Wednesday 24 June 2015

SENYUM




PENDAHULUAN


Rasulullah s.a.w merupakan insan yang sentiasa senyum kepada sahabat-sahabatnya, malah kepada sesiapa sahaja yang Rasulullah jumpa. Baginda takkan berkata-kata tanpa senyuman, begitulah kehidupan Rasulullah s.a.w. Jika Rasulullah s.a.w tersenyum, maka bersinarlah wajahnya sehingga menerangi di sekelilingnya, subhanallah kan. Dari Jarir r.a berkata: "Sejak aku memeluk islam, Rasulullah tidak pernah membelakangkan aku dan sentiasa tersenyum kepada ku. Rasulullah juga disenangi kerana sifat baginda yang sentiasa tersenyum tidak kira dalam apa masalah sekalipun. Allah berfirman: Katakanlah: "Jika kamu benar-benar cintai Allah, ikutilah aku. Nescaya Allah akan mengasihimu". (Ali-Imran : 31)

KELEBIHAN SENYUM



1~ Dapat pahala ibadah kerana senyum itu sedekah dan sunnah Rasulullah.
2~ Memberi kelebihan kepada badan dan minda.
3~ Mengurangkan risiko tekanan darah tinggi dan pelbagai penyakit jantung.
4~ Membawa kepada anda satu perubahan yang positif
5~ Mudah didekati oleh masyarakat dan sabahat.
6~ Tidak mengurangkan nilai insan bahkan menambahkannya.
7~ Dapat menambah keyakinan diri.
8~ Memupuk kreativiti.
9~ Membina sifat keikhlasan dalam diri.

No comments:

Post a Comment