Friday 9 November 2012

KAEDAH HAFAZAN AL-QUR’AN YANG SISTEMATIK



KAEDAH HAFAZAN AL-QUR’AN YANG SISTEMATIK

Berdasarkan kajian di maahad-maahad tahfiz terdapat beberapa kaedah yang sistematik dan berkesan dalam memperolehi hafazan al-Qur’an yang berkualiti dan kekal dalam ingatan, iaitu:

Kaedah Membahagi-Bahagikan Ayat (Chunking)

Memisahkan al-Qur’an kepada juzuk, kumpulan surah dan sebagainya.
Membahagikan juzuk kepada hizb, rubuc dan sebagainya.
Kemudian rubuc dibahagikan kepada helaian dan ayat-ayat yang panjang kepada
beberapa bilangan ayat atau bahagian ayat mengikut kemampuan penghafaz.

Kaedah Memahami Ayat-Ayat Yang Akan Dihafaz

Kaedah ini sesuai bagi mereka yang memahami bahasa Arab dengan baik, kerana ayatayat yang hendak dihafaz perlu difahami terlebih dahulu bagi memudahkan seseorang hafiz mengingati ayat yang ingin dihafaz dengan lebih pantas.
Memahami ayat al-Qur’an dengan melihat terjemahan daripada tafsir al-Qur’an.
Setelah memahami kandungan ayat, bacaan perlu dilakukan berulang-ulang kali sehingga dapat mengingatinya.

Kaedah Minda Fotografi (Tumpu Dan Ingat)

Menumpukan penglihatan kepada ayat, muka surat dan tulisannya serta gambarkannya kedalam ingatan.
Gambaran tersebut mestilah benar-benar mantap dan mampu menulis ayat tanpa perlu
melihat kepada mashaf.
Sekiranya gambaran masih kabur, tumpukan kembali penglihatan kepada ayat sehinggalah kepala ayat di awal dan di akhir mukasurat dan huruf-hurufnya dapat dilihat
dalam minda seolah-olah mashaf terbentang di hadapan.

Mengulang-Ulang Bacaan Sebelum Menghafaz

Sebelum menghafaz ayat-ayat tertentu, penghafaz perlu membuat bacaan ayat-ayat yang hendak dihafaz secara berulang-ulang sekurang-kurangnya sepuluh kali atau lebih mengikut kemampuan.
Setiap ayat yang telah dihafaz, penghafaz perlu mengulang beberapa kali sebelum
menghafaz ayat baru, kaedah ini praktikal kepada mereka yang mempunyai ingatan yang
lemah.

Kaedah Mendengar Kaset

Memilih kaset bacaan qari-qari yang baik bacaannya dan diakui kesahihannya, kemudian mendengar bacaan ayat yang ingin dihafaz.
Selepas mendengar dengan teliti, penghafaz boleh memulakan hafazan.

Kaedah Merakam Suara

Rakamkan bacaan ayat yang telah dihafaz kedalam kaset.
Dengarkan kembali bagi memastikan hafazan betul dan tepat.


Kaedah Menghafaz Berpasangan

Pilih seorang rakan yang sama-sama menghafaz al-Qur’an.
Saling memperdengarkan dan menyemak bacaan yang telah dihafaz serta membetulkan jika terdapat kesalahan1

Kaedah Menulis Sebelum Dan Selepas Menghafaz

Ulama terdahulu sering menggunakan kaedah ini, iaitu menulis dahulu ayat yang ingin
dihafaz.
Selepas menulis ayat, mula menghafaz ayat yang telah ditulis, kemudiannya menulis
kembali ayat yang telah dihafaz.
Setiap ayat yang ditulis selepas menghafaz perlu disemak dengan mashaf bagi
memastikan ketepatan ayat yang dihafaz.

Kaedah Menghafaz Sebelum Tidur

Membaca atau menghafaz ayat sebelum tidur.
Semasa melelapkan mata, dengarkan bacaan ayat yang dihafaz melalui kaset dan
bayangkan kedudukan ayat di dalam minda.

Kaedah Mindmaping

Bentukkan peta minda bagi setiap pembahagian ayat yang ingin dihafaz kepada juzuk,
hizb dan sebagainya serta tetapkan masa yang diperuntukkan kepada sesuatu pembahagian. Menghafaz mengikut cabang-cabang pembahagian ayat dan masa yang terdapat pada peta minda.


Kaedah Gundalan

Ayat pertama dibaca sebanyak 40 kali atau mengikut kemampuan. Seterusnya membaca ayat kedua sebanyak ayat yang pertama. Kemudian gundalkan ayat pertama dan kedua sebanyak 10 kali.
Selepas menggundal ayat pertama dan kedua, baca ayat ketiga sebanyak ayat pertama
dan kedua kemudian gundalkan ayat pertama hingga ketiga dan demikianlah yang seterusnya.

1 comment:

  1. Jazakallah krana mnyenaraikn pelbagai kaedah mnghafal quran. Saya guna teknik braintree (sejenis peta minda) dn teknik2 lain yg saudara sebutkn itu (misal, teknik ustz Adi Hayat dri Indonesia). (utube)

    ReplyDelete