Wednesday 19 October 2011

ILMU ATASI MENGANTUK



Masalah yang dihadapi oleh kita iaitu mengantuk serta menguap sebaik-baik sahaja
memulakan pembelajaran atau mengulang kaji pelajaran khususnya membaca nota sememangnya sering kali dihadapi oleh kebanyakan murid.
Kalaulah saya bertanyakan kepada para murid apakah pandangan mereka mengenai pelajaran, saya pasti ramai yang akan memberi maklum balas yang negatif. Perkataan seperti malas, tidak ada mood, boring akan terkeluar daripada bibir mereka. Jika ada jawapan yang agak positif, hanyalah tidak mahu menghampakan harapan ibubapa atau diterima oleh individu tertentu.
Murid berasa bosan dengan pelajaran kerana dikelilingi dengan buku pelajaran dan kerja sekolah sejak berumur tujuh tahun lagi. Alam persekolahan yang berorientasikan peperiksaan akan meninggalkan kesan negatif. Sebagai seorang murid, pelajaran tetap penting untuk ke mercu kejayaan di masa hadapan.  Perasaan jemu, bosan, malas serta sikap sambil lewa terhadap pelajaran bermula dengan minda yang negatif. Apa yang perlu dilakukan ialah :-

1. Bina sikap yang positif. Kejayaan seseorang sebenarnya 90% ditentukan oleh tindakan dan hanya 10% sahaja ditentukan oleh pengetahuan sedia ada. Sekiranya kita membaca terlalu lama tetapi tidak menumpukan perhatian, maka kita hanya membuang masa. Jadi perbaikilah diri supaya menjadi lebih bersungguh-sungguh dan bersikap positif.

2. Persediaan minda.
Sikap negatif adalah daripada minda sendiri yang negatif. Oleh itu minda perlu diubah menjadi positif. Gunakan satu kaedah yang dinamakan Saranan Kendiri iaitu pembentukan kata-kata positif seperti berikut:-
“Saya mesti berusaha dan menjadi murid cemerlang. Belajar adalah wajib untuk masa depan. Orang lain boleh berjaya, saya yakin saya juga boleh berjaya.

3. Persediaan perasaan.
Fikiran dan perasaan yang positif, memudahkan lagi kita memberi tumpuan kepada pelajaran. Kita akan berasa selesa kerana perasaan tidak diganggu dengan kata-kata negatif.

4. Persekitaran yang sesuai.
Apabila ingin belajar, kita perlu mencari tempat yang sesuai tanpa sebarang gangguan. Mental dan emosi yang terganggu akan menjejaskan tumpuan fikiran.

5. Ketepikan seketika masalah sampingan.
Sekiranya kita menghadapi masalah lain seperti perselisihan dengan rakan sebaya, masalah kewangan dan sebagainya, kita perlu berkongsi atau meluahkan masalah kita kepada ibu bapa dan juga guru kaunseling di sekolah. Ini boleh mengurangkan tekanan lantas memberi laluan untuk kita menumpukan perhatian kepada pelajaran. Jika tidak berjaya, lawanlah fikiran dengan mengenepikan seketika masalah tadi. Percayalah setiap kejayaan akan diperolehi atas dasar usaha walaupun bermula dengan usaha yang penuh keperitan.



MOTIVASI - UJI MINDA BERASASKAN GAMBAR





Thursday 13 October 2011

TAHAP PEMBINAAN PASUKAN




1.                   KESELAMATAN INDIVIDU

Enam Keperluan Kritikal Individu.

i.                     Bagaimana keadaan institusi ini?
ii.                    Adakah aku dikehendaki?
iii.                  Dengan siapa aku akan bersama?
iv.                  Apa yang mereka mahu dari aku?
v.                   Bolehkah aku berjaya?
vi.                  Bagaimana aku dilayan?


Perlu ada rasa selamat dan percaya.
                Perlu rasa diterima dan tidak terasing.
                Rasa dijemput menyertai pasukan.
                Cuba menyesuaikan diri dengan pasukan.
                Bimbang dan takut berkongsi ide.
                Berjaga-jaga.

2.                   TAHAP IDENTITI INDIVIDU

Cuba mengenali keunikan identiti individu.

i.                     Isu kekeluargaan.
ii.                    Isu pendidikan.
iii.                  Isu pekerjaan.
iv.                  Isu keunikan sekolah.
v.                   Isu latar belakang ahli.

Siapa yang akan bersama?
Bagaimana saya boleh menyesuaikan diri ?.
Bagaimana setiap orang boleh menyumbang?
Apakah persamaan dan perbezaan antara kita?
Apakah kelebihan dan kekurangan ahli?
Kurang penglibatan mesra dan empati.
Belum boleh menerima risiko.

