Tuesday 25 April 2017

IMPAK KESETIAAN DALAM MEMBINA MAHLIGAI BAHAGIA



Oleh :
Dr. Ahmad Kamal bin Ariffin, KB.PA.
Tel : 012 6650387 dan emel : abbaakba@yahoo.com

PENDAHULUAN

Kesetiaan asas membina rumahtangga bahagia. Rumahtangga bahagia adalah ibarat syurga idaman dunia. Itulah gagasan doa harapan para pasangan suami isteri ummah kita. Umum mengesani kesetiaan maksudnya ialah ketulusan untuk menyimpan satu nama agar tetap dihati, kemudian berjanji untuk tidak mengkhianatinya. Kemudian, kesetiaan pasangan bercinta akan disusuli dengan kalimah akad nikah, disulami nilai kasih sayang, ditambah nilai kasih dengan hadirnya cahayamata, makanya terbinalah institusi keluarga bahagia.

UJIAN HIDUP BERKELUARGA

Realiti hidup sukar ditafsir dengan sekilas pandang dan dogma. Hakijatnya ialah manusia tidak dapat mengawal takdir, ujian dan kehendak tuhan. Benar setiap insan mampu berdoa dan berusaha, namun bagi mendapat apa yang kita hendak, adalah diluar kawalan dan kemampuan kita. Ia semua adalah kehendak Allah. Tugas kita hanya berusaha dan bertawakal kehadratnya. Bak kata orang barat “Do your best and god will do the rest”.

Menurut Nabi Muhammad Saw maksudnya tiada perkara halal namun paling dibenci oleh Allah selain perceraian-( Hadis riwayat Ibnu Umar dalam Sunan Abu Dawood). Perceraian ibarat memusnah sebuah masjid manakala berkahwinnya seorang muslim ibarat membina sebuah masjid. Maknanya, perkahwinan adalah satu sunnah Nabi Saw yang pahalanya cukup besar. Dari sudut realitinya, setiap pasangan suami isteri akan melalui proses hidup yang pelbagai, rencam dan mencabar. Banyak ujian yang bakal menimpa setiap manusia tatkala berada dalam alam berumahtangga misalnya ujian;

1. Masalah kesihatan
2. Masalah kewangan
3. Masalah persepsi
4. Masalah fitnah
5. Masalah kepimpinan

Apabila sesuatu pasangan suami isteri itu sedang mengalami salah satu atau semua perkara diatas, maka ia akan menimbulkan sikap lemah semangat, cepat putus ada dan cepat marah (nafsu ammarah). Maka langkah pro aktif mesti dibuat bagi memastikan semua orang yang sudah berkahwin hidupnya sentiasa kekal bersetia, bertawakal dan bersatu jujur bersama meskipun sedang ditimba pelbagai ujian dalam berumahtangga. Ia selari dengan pernyataan ingatan oleh Mufti Menk (2016) “Allah hears every cry. He knows how hard you cry. Allah will always give you better. Let that teach you that No is Not always a sign of rejection.”

RESEPI KESETIAAN

Lima jenis ujian di atas jika tidak diatasi dengan sikap yang betul (mahmudah) akan menyebabkan berlaku krisis rumahtangga yang boleh mengakibatkan perceraian. Umumnya, kesetiaan boleh menjadi utuh menurut perspektif ilmu psikologi berdasar kepada dapatan fakta berikut;

1. 14% kesetiaan bergantung kepada kepuasan hidup yang dipenuhi (puas dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek)
2. 9% kesetiaan bergantung kepada perhatian diri yang diterima (rasa dilayan, dimanjai, dibelai dan dihargai)
3. 9% kesetiaan bergantung kepada pengalaman baharu yang diterima (sekali sekali diberi hadiah mengejut, dibawa melancong dan membeli belah di pelbagai lokasi yang menarik misalnya di Pavillion , Sogo dan Central Market)
4. 68% kesetiaan bergantung kepada penghargaan daripada pasangannya yang menyatakan dirinya adalah teristimewa (sering dipuji dan dihargai bukan sahaja dengan kata-kata, malah juga dengan hadiah materi misalnya jam tangan dan pakaian yang disukai oleh pasangan).

Jelasnya, kesetiaan memerlukan nilai daya usaha dan pengorbanan sikap dalam kalangan pasangan. Seterusnya, ilmu psikologi rumahtangga juga menyatakan bahawa terdapat 3 resepi konkrit yang menyumbang kepada wujud sikap kesetiaan dalam kalangan pasangan iaitu;

1. Kesedaran kendiri
“Kesetiaan dalam kalangan pasangan berumahtangga menjadi semakin utuh dari hari ke hari dengan adanya kesedaran. Kesedaran sesuai dengan saranan al Quran yang mengingatkan misalnya kepada setiap suami bahawa boleh jadi kamu cenderung melihat kelemahan pada diri pasangan kamu, sedangkan pada dirinya ada banyak lagi kebaikan. Allah berfirman maksudnya “dan pergaullilah mereka (para isteri) dengan baik. Kemudian bila kamu tidak menyukai mereka, maka bersabarlah., kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak” – (Ayat surah An Nisai’ ayat 10). Ingatlah juga bahawa setiap wanita atau lelaki itu sama sahaja iaitu miliki harga diri dan perasaan yang perlu dikembang tumbuhkan dan dibajai dengan nilai kasih sayang dan pengorbanan.”

