Thursday 30 January 2014

opera hidup


melaksanakan tugasan dengan penuh semangat wira.....hingga berjaya.....alang - alang usaha, biar sampai mencapai kejayaan.

Wednesday 29 January 2014

PSIKOLOGI KEMAHIRAN MENDENGAR - untuk rakyat Malaysia.

KEMAHIRAN  MENDENGAR


A.  SEPULUH  SEBAB  MENGAPA PERLU MENDENGAR DENGAN BAIK.

1.    Untuk   Belajar  Sesuatu.
Dengan memberikan perhatian dan tumpuan kepada orang yang  bercakap, kita akan  dapat menerima dan belajar  mengenai sesuatu ilmu yang baru yang mungkin  kita belum pernah dengar sebelum ini.

2.       Untuk  Memahami  Keadaan.
Bila kita mendengar dengan baik melalui bahasa lisan  dan bahasa badan, maka kita akan memahami  keadaan sebenar orang yang  bercakap sama ada apa yang dikatakan itu serius, bergurau  ataupun  sebagainya.

3.       Untuk  Mendapatkan  Maklumat.
Dengan mendengar, kita akan dapat memahami  maklumat yang cuba disampaikan oleh orang yang berucap.

4.       Cuba Mengetahui Kehendak/Keperluan Orang Yang Bercakap.
Orang yang bercakap memerlukan perhatian, simpati, empati dan sebagainya. Dengan  menjadi pendengar yang baik , kita akan  dapat mengetahui  dengan jelas apakah kehendak dan kemahuan perucap itu sebenarnya.

5.       Untuk  Mengelakkan Salah Faham.
Penjelasan sesuatu mesej yang hendak disampaikan oleh orang yang bercakap adalah bergantung kepada kefahaman terhadap sesuatu mesej itu. Kefahaman terhadap sesuatu mesej tidak akan tercapai tanpa tumpuan dan perhatian yang penuh semasa mendengar.

6.       Untuk Menilai Maklumat Yang Disampaikan.
Untuk menilai kebenaran fakta yang disampaikan juga memerlukan pendengaran yang teliti. Jika tidak, kita  tidak dapat membezakan kebenaran dan kesilapan fakta yang diberi sejajar dengan fakta yang sedia ada pada diri  kita.

7.       Untuk  Menyampaikan Maklumat Kepada Orang Lain.
Sesuatu maklumat baru yang kita perolehi sewajarnya disampaikan kepada  orang lain jika ianya memberikan faedah dan manfaat  kepada  orang lain.

8.       Untuk  Menjiwai  Komunikasi.
Mendengar dengan berkesan  akan menjadikan kita turut serta dalam proses  komunikasi dan menjiwai proses  tersebut.

9.       Untuk Melatih Orang lain Untuk Mendengar.
Dengan menjadi penengar yang baik, kita juga turut melatih orang lain mendengar dengan baik.

10.   Untuk  Melatih Diri Menjadi Pendengar Yang Baik.
Mendengar dengan baik akan dapat membentuk sifat-sifat  kesabaran diri kita  sendiri.
TEKNIK  MENDENGAR  DENGAN  BERKESAN

1.         Sentiasa  berada dalam keadaan  bersiap  sedia.
2.         Peralatan yang lengkap untuk  membuat  catatan.
3.                  Tempat duduk yang hampir dengan  guru atau orang yang  
berucap/bercakap.
4.                  Mengetahui serba sedikit tentang tajuk yang akan disampaikan oleh guru/perucap.
5.                  Sentiasa berfikir dan dapat menjangkakan apakah fakta atau keterangan yang akan disampaikan  oleh  guru.
6.                  Perhatikan kepada isyarat tanpa  lisan yang diberikan oleh guru semasa mengajar seperti suara yang tinggi dan penekanan sesuatu perkataan yang diucapkan.
7.                  Catatkan  isi-isi  penting semasa mendengar.
8.                  Hilangkan halangan fizikal dan emosi semasa mendengar.


 HALANGAN  UTAMA  MENDENGAR

1.         Tidak  sabar
2.         Menetapkan  agenda  sendiri
3.         Tanggapan awal yang silap.
4.         Tanggapan awal yang negatif.