3.                   TAHAP KEKITAAN

Rasa selamat.
Merasa sebahagian daripada ahli pasukan.
Diikhtiraf sumbangan sebagai individu yang unik.
Rasa selamat untuk bercakap.
Bertukar peranan daripada individu kepada “ahli pasukan yang boleh menumbang”.
“Saya” bertukar kepada “Kita”.
Kemahiran interpersonal sangat penting.
Ketua mewujudkan sokongan.
Ketua membuat pemerhatian tingkahlaku penghalang dan atasi.
Penghargaan untuk pasukan, bukan individu.
Bekerjasama ke arah matlamat bersama.


4.                   TAHAP MISI PASUKAN

Merasa selamat dan percaya sepenuhnya.
Ada peluang bekerjasama dan kesepakatan.
Komited kepada pasukan.
Pasukan benar-benar faham tujuan dan misi.
Setiap ahli benar-benar faham ahli lain.
Kenalpasti pertelingkahan kerana salah faham komunikasi.
Komunikasi terbuka. Perlu mendengar ide dan pandangan ahli lain.
Perlu tahu teknik mengendalikan masalah, konflik dan komunikasi.
Keputusan dibuat bersama.
Tahu ke mana dipimpin.
Misi ditulis di mana-mana yang sesuai – latterhead, surat pekeliling, berita, sticker, topi, T shirt, bookmark, book cover, fail, buku rekod, bendera dll.
Sumbangsaran masalah pasukan.


5.             TAHAP KEJELEKITAN BERPASUKAN

Ahli merasa komited.
Tenaga dan produktiviti berada pada tahap tertinggi.
Matlamat peribadi dan persaingan amat berkurangan.
Saling membantu secara maksima.
Komunikasi bertambah terbuka.
Pengalaman berjaya dan gagal bersama.
Kejayaan akan membakar semangat untuk terus berjaya.
Caring menjadi satu budaya hidup.
Sokongan melibatkan peringkat personal dan perasaan.
Tahap penerimaan resiko yang tinggi.
Selesa menyatakan pendapat yang berbeza dan sedar ide mereka tidak mesti diterima.
Jika ahli menghadapi masalah, pasukan akan bekerjasama menghadapinya.
Berkongsi ide dan sumber.
Potensi individu digunakan sepenuhnya.
Sedar “Berpakat membawa berkat”.
Meraikan kejayaan ahli bersama-sama.
Dipenuhi dengan orang dewasa yang jujur dan gembira untuk bersama.
Amat percaya mempercayai.

LAGU MOTIVASI


TANGAN YANG MEMBERI

Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima
Menolong orang jangan harap balasannya
Biar dengan ikhlas janganlah separuh hati
Tiap yang berbakti Tuhan Maha Mengetahui

Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima

Kesucian diri itulah sifat paling dipuji
Senyuman di bibir keindahan budi bahasa
Keluhuran hati kita akan berbahagia

Sikit sama merasa
Fakir jangan dilupa
Hidup kita hanya sementara
Manusia bersaudara
Kasih sesama kita
Jauhi dari bersengketa.

…………………………………………………………………………………………

                                                      FIKIR BOLEH

1.         Jika kau fikirkan kau boleh                        
            Kau hampir boleh melakukan                                  
            Jika kau fikirkan ragu-ragu                                     
            Usahamu tidak menentu                               

2.         Jika kau fikirkan kekalahan
            Kau hampiri kegagalan                                              
            Jika kau fikirkan kemenangan                                  
            Kau hampiri kejayaan                                                

3.         Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Berfikir boleh melakukan
Fikirkan boleh

4.         Percaya apa yang kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
ENGKAU BOLEH



AL-FATIHAH…..untuk Allahyarham Sudirman Hj Arshad



TANGAN YANG MEMBERI

Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima
Menolong orang jangan harap balasannya
Biar dengan ikhlas janganlah separuh hati
Tiap yang berbakti Tuhan Maha Mengetahui

Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima

Kesucian diri itulah sifat paling dipuji
Senyuman di bibir keindahan budi bahasa
Keluhuran hati kita akan berbahagia

Sikit sama merasa
Fakir jangan dilupa

Hidup kita hanya sementara

Manusia bersaudara

Kasih sesama kita

Jauhi dari bersengketa.

