Friday 3 March 2017

TAJUK : MENYEMARAK CINTA HINGGA KE HUJUNG USIA




OLEH : 
DR. AHMAD KAMAL BIN ARIFFIN – 012 6650387 
(boleh call saya untuk jemput ceramah  bersama pakar)
PUSAT ASUHAN PERTIWI
MALAYSIA

PENDAHULUAN

Cinta adalah anugerah ilahi. Dengan adanya rasa cinta, manusia menjadi tenang, bertenaga dan ceria. Ironinya, cinta lahir melalui perasaan terpendam yang disokong oleh rasa hati dan digerak oleh daya fikir.  Cinta bukan sahaja dimiliki oleh kalangan orang muda, malah juga orang tua. Justeru, kita biasa dengar kisah orang tua dah berumur lebih 60 tahun yang bernikah dengan pilihan hati masing-masing. Begitulah juga dengan orang muda. Kita biasa dengar anak lelaki dan perempuan yang bernikah seawal umur 18 tahun. Cinta juga dinikmati oleh semua orang, mencakupi lelaki dan perempuan. Cinta adalah fitrah. Tanpanya jiwa gundah. Tanpa etika menimbul fitnah. Ikuti syarak hidup barokah. Kekuatan cinta itulah yang menggerakkan seseorang untuk mengurat, menjelaskan perasaan hingga berjaya ke jinjang pelamin.

ASAS CINTA SUCI

Cinta adalah seni. Seninya perlu dipelajari. Tanpa ilmu seni bercinta, matlamat hidup insani menjadi kabur. Perkara lagho(maksiat)  boleh mudah muncul. Mengelak dan menjauh diri daripada maksiat dianjur tuhan yang esa. Jika terjebak noda, akan diselimutilah diri dengan dosa. Orang berdosa hidupnya susah , gundah dan akhirnya punah. Hendak bangkit kembali bukannya mudah. Jumpa alim ulamak, kaunselor dan psikiatris pun belum tentu boleh berjaya berubah. Kerana cinta itu adalah soal hati. Santapannya iman. Hasilnya pekerti. Maka cinta akan kembah tumbuh mewangi mencantik peribadi atau personaliti lantaran hasil pekerti insani. Manakala pekerti yang dikait dengan hubungan cinta antara setiap lelaki dan perempuan dibumi ini adalah;

1.       Niatnya
2.       Tanggungjawabnya
3.       Empatinya
4.       Pengorbanannya
5.       Perjuangannya
6.       Kesetiaannya
7.       Keilmuannya

Demikianlah  konkritnya nilai disebalik kalimah cinta. Cinta yang disulami kalimah Allah, merujuki Al Quran dan As Sunnah,  yang mampu menghasilkan monumen “evergreen” yang tak dimakan zaman berupa Taj Mahal (binaan Shah Jahan, berpusat di Agra, 1648)  dan Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck karya Prof Hamka (1938). Malah, cinta bukan dinikmati oleh ummah Islam semata, sebaliknya cinta dialami dan dinikmati dengan pelbagai episode, genre, irama dan kisah yang  melibatkan semua ummat manusia, tanpa mengira bangsa dan agama. Justeru, dunia memaklumi disebalik kegemilangan Adolf Hitler (1945), ialah isterinya yang dipuja iaitu Eva Braun.  Begitulah cinta Picasso terhadap isterinya Jacqueline Roque (1961). Tidak perlulah saya masukkan nama-nama besar lain bagi membuktikan kisah dan nilai cinta seorang lelaki dan wanita. Kerana ia sudah cukup untuk memahami  kewujudan gramatis skrip menarik manusia dan cinta tersendiri. Kita pula sekadar ambil pengajaran dan penghargaan.

TRAIT RACUN CINTA

Cinta yang dibina dengan niat yang suci akan kekal hingga ke syurga. Sebaliknya, cinta akan gagal dipertahankan hingga ke akhir hayat disebabkan  7 perkara yang menyialkan. Ianya adalah faktor;

1.       Kecurangan
2.       Kemiskinan
3.       Kekeliruan
4.       Kemarahan
5.       Keegoaan
6.       Kekecewaan
7.       Kezaliman

Untuk penjelasan lanjut  berhubung perkara diatas, memerlukan kita menghadiri majlis ilmu yang khusus. Saya fikir kalau di Malaysia ini, pakar yang boleh interpretasi hujah diatas ialah tokoh motivator  negara iaitu Datuk Dr. Mohd Fadzillah Khamsah. Kalau ahli agama pula, saya fikir Ustaz Azhar Idrus adalah ahli dalam menghuraikannya menurut perspektif Islam.  

KESIMPULAN

Kesimpulannya, cinta mudah disebut namun sukar dipertahan dan diperkukuhkan. Ia memerlukan ilmu, kefahaman dan penghayatan amal. Jika cinta tidak dibina dengan iman dan amal, maka rosaklah akhlah ummah dan akan banyaklah berlaku kes wanita dianiaya, anak dibuang, kes dera, kes bunuh, lelaki murung moron perangai dan masalah sosial.  Ingatlah, pesanan daripada Saidina Ali KW  yang bermaksud “Maksiat zina berleluasa  menjemput penyakit  taun, ummah tak bayar zakat menjemput kekeringan  bumi  (kering kontang)dan tidak laksana  syariat menjemput pembunuhan sesama manusia” . Analoginya, cinta tanpa nilai agama mengakibatkan pelbagai penyakit tubuh, berbelanja tanpa beringat menjemput masalah kebajikan asasi keluarga terabai dan hidup tanpa ikut dan laksana perintah Allah mengundang permusuhan sesama pasangan suami isteri. Begitulah pentingnya hidup bersyariat, cinta tumbuh bersemarak seiring kembang tumbuhnya pahala kendiri dan keharmonian rumahtangga.

Sekian.