Thursday 19 January 2012

TIDUR DAN MASALAH DENGANNYA





KECELARUAN TIDUR (SLEEP DISORDER)

            Tidur merupakan satu keperluan bagi semua makhluk yang hidup di dunia ini. Kajian menunjukkan bahawa segala otot-otot manusia yang normal akan ‘relax’ semasa manusia tidur dan mengikut ahli sains Barat dalam ‘Times, 1990 ‘ mengatakan bahawa tidur ‘helps repair the wear and tear of consciousness, and aids in the assimiltion of information or the impression of memory’. Corak tidur sesorang individu itu pula berubah mengikut umur kadang-kala “napping” pada waktu siang menjadi habit dan memuaskan sesetengah individu itu. Menurut Prof. Mady Raymond Azman Ali (1998) keperluan tidur seseorang berbeza-beza mengikut keperluan umur dan individu itu sendiri.
           
DEFINISI INSOMNIA (TIDUR)
            Kerumitan untuk memulakan tidur (difficulty faliing asleep), kerumitan untuk mengekalkan tidur (difficulty staying asleep), bangun terlalu awal (early final awakening) dan tidak dapat merasakan kerehatan selepas bangun dari tidur.

KATEGORI INSOMNIA

            Terdapat 3 kategori yang berkaitan dengan insomnia:-

1.                  Insomnia yang berkait dengan kecelaruan mental yang lain (Insomnia related to another mental disoder-non organic)
2.                  Insomnia berkait dengan factor organic yang diketahui (Insomnia related to a known organic factor)
3.                  Primary insomnia

SIMTOM INSOMNIA

            Tanda-tanda atau simtom insomnia ialah:-
  • Susah untuk tidur
  • Fikiran yang menakutkan menghalang dari tidur.
  • Bangun (anxiety) dan bermasalah untuk relaks.
  • Bangun pagi lebih awal dari yang sepatutnya.
  • Berjaga selama lebih kurang setengah jam atau lebih sebelum tertidur.
  • Merasa sedih dan tertekan bila bangun tidur.
  • Keletihan (fatigue).
  • Suka merungut-rungut (grumpy) dan mudah terasa.
  • Tidak berkeupayaan untuk memberi penumpuan dan memfokas.
  • Gangguan terhadap ingatan (memory).
  • Pening (drowsiness)
  • Menyalahgunakan ubat perangsang (stimulants e.g caffeine, amphetamines etc.)
  • Mimpi yang menakutkan (nightmares)

SIAPAKAH YANG SERING MENGALAMI MASALAH INSOMNIA DAN BAGAIMANA BERLAKU
            Insomnia boleh berlaku pada semua peringkat umur tetapi lebih kerap kepada mereka yang mempunyai umur yang semakin meningkat. Insomnia juga dikatakan sering dialami oleh mereka yang mengalami beban tekanan (stress), mungkin disebabkan oleh beban kerja, krisis rumahtangga dan bagi perempuan mengandung (3 bulan terakhir sebelum melahirkan) . Insomnia juga lebih kerap berlaku pada wanita lebih daripada lelaki.
            Pengidap insomnia selalunya mengalami masalah untuk tidur dan terpaksa berbaring dan berjaga di atas katil sekurang-kurangnya setengah jam atau lebih sebelum tertidur. Semasa tidurnya ia tidak boleh tidur lena kerana kerap terjaga sewaktu tidur, bangun lebih awal dari masa yang sepatutnya dan bila terjaga diwaktu malam tidak dapat tidur kembali. Bila bangun terasa letih, sediah dan tertekan. Gangguan seperti ini berlaku selalunya sekurang-kurangnya 3 kali dalam seminggu selama sekurang-kurangnya setahun.

JENIS-JENIS KECELARUAN TIDUR INSOMNIA

1.         Insomnia yang berkait dengan kecelaruan mental yang lain.
            Ianya adalah kecelaruan insomnia yang berkait dengan kecelaruan mental pada axis 1 dan axis 11. Pada axis 1, kecelaruan mental seperti ‘depressive disorder’, anxiety disorder’ dan adjusment disoderwith anxious mood’ boleh berlaku serantak dengan kecelaruan insomnia. Pada axis 11 pula, kecelaruan mental yang hadir bersama-sama dengan kecelaruan insomnia adalah ‘obsessive compulsive personality disoder’.
            ‘Anxiety’ (kebimbangan), masalah yang menekan ditempat kerja, krisis keluarga secara tiba-tiba dan lain-lain tekanan perasaan lagi boleh menyebabkan insomnia yang kadang kala menjangkau sehingga berbulan-bulan malah ada yang sehingga bertahun-tahun.

