Tuesday 26 January 2016

world

“With realization of one’s own potential & self confidence in one’s ability, one can build a better world.” ~Dalai Lama

Friday 8 January 2016

TEKS UCAPAN MAJLIS PERKAHWINAN

BISMILLAH HIRRAHMANIRRAHIM

Terima kasih kepada Tuan Pengerusi Majlis,
Saya dahulu kan kata bicara saya dengan lafaz

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Salam hormat dan penuh takzim saya tujukan kepada;

Yang Berhormat En. Khairy bin Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan, Malaysia.
Yang Amat Berhormat, Datuk Seri Datuk Seri Hj. Mohamed Khaled bin Nordin. Menteri Besar Johor
Yang Amat Berhormat, Dato' Seri Paduka Mohamed Azmin bin Ali, Menteri Besar Selangor,
Yang saya kasihi kedua-dua besan saya………………………..........

Yang Berbahagia Tan Sri – Tan Sri,Dato’-Dato’,Datin-Datin, Tuan-Tuan dan Puan-Puan sidang hadirin yang dikasihi dan dirahmati oleh Allah Subhanahu wa taala sekalian.

Saya mulakan isi utama ucapan saya ini dengan ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada semua tetamu jemputan yang hadir bagi merai dan menjayakan majlis perkahwinan anak-anak kami yang tidak sepertinya ini.

Seterusnya, saya seisi keluarga dan juga mewakili semua kedua-dua pihak keluarga pengantin  ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada pasangan pengantin yang bertuah hari ini, iaitu anak perempuan kami .......................... dan pasangan pilihan hatinya ........................... kerana berjaya menyulam ikatan kasih sayang dan hormat sehingga termeterainya ikatan perkahwinan yang suci ini.

MERAI TETAMU

Saya  seisi keluarga ingin memanjatkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah SWT sekali lagi, kerana dengan izin-Nya majlis perkahwinan kedua-dua anakanda kami  ini selamat dilaksanakan dengan suasana yang gembira dan ditambahkan serinya pula Yang Berbahagia Tan Sri – Tan Sri,Dato’-Dato’,Datin-Datin, Tuan-Tuan dan Puan-Puan  yang terserlah sungguh anggun dan cantik berseri, sama macam kedua-dua mempelai pengantin kita hari ini .


2.   Yang berbahagia Tan Sri-Tan Sri, Dato- Dato’, Datin-Datin, tuan-tuan dan puan-puan sidang hadirin yang dimuliakan;

Di malam hari terang senegeri
Memberi cahaya di tengah balai
Majlis indah ditambah seri
Untuk meraikan kedua mempelai

DOA  RESTU IBUBAPA

3.   Selaku ibubapa, kami mendoakan  kebahagiaan dan kerukunan keluarga yang berkekalan hingga ke akhir hayat kepada anakanda berdua. Bagi membina institusi keluarga yang bahagia sepertimana Pesanan Luqman Al Hakim (Pesuruh Allah yang namanya disebut dalam Al Quran)  kepada anaknya, katanya;

"Ketahuilah sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam di dalamnya. Bila engkau ingin selamat, layarilah lautan itu dengan sampan yang bernama taqwa, isinya iman dan layarnya adalah tawakkal kepada Allah SWT".

Insya Allah, hidup kita akan berjaya dan bahagia di dunia dan akhirat, jika kita mengikut  jalan agama, jujur dan amanah dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai pasangan suami isteri yang diredhoi Allah Taala.

RASA SYUKUR  DAN GEMBIRA

4.   Kami juga ingin berkongsi perasaaan sangat gembira dan bersyukur di sini, kerana kehadiran  anak menantu serta sekalian ahli keluarganya yang baik dan berhemah tinggi, moga ikatan kekeluargaan ini akal membina satu institusi keluarga besar yang bahagia dan maju jaya di dunia dan akhirat.


PENGHARGAAN KEPADA SEMUA

6.   Dikesempatan ini juga, saya ingin rakamkan ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua ahli keluarga dan krew pengelola majlis perkahwinan anak perempuan kami pada hari ini. Khususnya kepada tuan pengacara majlis, ustaz yang memimpin bacaan doa dan semua yang terlibat dalam slot persembahan dan keceriaan dalam pengendalian dewan acara perkahwinan kedua pasangan mempelai yang bertuah, pada hari ini. Segala penat lelah dan pengorbanan masa dan tenaga yang pihak saudara-saudari semua berikan, hanya Allah Taala sahaja yang layak membalasnya.

7. Saya juga ingin memohon, agar semua tetamu yang hadir pada hari ini, agar dapat mendoakan kebahagian dan kejayaan buat kedua-dua pengantin iaitu anakanda kami ini, menjadi pasangan yang bahagia, dikurniakan oleh Allah anak-anak yang soleh dan boleh menjadi role model yang baik  buat pasangan suami isteri yang lain pada masa yang mendatang.

7.   Di sepanjang pelaksanaan majlis perkahwinan anak-anak kami yang amat bermakna dan bersejarah  ini, seandainya ada serba sedikit kekurangannya, maka kami rumuskan dalam bentuk ungkapan  klasik seperti berikut;

Kalau ada wajah yang tersalah pandang
Kalau ada nama yang tersalah sebut
Kalau ada gelar yang tersalah ucap
Kalau ada yang duduk di salah tempat

Kalau ada hidangan yang salah bekas
Kalau ada air mawar yang tersalah renjis
Kalau ada gelas tersalah letak
Kalau ada nasi tersalah tambah



Maka, kami ulit perkara itu dengan ungkapan;

Bunga sakura si bunga Jepun
Ditanam nyonya berpohon-pohon
Tersilap tersalah harap diampun
Terkasar bahasa maaf dipohon

PENUTUP

Sekian terima kasih
Selamat menjamu selera.

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH.