OLEH:DR. AHMAD KAMAL BIN ARIFFINPAKAR KAUNSELING KELUARGAPUSAT ASUHAN PERTIWIKUALA PILAH
012 6650387
PENDAHULUAN
Gajet berasal daripada perkataan Bahasa
Inggeris “Gadget”. Dalam kamus DBP, gajet
bermakna peralatan. Manakala perkataan gajet bagi penulisan ini merujuk kepada peralatan
komunikasi zaman kini yang berasaskan
penggunaan telefon bimbi. Ia kini sedang
menjadi keperluan utama generasi manusia
zaman kini. Umumnya, gajet ialah hasil teknologi duniawi, serba canggih, menyeronokkan
dan kononnya segalanya di hujung jari. Umumnya, penggunaan gajet berkenaan
menjurus kepada gajet telefon bimbit dan komputer bimbityang berteknologi
tinggi. Ia boleh berfungsi menghantar
mesej, kertas kerja, buku perkhidmatan, e-mel, surat menyurat, gambar, video
dan seumpamanya.Dengan sifat hujung jari yang cekap menaip, para pengguna gajet
akan menikmati pelbagai sumber hasilan informasi, hiburan dan gambar yang boleh
memberi kesan motivasi intrinsik dan ekstrinsik kepada pengguna.Malah ia juga
boleh memberi kesan positif dan juga negetif kepada para pengguna. Namun, ia jelasnya
banyak bergantung kepada setakat mana tinggi atau rendahnya iman seseorang itu,
khususnya kepada kalangan para suami.
ISU
Paparan media massa di dalam negara dan
juga luar negara menjelaskan ada banyak isu yang muncul lantaran sikap suami
yang dilihat negetif dari segi penggunaan gajet berkenaan. Namun, sebelum saya
menjelaskan isu-isu negetif berkaitan salah caragaya penggunaan gajet, saya jelaskan
dahulu akan kebaikan gajet kepada para pengguna khususnya kepada kalangan
suami. Kebaikan gajetdari segi kegunaannya
adalah sebagai:
1.
Alat komunikasi
2.
Alat keselamatan
3.
Alat pencarian maklumat
4.
Alat bantu belajar
5.
Alat bagi penggunaan ibadah
Manakala kesan negetif gajet terhadap kalangan
suamiialah;
1.
Memudahkan suami terlibat dalam skandal
2.
Mengkhayalkan suami dari segi gambar dan
video porno
3.
Ketagih dengan aktiviti melayari dan
menggunakan aplikasi whattapps, keek, youtube, instagram, twitter dan facebook.
4.
Mengurangkan kemesraan suami isteri
5.
Merosakkan minda dan jiwa suami
6.
Menjadikan suami hidup dalam khayalan
dan membazir masa dengan bermain gajet.
7.
Menjadikan suami cepat marah
8.
Menjadikan suami bersikap pentingkan
diri sendiri
PUNCA
Punca berlakunya masalah suami ketagih
gajet adalah disebabkan tirisnya ilmu
mengenai konsep kepimpinan sebagai seorang suami. Sebab itu Imam Al Ghazali
berpesan “Menuntut ilmu adalah takwa. Menyampaikan ilmu adalah ibadah.
Mengulang ilmu adalah zikir. Mencari ilmu adalah jihad”. Lantaran tirisnya ilmu
mengenai ketrampilan suami dalam menggunakan gajet di rumah, maka timbullah isu suami ketagih gajet disebabkan;
1.
Suami lemah dari segi ilmu disiplin
pengurusan masa
2.
Suami tidak jelas peranan sebagai suami,
ayah dan role model kepada seisi keluarga.
3.
Suami tidak matang dari segi memain peranan dan tanggungjawab sebagai suami
4.
Suami mementingkan kepentingan hawa
nafsu sendiri
5.
Suami kurang penghayatan hidup berilmu agama
dan mengamalkan ilmunya, selari dengan tuntutan agama.
Daripada 5 punca yang saya nyatakan
diatas, perkara utama yang menjadi punca adanya suami lemah personaliti akibat
gila gajet meskipun berada di rumah adalah perkara nombor 3 iaitu suami tidak
matang dari segi peranannya sebagai suami dan ayah kepada anak-anaknya.
Kesan daripada sikap suami gila gajet,
isteri di rumah akan berasa kekurangan dari segi;
1.
Sentuhan jasmani (Kemesraan akan kurang.
Suami lebih banyak masa pegang gajet berbanding pegang isteri)
2.
Sentuhan rohani (Isteri kurang bimbingan
rohani. Sebab hati suami dah menjadi
keras. Suami kurang atau tidak mampu memberi bimbingan kata-kata rohani kepada
isteri dan anak-anak. Sebab suami sendiri tak betul dan kurang penghayatan
rohani dalam jiwanya)
3.
Sentuhan emosi( Hubungan mesra dan
kekeluargaan menjadi kurang. Suami lebih stress kepada isu dan masalah yang
ditumpunya padabahan-bahan dalam gajet).
4.
Sentuhan intelek (Kurang majlis ilmu di
dalam rumah. Suami tidak membudayakan aktiviti berbincang mengenai sesuatu yang
bersifat ilmu duniawi dan ukhrawi bersama isteri dan juga anak-anak).
