Tuesday 27 February 2018

INGATI ALLAH

Jangan lupa Allah walau dimana jua berada.
Jaga Solat Dhuha. Binalah khusyuk ketika solat. Bina azam dan fokus untuk jauhi maksiat. Fokus kepada ibadah dan sabar. Andai perlu berhijrah, hijrahlah demi Allah dan Rasulnya.

Sesungguhnya hidup di dunia ini sementara.
Bercakaplah dengan tertib. Berhujahlah dengan sederhana. Sesungguhnya yang sukar itu kubur dan terlebih sukar itu bekalan masuk kubur ( Saidina Ali bin Abi Thalib).


Akhikum Fillah,
Dr. Ahmad Kamal bin Ariffin.

MAAFKANLAH

Maafkan sahaja orang lain yang memfitnah, menyakiti hati atau menghina dirimu. Orang itu juga hamba Allah. Dia pun pasti takut akan sukarnya keadaan dalam kubur. Percayalah setiap ujian dan dugaan di atas dunia ini adalah atas kehendak Allah. Dari Allah kita datang kepada Allah kita kembali. Maka bila datang orang lain berbuat tak baik kepada kamu, maka balaslah dengan memaafkan. Doakan dia semoga dia diberi rahmat kebaikan daripada Allah. Itulah bimbingan yang Nabi Muhammad Saw sering ingatkan kepada semua ummat Islam.
Dengan sifat ihsan dan kasih sayang juga, tidak salah untuk kamu belajar untuk lebih rajin beribadah, rajin menolong orang susah dan rajin untuk memuhasabah diri. Sesungguhnya Allah maha pengampun lagi maha pengasihani. Atas sifat mulia, setiap mukmin pasti menjadi ahli syurga.

Selamat maju jaya semua.


Akhikum Fillah,
Dr. Ahmad Kamal bin Ariffin.

KEBERSIHAN HATI

Kadang-kadang, seorang doktor pun boleh jatuh sakit.
Begitulah juga kadang kadang, seorang cikgu pun boleh jadi jahil.
Sebab apa?
Sebab kita ni......... manusia je. Sama je. Yang berbeza ialah sikap, ilmu dan amal.
Maka sebab tu, kita mesti ikut perintah Allah.
Sambil belajar daripada pesanan Saidina Ali bin Abi Thalib "Yang dekat itu kiamat yang terlebih dekat itu kematian".



Akhikum Fillah,
Dr. Ahmad Kamal bin Ariffin.

Time



Every human being has the same amount of time at his disposal. Yet some people will tell you “I don’t have the time.”

Wednesday 21 February 2018

JAMBATAN HIDUP INSAN


BANGSAKU



Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.
Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.
Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu, Minangkabau
memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua’alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)
Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan
Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara
Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.
Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut
Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selagi yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
“Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran”
Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.
Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka