Wednesday 29 January 2014

PSIKOLOGI KEMAHIRAN MENDENGAR - untuk rakyat Malaysia.

KEMAHIRAN  MENDENGAR


A.  SEPULUH  SEBAB  MENGAPA PERLU MENDENGAR DENGAN BAIK.

1.    Untuk   Belajar  Sesuatu.
Dengan memberikan perhatian dan tumpuan kepada orang yang  bercakap, kita akan  dapat menerima dan belajar  mengenai sesuatu ilmu yang baru yang mungkin  kita belum pernah dengar sebelum ini.

2.       Untuk  Memahami  Keadaan.
Bila kita mendengar dengan baik melalui bahasa lisan  dan bahasa badan, maka kita akan memahami  keadaan sebenar orang yang  bercakap sama ada apa yang dikatakan itu serius, bergurau  ataupun  sebagainya.

3.       Untuk  Mendapatkan  Maklumat.
Dengan mendengar, kita akan dapat memahami  maklumat yang cuba disampaikan oleh orang yang berucap.

4.       Cuba Mengetahui Kehendak/Keperluan Orang Yang Bercakap.
Orang yang bercakap memerlukan perhatian, simpati, empati dan sebagainya. Dengan  menjadi pendengar yang baik , kita akan  dapat mengetahui  dengan jelas apakah kehendak dan kemahuan perucap itu sebenarnya.

5.       Untuk  Mengelakkan Salah Faham.
Penjelasan sesuatu mesej yang hendak disampaikan oleh orang yang bercakap adalah bergantung kepada kefahaman terhadap sesuatu mesej itu. Kefahaman terhadap sesuatu mesej tidak akan tercapai tanpa tumpuan dan perhatian yang penuh semasa mendengar.

6.       Untuk Menilai Maklumat Yang Disampaikan.
Untuk menilai kebenaran fakta yang disampaikan juga memerlukan pendengaran yang teliti. Jika tidak, kita  tidak dapat membezakan kebenaran dan kesilapan fakta yang diberi sejajar dengan fakta yang sedia ada pada diri  kita.

7.       Untuk  Menyampaikan Maklumat Kepada Orang Lain.
Sesuatu maklumat baru yang kita perolehi sewajarnya disampaikan kepada  orang lain jika ianya memberikan faedah dan manfaat  kepada  orang lain.

8.       Untuk  Menjiwai  Komunikasi.
Mendengar dengan berkesan  akan menjadikan kita turut serta dalam proses  komunikasi dan menjiwai proses  tersebut.

9.       Untuk Melatih Orang lain Untuk Mendengar.
Dengan menjadi penengar yang baik, kita juga turut melatih orang lain mendengar dengan baik.

10.   Untuk  Melatih Diri Menjadi Pendengar Yang Baik.
Mendengar dengan baik akan dapat membentuk sifat-sifat  kesabaran diri kita  sendiri.
TEKNIK  MENDENGAR  DENGAN  BERKESAN

1.         Sentiasa  berada dalam keadaan  bersiap  sedia.
2.         Peralatan yang lengkap untuk  membuat  catatan.
3.                  Tempat duduk yang hampir dengan  guru atau orang yang  
berucap/bercakap.
4.                  Mengetahui serba sedikit tentang tajuk yang akan disampaikan oleh guru/perucap.
5.                  Sentiasa berfikir dan dapat menjangkakan apakah fakta atau keterangan yang akan disampaikan  oleh  guru.
6.                  Perhatikan kepada isyarat tanpa  lisan yang diberikan oleh guru semasa mengajar seperti suara yang tinggi dan penekanan sesuatu perkataan yang diucapkan.
7.                  Catatkan  isi-isi  penting semasa mendengar.
8.                  Hilangkan halangan fizikal dan emosi semasa mendengar.


 HALANGAN  UTAMA  MENDENGAR

1.         Tidak  sabar
2.         Menetapkan  agenda  sendiri
3.         Tanggapan awal yang silap.
4.         Tanggapan awal yang negatif.


KELEBIHAN  MENDENGAR  DENGAN  BAIK



1.         Menggunakan  anugerah  ALLAH  sepenuhnya.
2.         Meninggikan  tahap  kesabaran.
3.         Memberi  penghormatan  kepada guru  atau orang yang berucap.
4.         Mengelakkan  salah  faham.
5.         Boleh  memberi  bantuan kepada orang yang memerlukan.
6.         Menjiwai apa yang diajar.
7.         Melatih orang lain mendengar.






No comments:

Post a Comment