Wednesday 16 October 2013

DOA NABI DAUD A.S;



Diriwayatkan bahawa antara doa yang menjadi amalan Nabi Daud alaihis salam ialah : Ya Allah, aku memohon kepadaMu 4 perkara dan aku berlindung denganMu daripada 4 perkara.

4 perkara yang aku pohon dariMu ialah:
1. Mempunyai lidah yang sentiasa berzikir kepadaMu.
2. Mempunyai hati yang sentiasa bersyukur kepadaMu.
3. Mempunyai tubuh badan yang sanggup menahan sabar.
4. Mempunyai isteri yang sentiasa membantuku dalam urusan dunia dan akhiratku.

4 perkara yang aku memohon perlindunganMu ialah :
1. Mempunyai anak yang bersikap sebagai tuan kepadaku.
2. Mempunyai isteri yang menyebabkan aku beruban sebelum waktu aku patut beruban.
3. Mempunyai harta benda yang menjadi bencana dan menyusahkan diriku.
4. Mempunyai jiran yang suka menyembunyi dan memejamkan mata dengan kebaikan yang aku lakukan, tetapi menghebahkan kepada orang lain apabila sahaja melihat keburukanku.

No comments:

Post a Comment