PERASA

Pembimbing Rakan Sekerja                             Membina diri membimbing rakan dan taulan

Saling membantu dan juga bekerjasama         Pulihkan yang negatif
Demi cabaran                                                  Kembangkan yang positif
Demi kehidupan                                              Demi agama, bangsa juga negara
Juga demi kejayaan
Yang lebih sempurna                                      PERASA
                                                                        Menolong bukan menghukum
PERASA                                                        Membimbing kita
Berfikiran rasional                                           Sesama rakan
Bertolak ansur serta memahami semua           Ikhlas dan murni
Insan sejati                                                      Membina dan membimbing
Menghormati menyayangi                              Semangat dihulurkan
Juga memperbaiki semua kesilapan                 Demi merapatkan persaudaraan
Membina diri
Membimbing rakan dan taulan
Pulihkan yang negatif
Kembangkan yang positif
Demi agama, bangsa juga negara

PERASA
Menolong bukan menghukum
Membimbing kita sesama
Rakan
Ikhlas dan murni
Membina  dan membimbing
Semangat dihulurkan
Demi merapatkan persaudaraan

REMAJA

Remaja
Ingatlah masa depanmu
Janganlah kau terleka
Di usia remaja

Kenanglah
Jasa ibu dan ayahmu
Susah payah mereka
Membesarkan kita

Gunakanlah masa yang ada
Dengan sebaiknya
Kuatkanlah tekad di hati
Memajukan diri
Tiada kejayaan yang datang
Tanpa usaha yang gigih
Bersusah-susahlah dahulu
Bersenang kemudian
Jadilah warga yang berguna
Pada keluarga, masyarakat jua negara

Waspada
Janganlah mudah terpedaya
Oleh hasutan dunia
Yang bisa merosakkan hidupmu
(Ingatlah remaja)
















PESAN ABANG

Adikku muda remaja
Awasi bila melangkah
Wajahmu manis bak gula
Pasti ramaikan tergoda

Tidak dilarang kau bersuka
Asal tahukan batasnya
Jangan sampai adik terlupa
Harapan.. dan cita-cita…

IBU dan AYAH menaruh harapan
Agar kau berjaya
Di hari kemudian…..

Bila tiba waktu petang
Dari sekolah kau pulang
Bergalas buku di pinggang
Siapa lihat tertawan

Adik masih bersekolah
Awas segala dugaan
Adikkan ambil periksa
Agar senang… MASA DEPAN….

Tumpukan perhatian
Dengan sepenuhnya
Serahkan selainnnya kepada yang ESA….

Bila adik telah berjaya
Abangkan turut gembira
Tapi andai sebaliknya,
Jangan kau rasa kecewa

Sekali adik terkandas
Bukan untuk selamanya
Di HATI sematkan pesanan
Ingat abang…tetap sayang…
                                                                                              

AL-FATIHAH…untuk Allahyarham Sudirman Hj Arshad

Ikhlas daripada; Presiden EMMC Malaysia / 012 6650387

PENYAKIT HATI AKIBAT API KEMARAHAN



 

 

 

Hasad            

(Dengki)                     “Hasad itu memakan (membinasakan) kebajikan, Sebagaimana api memakan kayu”.

Maksud Hadith


                                    2 Jenis hasad:

1.            Rasa kurang senang nikmat yang diperolehi oleh orang lain, lalu mengharapkan nikmat itu terhapus darinya.
2.            Tidak mengharapkan nikmat itu lenyap daripada orang lain tetapi menginginkan nikmat yang sama kepada dirinya. (Ghibtah).

“Apabila kamu mendapat kebaikan, niscaya mereka akan merasa kurang senang, tetapi apabila kamu mendapat kejelekan, maka mereka pun merasa gembira ria kerananya”
ali-Imran:120


Berlumba mencari kesenangan dunia tidak dilarang ada kalanya dituntut.

Hasad yang dibenarkan:

Seorang yang dikurniakan harta yang banyak lalu ia menaburkan harta itu kepada yang hak dan benar sehingga habis.

Seorang yang dikurniakan Allah ilmu,lalu ia mengamalkan  ilmu itu serta mengajarnya kepada orang ramai.

Sebab

Hasad                        
1.         Permusuhan dan kebencian.
2.         Sifat meninggi diri.
3.            Kegemaran menjadi ketua.
4.            Busuk hati dan kedekut menderma kebajikan.

Dendam                      Hati yang merasa tersangat berat terhadap seseorang contohnya membencinya, menjauhkan diri daripadanya dan sifat ini sentiasa bersemadi dalam hati  anda dan sentiasa hidup.