Jelasnya, kesan gila gajet menjadikan
pihak suami hidup dalam dunia tersendiri. Malah ada suami yang bukan sahaja
mengabaikan keperluan jasmani, emosi, rohani dan intelek isterinya di rumah,
malah dirinya sendiri boleh terabai misalnya mengabaikan makan minum, kurang
tidur, mata jadi rosak, sakit-sakit saraf badan dan hidup bagaikan “zombie”
yang tidak ada empati terhadap diri sendiri dan orang lain. Mungkin atas
kesedaran akan wujud kesan negetif gajet, Albert Einstein (1967) telah
mengingatkan generasi muda pada hari ini dengan menyatakan “I fear the day that
technology will surpass our human interaction. The world will have a generation
of idiots”.
Dari aspek kesihatan diri pula, kajian
dari Universiti Arizona, Amerika Syarikat (2015) mendapati sikap gila gajet
dalam kalangan suami boleh memberi kesan negetif dari segi 7 perkara berikut;
1.
Sindrom suka menukar gajet dari semasa ke semasa
2.
Susah hendak tidur malam
3.
Sindrom stress emosi
4.
Kegemukan
5.
Telinga rosak
6.
Mudah mendapat penyakit hati
7.
Mudah mendapat penyakit asma
Malah, dapatan kajian tersebut juga
mendapati kotoranberkuman pada gajet telefon bimbit miliki kuantiti 10 kali
ganda lebih banyak dibandingkan di bilik mandi. Seterusnya, rumusan kajian
tersebut menyatakan sikap gila gajet dalam kalangan manusia dikenali sebagai
nomophobia (no-mobile-phone-phobia), iaitu tanpa gajet seseorang itu mudah terasa
sangat kekurangan, tertekan dan cemas.
FORMULA
PENYELESAIAN MASALAH
Bagi mengatasi masalah tersebut, berikut
adalah langkah-langkah yang perlu diamal dan dilakukan oleh pihak isteri;
1.
Doa. Berdoa dengan ikhlas dan bersungguh
akan menjadikan pihak isteri menjadi lebih tenang dan bertawakal kepada Allah.
2.
Takwa. Berusahalah sehingga suami
mendapat celik akal (kesedaran) bahawa imej suami yang bertakwa ialah dia lebih
banyak masa pegang Al Quran dan sangat sikit masanya diperuntukkan untuk
aktiviti menggunakan gajet ketika di dalam rumah bersama ahli keluarga
khususnya isteri.
3.
Komunikasi.Cakaplah dengan suara dan
intonasi yang paling lembut
4.
Tabah. Jangan berputus asa bagi
mengingat dan membimbing suami supaya bersikap matang dan bebas daripada budaya
gila gajet.
5.
Yakin. Sikap yakinakan kemampuan diri
bagi mengubah suami agar tidak gila gajet. Justeru, berusahalah tanpa mengenal
erti putus asas.
6.
Sopan. Suami akan mudah mendengar
nasihat isteri jika pihak isteri miliki
peribadi yang lemah lembut namun sangat kuat dari segi mengamalkan gaya hidup
muslimah. Misalnya pakaian menutup aurat, memuliakan suami dan anak-anak, tekun
dalam menjaga makan minum, kesihatan, kebajikan bathin suami, pakaian seisi
keluarga dan harta benda suami di dalam dan luar rumah. Fitrah para suami akan
mudah cair dan setia nuraninya jika pihak isteri miliki konsep kendiri yang
baik seperti diatas.
7.
Fitrah. Kena ingat sentiasa mengenai
fitrah manusia. Misalnya adalah fitrah bahawa setiap manusia ada kelemahan.
Setiap manusia berhak mendapat nasihat dan kasih sayang daripada sesiapa sahaja
khususnya daripada seorang isteri kepada suami tercinta. Fitrah manusia sangat
mudah tersentuh hati apabila mendapat nasihat dan layanan yang penuh kasih
sayang, jauh daripada kata-kata berupa penghinaan dan marah-marah.
KESIMPULAN
Tidak ada masalah yang tidak dapat
diselesaikan. Sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud “Allah tidak menurunkan
penyakit kecuali diturunkan penawarnya” (Riwayat Bukhari). Masalah suami gila
gajet sebenarnya bukan masalah rumit untuk diperbaiki. Ia soal personaliti yang
“matang” atau “belum matang”. Matang adalah soal istimewa dalam nilai konsep
kendiri seseorang suami. Ada suami yang baharu berumur 20an namun nilai konsep kematangan
kendirinya sangat bijak, matang dan jauh kehadapan. Sebaliknya ada suami yang
sudah berumur 50an namun nilai konsep kendirinya tidak matang. Ia tidak jaga
solat, terlalu suka bermain dan habis masa dengan aktiviti mengguna gajetnya.
Natijahnya, pihak anak isteri menjadi meluat, sedih hati dan rasa tidak
dihargai oleh pihak suami/ayah tersebut. Oleh itu, pihak isteri punyai peranan
besar bagi menyedar dan memotivasi pihak suami agar berubah menjadi lebih
matang. Apabila matang atau sedar diri, maka dia akan berubah menjadi lebih
banyak beramal ibadah, melayan isteri dan anak-anak. Masanya akanberfokus
kepada membuat amal kebajikan untuk ahli keluarganya samada di dalam atau
diluar rumah. Isteri boleh memainkan peranan untuk mengubah sikap suami. Namun
jika isteri tidak sanggup untuk berusaha keras
bagi mengubah sikap negetif suami
sendiri, maka pastinya orang lain tidaklah boleh diharapkan. Usaha tangga
kejayaan. Yakin boleh.
No comments:
Post a Comment