hendaklah memberi perlindungan kepada kanak-kanak. Perlindungan ini mencakupi aspek pendidikan pencegahan dari segi (dadah, rokok, pergaulan bebas, maksiat mata, bermain alat elektronik tanpa kawalan dan budaya hidup hedonism).

3. Hak perkembangan
Orang dewasa khususnya ibubapa dan penjaga hendaklah memberi perhatian dari aspek perkembangan anak-anaknya mencakupi hak;

3.1 Mendapat pendidikan formal di sekolah
3.2 Melakukan kegiatan sukan permainan dan badan beruniform
3.3 Menyertai program motivasi dan lawatan sambil belajar anjuran pihak sekolah dan PIBG
Kegiatan dan program perkembangan sama ada anjuran pihak sekolah mahupun komuniti masyarakat boleh membina keseimbangan kanak-kanak dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.


4. Hak penyertaan
Orang dewasa khususnya ibubapa dan penjaga hendaklah memberi ruang dan peluang kepada setiap anaknya untuk hidup bermasyarakat. Jangan bersikap mengongkong kerana kanak-kanak itu mempunyai pelbagai kod personaliti berbeza misalnya ada yang bersifat Realistic, Investigative, Artistic, Social, Enterprising dan Conventional. Maksudnya, setiap kanak-kanak perlukan kemahiran bersosial untuk mengelak diri daripada penyakit;


4.1 Tidak yakin diri
4.2 Mudah tertekan
4.3 Tidak ada kemahiran bergaul
4.4 Takut untuk mempertahankan pendapat
4.5 Takut untuk memberi pendapat
4.6 Tidak berdaya memimpin diri dan orang lain
4.7 Gagal menguasai persekitaran sosialnya.


KEMAHIRAN MENDIDIK ANAK-ANAK

Mendidik anak-anak biarlah dengan niat baik, ilmu dan jiwa. Ada satu kata hikmat orang Barat yang berbunyi “ The way we talk to our children becomes their inner voice”. Jika kita mendidik anak secara kasar, ikut perasaan dan marah-marah, maka dikhuatiri anak-anak cenderung untuk berkembang menjadi seorang remaja yang pembengis, pemberontak dan bersikap ganas di sekolah. 

Menurut definisi Akta Kanak-kanak (2001) iaitu “kanak-kanak adalah merupakan seseorang yang berusia di bawah umur 18 tahun”. Jelasnya, kanak-kanak itu terlalu perlukan teladan yang baik. Mereka masih mentah, kurang pengalaman hidup dan tidak masuk akal untuk kalangan ibubapa berkhayal bahawa anak-anak akan automatik jadi;

1. Berakhlak tanpa teladan ibubapa
2. Berilmu tanpa motivasi dari ibubapa
3. Berkasih sayang tanpa sikap lemah lembut dan santun didik hibur oleh ibubapa
4. Gaya hidup beragama tanpa amalan bersolat jemaah pimpinan seorang bapa yang takutkan Allah dan kasihi Rasulnya
5. Cermat dalam berbelanja tanpa ingatan berterusan pentingnya cermat berbelanja oleh ibubapa


Untuk membentuk karakter unggul dalam diri anak-anak, pihak ibubapa perlu;

1. Membawa anak-anak bersolat jemaah
2. Selepas solat berjemaah, sekali sekala, pihak bapa bolehlah beri tazkirah berupa nasihat yang baik-baik. Misalnya ingatkan anak agar bercakap benar, bertaubat jika melakukan sebarang dosa dan minta ampun kepada tuhan dan juga kepada orang lain termasuk ibubapa jika telah berlaku salah silap.
3. Memantau pergerakan dan aktiviti anak-anak misalnya ambil tahu jadual akademik hariannya di sekolah dan dirumah.
4. Memantau pembelajaran anak-anak di sekolah dan di rumah.
5. Membawa seisi keluarga membuat mesyuarat untuk berbincang dan merancang pelbagai program keluarga yang boleh memantapkan lagi sahsiah dalam kalangan ahli keluarga dan juga pengalaman komunikasi setiap ahli keluarga terhadap orang lain dan juga alam persekitarannya.
6. Menekankan nilai-nilai keagamaan di dalam sanubari dalam kalangan anak-anak, dengan tujuan agar masa depannya disayanggi orang ramai, berkat daya kepimpinan dan kemahiran komunikasi yang berkualiti.
7. Ingatkan sentiasa setiap ahli keluarga, bahawa bercakaplah benar meskipun perit, kerana ia adalah tuntukan agama.
8. Kembang tumbuhkan sikap ikhlas, empati dan ihsan dalam jiwa nurani anak-anak bertujuan membentuk konsep kendiri yang unggul.
 