2. Kesesuaian dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek
“kesetiaan diri akan menjadi mampan jika pasangan suami isteri mempunyai kesekufuan atau kesesuaian dari segi aspek 4 perkara tersebut. Ia bagi mengelak krisis komunikasi dan perasaan tidak puas dengan layanan dan komunikasi perorangan dalam kalangan suami isteri. Sebab itulah Islam menganjurkan melihat dan menilai terlebih dahulu sebelum bertunang dan juga berkahwin. “

3. Kemampuan memberi perkhidmatan yang luar biasa hebat kepada pasangan mencakupi aspek kepimpinan kendiri dan kewangan kendiri.
“Fitrah kaum wanita amat mendamba dan mengingini suami yang hebat dari segi kepimpinan dan kewangan. Mereka berkeinginan sedemikian kerana mereka ingin rasa selamat dan dilindungi oleh suami atau bakal suami mereka. Itu adalah fitrah. Justeru, maklumat ini bagus untuk para lelaki yang ingin berkahwin mahupun yang telah berkahwin. Ia bagi memberi asas kukuh untuk kalangan para lelaki dan para suami untuk memuhasabah diri sejauhmana mereka boleh menggalas tanggungjawab untuk menjadi suami dan ayah yang terampil hebat, berwibawa dan berpengetahuan. Sekaligus.......menjadi role model dan mentor ulung kepada pihak isteri dan juga semua anak-anaknya.”

NILAI-NILAI MULIA YANG MENUMBUHKAN SIKAP SETIA DAN PENGORBANAN

Saya selalu mendengar, banyak kalangan para alim ulamak dan juga para ilmuwan bidang psikologi tingkahlaku sedunia yang sering mendorong kalangan ahli masyarakatnya supaya bersikap berasaskan nilai-nilai berikut bagi tujuan menumbuhkan jiwa nurani yang setia dan rela berkorban untuk pasangannya dan juga anak-anak yang menjadi tanggungjawabnya iaitu;

1. Mensyukuri meski tak cukup
2. Ikhlas meski tak rela
3. Taat meski berat
4. Memahami meski tak sehati
5. Sabar meski terbeban
6. Setia meski tergoda
7. Memberi meski tak seberapa
8. Mengasihi meski disakiti
9. Tenang meski resah

Jika kita ingin miliki sikap setia dan pengorbanan, maka kita perlulah mengetahui dan mengamalkan nilai-nilai sahsiah yang menjadi landasan maksud dan kriterianya. Menyebut, mempelajari dan mengambil peduli memang semua orang boleh buat, tetapi untuk bertindak dan mengamalkannya tidak semua orang boleh buat. Oleh itu, setiap pasangan kita mesti bertanggungjawab terhadap diri dan pasangan masing-masing untuk bertindak menjadi suami isteri yang setia dan rela berkorban atas dasar tanggungjawab, amanah, iman dan amal.

KESIMPULAN

Ilmu psikologi kesetiaan dalam kalangan masyarakat jelasnya bermula daripada institusi rumahtangga. Ironinya, bak kata orang Inggeris “Respect is earned. Honesty is appreciated. Trust is gained. Loyalty is returned.” Rumahtangga yang bahagia hakikatnya dibina oleh konsep kendiri insan yang setia, bertanggungjawab dan rela berkorban demi kebaikan ahli keluarganya. Bermula dengan konsep kendiri insan yang setia bersandarkan ilmu, iman dan amal yang terpuji, akan lahirlah masyarakat negara bangsa yang harmoni, bersatu dan setia terhadap pemimpinnya. Ia jelas boleh dibina disebabkan nilai sikap itu berkait rapat dengan budaya bangsa. Masyarakat yang berbudi luhur bermula daripada budaya masyarakat yang kukuh institusi kekeluargaan dalam setiap kelompok masyarakatnya. Ingatlah, kesetiaan akan membawa kebahagiaan dan kegemilangan ummah

Monday 24 April 2017

POLC

Saya selalu yakin Allah akan beri kejayaan kepada setiap hambanya yang;

1. Tekun berusaha
2. Jujur
3. Sabar
4. Berdoa kehadratnya
5. Pemurah


Manusia boleh datang dan pergi. Namun saya tetap ada Tuhan yang menjadikan setiap manusia.
POLC yourself.

Even the Moron have a dream.

- Dr. Ahmad Kamal bin Ariffin -