Kesan                         1.         Tidak senang melihat seseorang di
Dendam                                  dalam kenikmatan.
2.            Merasa senang apabila melihat orang terkena bencana.
3.            Memutuskan perhubungan walaupun dia cuba berbaik dengan anda.
4.            Kiranya orang itu lebih rendah kedudukannya maka anda akan memalingkan diri anda daripadanya.
5.            Mengucapkan kata-kata yang tidak patut terhadap orang itu:
Berbohong / Mengumpat. / Membocorkan rahsia. / Melanggar kehormatan.
6.            Mengejek dan mendedah keburukan perilakunya.
7.            Menganiaya dengan memukul atau menyakitinya.
8.            Menahan hak miliknya.

Serendah-Rendah Darjat Dendam

1.     Tidak mahu bermuka manis
                                                       terhadap orang itu.

2.    Tidak berlaku belas kasihan.

       3.   Tidak mengambil berat.
4.    Tidak redha menolong.

       Buat baik dibalas baik, biasa.
       Buat jahat dibalas jahat, biasa.
       Buat jahat dibalas baik,luar biasa.
       Hanya manusia budiman yang boleh melakukannya.
HAMKA


Maaf                            Apabila anda  mempunyai hak untuk membalas, lalu anda gugurkan hak itu, dan bebaskan orang yang patut menerima pembalasan.

“Dan kiranya kamu memaafkan itu adalah lebih dekat kepada taqwa kepada Allah”
                                                                                  (al-Baqarah :237)

                                    “ Merendah diri itu tiada menambahkan seseorang hamba itu melainkan ketiggian, maka hendaklah kamu merendah diri moga-moga Allah akan meninggikan darjatmu dan memberi maaf pula tiada menambahkan seseorang hamba melainkan kemuliaan, maka hendaklah kamu memaafkan, moga-moga Allah akan memuliakan dirimu. Dan sedekah itu tiada akan menjadikan harta itu melaikan bertambah-tambah, maka bersedekahlah kamu agar Allah akan merahmati kamu.”

Maksud Hadith




Belas Kasihan          

Sifat terpuji. Keluhuran budi. Kesucian jiwa. Lawannya kekerasan  dan kekasaran.

“Barang siapa yang telah dikurniakan sifat belas kasihan, maka ia telah diberikan bahagiannya dari kebaikan dunia dan akhirat. Barang siapa yang telah dihalangi dari belas kasihan, maka ia telah terhalang bahagiannya dari kebaikan dunia dan akhirat.”

Maksud Hadith


Ihya’Ulumiddin – Imam Ghazali                              23.7.2002 0815



PENAWAR
DENGKI                     1.               Pengetahuan
-          Tahu bahaya bagi  diri untuk urusan dunia atau agama.
-          Tidak membahayakan orang yang didengki malah mendapat faedah.
-          Bila mendengki orang lain maka bererti anda menentang Qadho’ dan Qadhar Allah.
-          Menyangkal keadilaan Allah.
-          Menyangkal nikmat yang diberikan Allah kepada sekelian hambanya.
-          Terdapat sesuatu hikmat tersembunyi dalam sesuatu kejadian.
-          Jenayah ketauhidan.
-          Kecacatan keimanan.
-          Menyeleweng dari jalan Wali dan Nabi yang menggalakkan mencintai kebajikan.
-          Menyertai  iblis.
-          Rasa pedih sepanjang hidup dengan berdengki.
-          Merasa sedih kerana seteru diliputi kenikmatan.
-          Muram apabila bencana tidak mengenai musuh.
-          Sebaliknya bencana mengenai diri sendiri.
-          Nikmat musuh tidak akan terhapus dengan hasad anda.
-          Segala umpatan diibaratkan hadiah kepada musuh.
-          Segala kebajikan anda diberi kepada musuh di akhirat, tinggallah anda sebagai muflis.
-          Dosa musuh menggantikan amalan anda yang telah muflis.
-          Menaruh musuh kepada diri sendiri dan kawan kepada musuhmu.
-          Hasad mendatang kecelakaan dunia akhirat.
-          Musuh mendapat manafaat dunia akhirat.
-          Anda orang yang tercela kepada Allah dan orang ramai.

-          Memaksa diri melakukan bertentangan dengan apa yang di hasadkan.


2.            Merendah diri terhadap orang yang didengki.

3.            Bersyukur dengan kenikmatan.

4.           Tunjukkan keikhlasan kepada musuh.

5.            Menghargai musuh.

6.            Berniat mendapat keredaan Allah.

7.            Lakukan dengan hikmah dan baik.



SELAMAT MAJU JAYA – Ikhlas daripada Presiden EMMC Malaysia - emmcresourcesmalaysia@yahoo.com.