KELEBIHAN  MENDENGAR  DENGAN  BAIK



1.         Menggunakan  anugerah  ALLAH  sepenuhnya.
2.         Meninggikan  tahap  kesabaran.
3.         Memberi  penghormatan  kepada guru  atau orang yang berucap.
4.         Mengelakkan  salah  faham.
5.         Boleh  memberi  bantuan kepada orang yang memerlukan.
6.         Menjiwai apa yang diajar.
7.         Melatih orang lain mendengar.






PEMBIMBING RAKAN SEBAYA




PERKARA YANG BOLEH DAN TIDAK BOLEH DILAKUKAN OLEH PRS


BOLEH

TIDAK BOLEH

A
Menjadi fasilitator yang bersikap terbuka, yakin dan percaya diri, berasa selesa dan berempati.

A
Mengawal, memberi khutbah atau mendesak rakan tentang apa yang mereka harus buat.
B
Menerima rakan secara terbuka dan tanpa syarat.

B
Membuat kesimpulan awal dan cuba mengubah mereka.
C
Mendengar, menjelas dan membantu rakan melihat beberapa alternatif selepas membuat keputusan.

C
Memberi nasihat dan cadangan penyelesaian untuk diikuti.
D
Memberi sokongan dan galakan untuk rakan mengambil langkah positif.

D
Membuat sesuatu yang sepatutnya dilakukan oleh rakan itu sendiri.
E
Mematuhi etika kerahsiaan.

E
Membuka rahsia rakan.
F
Menyedari bahawa bukan semua masalah boleh diselesaikan / diatasi.

F
Mengharapkan semua masalah boleh diatasi dengan segera.
G
Berbincang dan membantu rakan yang menghadapi masalah biasa / normal.


G
Terus berbincang dengan rakan yang menghadapi krisis / masalah emosi yang mendalam.
H
Memimpin rakan melihat masalahnya dengan objektif dan menggalakkannya mencari penyelesaian sendiri supaya ia belajar melalui pengalamannya sendiri.

H
Bertindak menyelesaikan masalah rakan.
I
Merujuk kes yang berat kepada Guru B&K dan menjadi penghubung kepada rakan yang bermasalah untuk bertemu dengan Guru B&K atau orang yang lebih arif.

I
Mengendalikan masalah rakan yang runcing sehingga mengganggu ketenteraman jiwa.
J
Menjalankan projek membantu sambil mempengaruhi rakan lain supaya melibatkan diri mereka bersama.

J
Menjalankan projek bersendirian dan mengenepikan rakan lain.
K
Mengutamakan kesejahteraan diri dan memahami batasan diri untuk membantu.


K
Terlibat dengan masalah rakan secara peribadi sehingga mengganggu pelajaran dan perasaan sendiri.


MESEJ BAHASA TUBUH





ASPEK



KEADAAN


MESEJ




MATA
Bola mata berair
Bermain perasaan
Mata tidak berkelip
Berangan
Memandang lantai
Berfikir
Memandang dinding
Bayangan lalu
Mata kerap berkelip
Sedang sensetif
Memejam mata
Tahan emosi
Memandang kaunselor
Sedar
Terbeliak mata
Sedang marah
Mengesat mata
Sebak
Memandang bumbung
Bosan




SUARA
Bersuara kuat /lantang
Marah / geram
Perlahan
Sayu /sedih / kesal
Putus-putus
Tahan perasaan
Lambat
Bermain dengan perasaan
Tinggi
Marah
Menggeletar
Tahan perasaan
Tersedu-sedu
Sedih
Ketawa
Gembira
Gagap
Ketakutan / terganggu






PERGERAKAN FIZIKAL
Peluk tubuh
Tak selesa
Silang kaki
Tak selesa
Sila panggung
Relax
Condong depan
Serius
Condong belakang
Lesu
Picit jari
Cemas
Ketap bibir
Marah
Ketap gigi
Marah
Genggam tangan
Geram
Gerak kaki
Separuh sedar
Pegang tengkuk
Bosan
Garu kepala
Menyesal
Geleng kepala
Tak percaya
Tutup muka
Sedih




PENGISIAN KURSUS INSANIAH

NAMA PROGRAM

KURSUS  KEMAHIRAN KAUNSELING  KERJAYA
TARIKH

LOKASI
KUALA LUMPUR, MELAKA, SABAH DAN SARAWAK

OBJEKTIF


PROGRAM INI DIREKABENTUK ADALAH UNTUK:

