Monday 2 November 2015

KURSUS KEMAHIRAN KAUNSELING DALAM PROFESIONALISME






2015


Malaysia




1.   PENDAHULUAN

Perkhidmatan Bahagian Perkhidmatan Psikologi adalah untuk kakitangan dan organisasi perkhidmatan awam, jabatan berkanun, ahli keluarga yang terhampir serta pelajar-pelajar tajaan kerajaan.



2.    MAKLUMAT PERKHIDMATAN PSIKOLOGI KAUNSELING MERANGKUMI:

i.              Perkhidmatan Ujian Psikologi
ii.            Perkhidmatan Kaunseling
iii.           Perkhidmatan Pencegahan dan Pembangunan Sahsiah
iv.           Perkhidmatan Khidmat Runding
v.            Perkhidmatan Peningkatan Kemahiran Kaunseling       
vi.           Perkhidmatan Bimbingan Kerjaya




3.    MAKLUMAT PROGRAM PENINGKATAN KEMAHIRAN KAUNSELING

Kemahiran kaunseling merupakan kaedah yang dipraktikkan oleh kaunselor dalam sesi kaunseling agar klien berasa selesa  dan mudah berkomunikasi. Kemahiran menjalankan sesi kaunseling harus diperkasakan demi memastikan keberkesanan proses kaunseling itu sendiri.


4.    PERKHIDMATAN DISEDIAKAN UNTUK:

Program peningkatan kemahiran kaunseling terbuka kepada semua staf (khususnya kaunselor ) yang dilantik mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil 1/ 1999.


5.    PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

Meningkatkan kemahiran mikro dalam kaunseling bagi aspek berikut:

i.              Kemahiran mendengar
ii.            Kemahiran mengemukakan soalan
iii.           Kemahiran perhubungan interpersonal
iv.           Kemahiran membuat para frasa
v.            Kemahiran membuat refleksi kandungan dan perasaan
vi.           Kemahiran memerhati
vii.          Kemahiran berkonfrontasi
viii.        Kemahiran membuat rumusan
ix.           Kemahiran penerokaan alternatif/ pilihan
x.            Kemahiran penamatan sesi:
Melalui bengkel-bengkel, kursus dan seminar dari semasa ke semasa.


6.    JENIS-JENIS PENINGKATAN KEMAHIRAN KAUNSELING

Kursus kemahiran kaunseling ini merangkumi tiga tahap iaitu:

i.              Kemahiran kaunseling Asas
ii.            Kemahiran kaunseling Pertengahan
iii.           Kemahiran kaunseling Lanjutan


7.    PENENTUAN PERKHIDMATAN YANG DIPERLUKAN

i.              Kursus kemahiran yang diberikan bermula dari peringkat asas, pertengahan dan peringkat lanjutan.
ii.            Setiap peserta haruslah menghadiri kursus asas sebelum melayakkan diri ke peringkat seterusnya pertengahan dan lanjutan


 HUBUNGI : CR. Ahmad Kamal bin Ariffin untuk maklumat lanjut.