2.         Insomnia yang berkait dengan faktor organik yang diketahui
            Ianya adalah insomnia yang berkait dengan faktor organik seperti keadaan fizikal, penggunaan medikasi yang tertentu atau penggunaan bahan psikoaktif.
a.       Keadaan Fizikal
Keadaan fizikal yang dikaitkan dengan insomnia adalah seperti ‘arthritis’, parkinson’s disease’ dan ‘angina’ menganggu tidur pesakit akibat kesakitan dan ketidakselesaan. Simtomnya tidak hanya dirasai semasa tidur, tetapi juga semasa jaga.
Kecelaruan fizikal yang lain, di mana simtomnya hanya semasa tidur sahaja adalah seperti ‘sleep apnea’ dan ‘periodic leg twitches’. Pada keadaan jaga simtom ini tidak wujud.
Berikut disenaraikan simtom bagi ‘sleep apnea’:-
ü  Berdengkur
ü  Keadaan tidak bernafas semasa tidur (ini tidak dapat diingati)
ü  Tekanan darah tinggi
ü  Kawan-kawan dan keluarga mengatakan ada perubahan personaliti
ü  Berat badan bertambah
ü  Berpeluh begitu teruk pada waktu malam
ü  Hati berdebar-debar tidak keruan pada waktu malam
ü  Pening kepala pada waktu pagi
ü  Bermasalah untuk tidur ketika dema selsema
ü  Bangun dengan tiba-tiba untuk bernafas
ü  Tertidur pada waktu siang hari
ü  Tidak boleh bergerak ketika bangun tidur atau ketika tertidur

Berikut pula disenaraikan simtom bagi ‘periodic leg twitches’:-
ü  Keteganan otot pada kaki
ü  Ada bahagian badan yang menyentak (jerk) ketika tidur
ü  Menendang-nendang pada waktu malam
ü  Kesakitan dan rasa seperti merangkak pada kaki
ü  Sakit kaki pada waktu malam
ü  Tidak dapat mendiamkan kaki dari bergerak-gerak pada waktu malam
ü  Bangun tidur dengan keadaan sakit dan lenguh otot
ü  Rasa mengantuk sepanjang hari selepas tidur sepanjang malam

Keadaan ‘leg-twitches’ ini juga dikenali sebagai ‘myoclonus’. Keadaan fizikal lain yang dikaitkan dengan insomnia ialah waktu mengandung. Selalunya gangguan tidur yang lebih kerap berlaku pada 3 bulan terakhir sebelum melahirkan. Lebih masa diperlukan untuk memulakan tidur, lebih kerap terjaga pada waktu malam dan tidurnya tidk mencapai peringkat 4 dan peringkat REM. Simtom seperti ini mungkin berlanjutan sehingga 3 hingga 6 buln selepas melahirkan.

b.      Penggunaan yang berpanjangan medikasi tertentu seperti amphetamines.
Bahan-bahan perangsang (stimulant) seperti amphetamines, kafein, nicotine dan cocaine boleh meningkatkan kepekaan (alertness) dan kecergasan (arousal). Sekiranya bahan-bahan ini diambil secara berterusan ia akan meningkatkan ‘arousal’ mengaktifkan system saraf pusat secara berlebihan dan akhirny menganggu keadaan merehat (letting down atau letting go) yang dikaitkan dengan tidur. Keadaan ini boleh menyebabkan seseorang mengalami insomnia.

c.       Penggunaan ‘psychoactive substance use disoders’
Ada juga pengidap insomnia yang mengambil pil tidur dan alcohol sebagai jalan keluar untuk mendapatkan tidur yang lena. Mereka ini dikatakan bergantung kepada alcohol (alcohol independence) dan bergantung kepada ubat tidur (drug independence). Dalam kebanyakan kes mereka dinasihatkan olehh doctor supaya tidak mengambil pil tidur secara berterusan lebih daripada 2 atau 3 minggu.ini adalah kerana ubat penenang seperti itu akan hilang keberkesanannya, dos yang lebih tinggi akan diambil oleh pengguna. 


Penggunaan alkohol bersama-sama dengan pil untuk mengatasi masalah tidur boleh membahayakan kesihatan diri seseorang dan boleh juga membawa maut.

3.         PRIMARI INSOMNIA
            Ini adalah jenis insomnia yang tidak berkait dengan kecelaruan mental yang lain dan tidak berkait dengan faktor organik yang diketahui.
            Pengidap insomnia jenis ini merasa bimbang yang keterlaluan pada siang harinya, takut tidak dapat tidur pada waktu malam. Justru itu, ia akan membuat persediaan yang bersungguh-sunggun untuk tidur lena, tetapi merasa begitu bimbang kalau0kalau semua percubaan yang dilakukannya tidak mendatangkan hasil. Keadaan ini akan hanya menambahkan tekanan pada dirinya.
            Ia hanya akan tidur ketika ia dalam keadaan tidak bersedia untuk tidur seperti menonton television, membaca buku dan sebagainya.
            Primari insomnia ini boleh terhasil komplikasi dari insomnia yang berkait dengan kecelaruan mental yang lain atau insomnia yang berkait dengan faktor organik. Contohnya, seorang yang mengalami kecederaan patah kaki yang mengambil masa yang lama untuk sembuh mungkin akan mengalami insomnia kerana kesakitan. Walau bagaimanapun setelah kakinya sembuh, insomnianya masih berterusan. Jika ini berlaku, diagnosisnya dari insomnia yang berkait dengan factor organic perlu ditukar kepada primary insomnia.