ü  MENDEDAHKAN KEPADA PESERTA TEKNIK  KAUNSELING DALAM PEMBANGUNAN ORGANISASI
ü  MENDEDAHKAN KEPADA PESERTA ILMU PENGETAHUAN PENYUBURAN DAN PENGAYAAN KENDIRI DALAM HUBUNGAN PERORANGAN
ü  MEMANTAPKAN KEMAHIRAN KONSULTASI DALAM KAUNSELING ORGANISASI
ü  MEMBERI PELUANG KEPADA PESERTA MENGIMPLIMENTASI ILMU KAUNSELING DAN LATIHAN KEMAHIRAN DALAM KAUNSELING DENGAN PENYELIAAN OLEH PAKAR KAUNSELING  PROFESIONAL.


MODUL


MODUL  1: FALSAFAH KAUNSELING KERJAYA
ü  SEJARAH ILMU KAUNSELING KERJAYA
ü  SEJARAH KAUNSELING KERJAYA DI MALAYSIA
ü  KESIMPULAN

MODUL 2 : TEORI KAUNSELING KERJAYA

ü  TEORI TRET DAN FAKTOR DALAM KAUNSELING
ü  BAGAIMANA MENINGKATKAN KEFAHAMAN DIRI
ü  TEKNIK MENDAPAT PENGETAHUAN DUNIA PEKERJAAN
ü   PERSONALITI, MINAT DAN POTENSI KERJAYA
ü   PERANAN KENDIRI SEBAGAI PENGAMAL KAUNSELING KERJAYA
ü   KESIMPULAN


MODUL  3: PENGGUNAAN UJIAN DALAM KAUNSELING KERJAYA

ü  MATLAMAT PENILAIAN BAKAT, PERSONALITI DAN MINAT  KERJAYA DALAM PROFESIONALISME
ü  KEBOLEHPERCAYAAN ALAT UJIAN PSIKOLOGI KERJAYA
ü  ISU-ISU DALAM PEMILIHAN KERJAYA DAN AMALAN PROFESIONAL DALAM KERJAYA
ü  UJIAN PSIKOLOGI DALAM KALANGAN PESERTA
ü  KESIMPULAN

MODUL  4 :  TEORI KEPERLUAN KERJAYA

ü  SISTEM KLASIFIKASI PEKERJAAN ROE
ü  HIRARKI  KEPERLUAN MANUSIA
ü  PERKEMBANGAN DALAM MINAT DAN SIKAP  MANUSIA
ü  INTERAKSI  KAKITANGAN DAN KETUA JABATAN
ü  KEPIMPINAN IBUBAPA DAN KEPERLUAN PSIKOLOGI MANUSIA
ü  KESIMPULAN

MODUL 5 :  STRATEGI  TEKNIK DAN KEMAHIRAN KAUNSELING KERJAYA

ü  MAKLUMAT SEMASA
ü  KESEIMBANGAN PERANAN
ü  PENGENALPASTIAN MASALAH DALAM PROFESIONALISME KERJAYA
ü  MEMBINA MATLAMAT UNGGUL DALAM KERJAYA DAN AMALAN PROFESINALISME
ü  KESIMPULAN

MODUL 6:. KEMAHIRAN DALAM KAUNSELING

ü  KEMAHIRAN MENDENGAR
ü  KEMAHIRAN KOMUNIKASI
ü  KEMAHIRAN ASERTIF
ü  KEMAHIRAN MEMBUAT REFLEKSI
ü  KEMAHIRAN MENEROKA DALAM KOMUNIKASI KAUNSELING
ü  KEMAHIRAN PARAFRASA
ü  KEMAHIRAN MEMBUAT KEPUTUSAN DALAM KERJAYA
ü  KEMAHIRAN MERANCANG DALAM ORGANISASI
ü  KEMAHIRAN MENGENALPASTI ISU DAN MASALAH
ü  KESIMPULAN



KUMPULAN SASAR

TERBUKA KEPADA SEMUA KAKITANGAN KERAJAAN, BADAN-BADAN BERKANUN, KERAJAAN TEMPATAN, SEKTOR AWAM & SEKTOR SWASTA  SERTA INDIVIDU YANG BERMINAT.

YURAN PENYERTAAN

1
TANPA PENGINAPAN
2
PENGINAPAN 2 ORANG SEBILIK
( TWIN )
3
PENGINAPAN 1 ORANG SEBILIK
( SINGLE )

                    RM 780/-   


RM 850/-

                    RM 900/-