Saya coretkan juga disini pesanan Luqmanul Hakim (Anak saudara kepada Nabi Ayub a.s) buat anak kesayangannya yang berbunyi;

“Wahai anakku
Apabila engkau sedang solat maka jaga baik-baik fikiranmu,
Apabila engkau berada di rumah orang lain maka peliharalah pandangan mu,
Apabila engkau berada ditengah-tengah majlis maka engkau jagalah lidahmu,
Apabila engkau hadir di majlis jamuan makan maka jagalah akhlakmu,
Ingatlah kepada Allah,
Lupakanlah baik budi mu kepada orang lain,
Lupakanlah segala kesalahan orang lain terhadap diri mu,
Ingatlah sentiasa kepada kematianmu”.


KESIMPULAN

Pepatah Melayu ada menyatakan, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Mendidik anak-anak, memerlukan iltizam dan disiplin yang tinggi. Namun, meskipun kasih dan sayang selaku ibubapa tinggi menggunung sekalipun, bukanlah sehingga sanggup berhutang gadai kononnya untuk kesempurnaan hak anak-anak. Biarlah berpada dalam memberi kecukupan kebajikan anak-anak disampai ambil peduli kata-kata bijak pandai seperti berikut “ Mendidik anak bukanlah hingga memberikan yang terbaik dalam kelebihan harta tetapi memberikan yang terbaik dalam kesederhanaan hidup beragama”.


Monday, 1 January 2018

INDAHNYA AKHLAK NABI MUHAMMAD SAW

Tuan tuan yang mulia.

Di zaman Nabi Saw ada seorang lelaki kafir bernama Wahsyi bin Harb. Dia nak masuk Islam tapi dia segan. Dia segan sambil berkata kepada Nabi Muhammad Saw "Aku telah berzina dan pernah membunuh musuhku. Sedangkan kau kata orang yang membunuh dan berzina akan masuk neraka. Apakah engkau berjumpa satu keringanan bagiku. Maka dijawab oleh baginda Rasul Saw "Kecuali orang orang yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amal soleh : maka mereka itu kejahatan mereka diganti oleh Allah dengan kebajikan dan adalah Allah maha pengampun lagi maha penyayang". (Al Furqan : Ayat 70).
Selamat bertafakur (berfikir), berzikir (mengingati) dan bertadabbur (melaksana) menuju tambah iman dan amal.

Akhikum Fillah,
Dr. Ahmad Kamal bin Ariffin.

ZAMAN DAN INSAN

Orang zaman sekarang menangis kerana gagal dalam peperiksaan wa pertandingan wa perniagaan. Tetapi orang zaman dahulu air mata tumpah banyak menangis mengenang nasib cucu cicit mereka tentang iman dan Islam.

- Dr. Ahmad Kamal bin Ariffin -

IKON SEBENAR

Ada seorang kawan saya hari hari memuji burung helang.
Katanya helang itu hebat terbang tinggi. Sayapnya kukuh pandangannya tajam. Pengalamannya luas.
Lalu saya kata;

"Engkau tu manusia. Mengapa engkau tidak jadikan Nabi Muhammad Saw asas pujian pujian engkau langsung untuk dijadikan idola. 

1. Baginda Saw tidak punyai sayap namun syafaatnya memayungi hidup engkau berkat didunia dan akhirat.
2. Baginda Saw tidak bermata helang justeru pandangan baginda Saw mampu membawa engkau menerobos bagi melihat keesaan Allah Taala memberi rezeki seluas 7 petala langit dan bumi.
3. Baginda Saw juga makhluk tuhan namun pengalaman baginda Saw lebih hebat daripada sang helang. Baginda Saw akan menjadikan engkau hidup bervisi dan bermisi selari dengan kehendak Allah. Agar engkau selamat hidup di akhirat yang kekal abadi.


Lalu ditumbuknya bahu saya bertalu talu sambil berkata;
" I love you very much bro. Welcome home ".

Kami berpelukan sembari itu saya berkata kepadanya.
" Jomlah kita makan di restoren Ali Maju kat sana tu!..... Aku belanja engkau bayar".
Sekali lagi ditumbuknya bahu saya.
Nasiblah kesan BCG saya masih utuh.

Demikianlah coretan kerdil saya.
Jangan lupa Dhuha tau!


Akhikum Fillah,
Dr. Ahmad Kamal bin Ariffin.