KRITERIA DIAGNOSTIK BAGI INSOMNIA(dari DSM 111)
a.                   Mengalami kerumitan untuk memulakan tidur, atau mengekalkan tidur atau tidak dapat merasakan kerehatan selepas bangun dari tidur.
b.                  Gangguan berlaku sekurang-kurangnya 3 kali dalam seminggu selama 1 bulan.
c.                   Bukan berlaku semasa kecelaruan skedul  tidur jaga atau parasomnia

KESAN KURANG TIDUR YANG KRONIK

            Dr. Charles Pollak, ketua pusat kecelaruan tidur dari Cornells University New York mengatakan; “ mereka yang tidak mendapat tidur yang mencukupi, tidak boleh berfikir, tidak berkebolehan untuk membuat penilaian yang sewajarnya dan tidak dapat mengekalkan penumpuan yang lebih lama’.

            Kekurangan tidur juga dikaitkan dengan pelbagai gejala social seperti penyalahgunaan dadah, penderaan isteri dan anak-anak , pencapaian gred yang rendah dalam pelajaran dan lain-lain.

            Dalam satu kes yang kronik di California, seorang doktor dengan tiba-tiba tertidur ketika sedang menjahit uterus (rahim) seorang wanita dan jatuh tertidur atas wanita berkenaan.

            Kes yang lain, seorang doktor yang diserang mengantuk terlupa membertikan suntikan insulin kepada seorang pesakit kencing manis, sebaliknya memberikan rawatan yang lain. Pesakit tersebut menjadi koma.

            Jabatan Pengangkutan Amerika Syarikat melaporkan, dianggarkan setiap tahun sebanyak 200,000 kemalangan jalanraya adalah disebabkan pemandu mengantuk.

            Pelanggaran keretapi dan kapalterbang terhempas juga pernah disebabkan oleh pemandu yang kepeningan (drowsy) dan juruterbang yang diserang ‘jet-lag’.

            Pekerja-pekerja yang bekerja syif dikatakan menderita sakit jantung, gastric termasuk ulser juga tekanan dan masalah emosi.

            Negara yang rakyatnya paling ramai mengalami kecelaruan tidur adalah Jepun dan Amerika Syarikat kerana masyarakatnya seolah-olah beroperasi selama 24 jam tanpa henti-henti.

            Walau bagaimanapun ‘host’ dan pengarang kisah sukaramai ‘The Twilight Zone’, Rod Serling adalah seorang pengidap insomnia selama selama bertahun-tahun telah menghasilkan siri TV berbentuk fantasi dan sains fiksyen yang mendapat pujian yang melambung tinggi dari seluruh dunia. Menurutnya, ilham-ilham itu dating dari malam-malam imsonianya , iaitu ketika imaginasinya menjadi aktif.

CARA RAWATAN KECELARUAN TIDUR

1.                  Secara hipnotik iaitu dengan menggunakan ubat penenang (sedative drugs)
2.                  Rawatan secara ‘behavioral theraphy’ (terapi tingkahlaku)
Kaedah ini termasuklah maklumat dan teknik untuk mereka yang mengalami masalah tidur ketahui dan praktikkan. Selain daripada itu, mempelajari beberapa ‘skills’ lain yang berhubungkait dengan masalah tidur dan cara untuk mengekalkan (maintaining), sebagai contoh, bagaimana mengatasi stress dan lain-lain.
3.                  Pendidikan kesihatan tidur
4.                  Baik pulih kesihatan tidur
5.                  Kawalan prosedur rangsangan
6.                  Penggunaan dadah Hyponatic jangka panjang dan mengikut jadual tertentu
7.                  Perubatan berdasarkan kaedah relaxation (relax yang berterusan)
-          latihan kendiri
-          maklum balas informal (electromyographic)
8.                  Perubatan berbentuk pendidikan (kognitif)
Pengurusan atau halangan pemikiran maksud pemikiran yang mempunyai makna yang berbeza atau berlawanan (praktikal). Isu yang harus diberi perhatian menggunakan kaedah perubatan tersebut adalah:-
1.      Ketepatan berdasarkan umur
2.      Terapi terancang ataupun pakej tetap perubatan.
3.      Pendekatan komponen pelbagai atau komponen individu.
4.      Jangkamasa perubatan.
5.      Lanjutanpenggunaan dadah semasa, perubatan psikologikal.
6.      Pengurusn psikologikal dan kesan sampingan terhadap penyakit.


No comments:

Post a Comment