Wednesday 5 August 2015

KASIH SAYANG

Minda Ketua
Pusat Asuhan Pertiwi
Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

TAJUK : BERSABAR DALAM MENCARI REZEKI HALAL. JAUHKAN DIRI DARIPADA SIKAP BERGANTUNG DENGAN DERMA.

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM;
Sahabat yang dikasihi Allah,
Berlaku sabar dengan sungguh-sungguh meraih rezeki HALAL adalah suatu bentuk meminta tolong kepada Allah, sebagaimana telah berfirman Allah di dalam Al Quran:
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah ) dengan sabar dan solat. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang yang khusyuk’.(Iaitu) orang-orang yang meyakini bahawa mereka akan menemui Tuhannya dan bahawa mereka akan kembali kepada-Nya”.( Al Baqarah 45-46).
Sahabat yang dimuliakan,
Kesabaran diperlukan tatkala diri ditimpa musibah, bencana alam, sakit, mencari rezeki, ataupun saat amarah sudah berbalam-balam tinggi. Dalam hal mencari rezeki, telah menjadi fitrah manusia untuk mencari nafkah dengan bekerja dkuat demi keperluan duniawi.
Rasullullah SAW telah bersabda bahawa terdapat dosa yang tidak akan dihapus kecuali oleh keinginan yang kuat untuk mencari penghidupan. Dalam hal ini penghidupan yang dimaksud adalah mendapatkan rezeki melalui dengan bekerja sendiri. Tiada seorang pun yang ingin merasakan kepayahan, miskin, kepanasan, kesejukan mahupun kekurangan lainnya. Oleh itu, sekalian manusia berusaha dengan cekal mendapatkan hasilnya yang banyak untuk memenuhi segala keperluan hidup. Asal sahaja jangan mencuri, merasuah, mengugut, mengeksploitasi kuasa dan juga meminta-minta daripada orang lain.....diri itu! akan menjadi mangsa, dibuli dan ditarik hidungnya tanpa prasangka, kerana telah menjadi rendah moralnya apabila hidupnya bergantung dengan derma atau sogokan orang lain. Ia adalah kunci rasuah dan kezaliman.
Telah pasti ancaman dari Allah Taala iaitu bagi mereka yang dengan sengaja melakukan hal yang dilarang termasuk dalam mencari rezeki. Bagi pemimpin atau penguasa atau pedagang curang yang dengan sengaja mengurangi berat timbangan, mengenakan cukai demi kepentingan sang penguasa bergembira kekal kuasa, maka sungguh azab Allah sangat pedih bagi meraka di akhirat kelak.
Ia telah ditegaskan oleh Allah di dalam Al Quran yang bermaksud;
“Kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang curang (1) (iaitu) orang-orang yang apabila menerima takaran dari orang lain mereka minta dipenuhi, (2) dan apabila mereka menakar atau menimbang untuk orang lain, mereka mengurangi.(3)” (AL-Mutaffifin:1-3)
Juga Allah telah berfirman maksudnya;
“Sekali-kali tidak, sesungguhnya mereka pada hari itu benar-benar tertutup dari (rahmat) Tuhan mereka. (15) Kemudian, sesungguhnya mereka benar-benar akan dimasuk ke dalam neraka. (16) Kemudian, dikatakan (kepada mereka): “Inilah azab yang dahulu selalu kamu dustakan”. (17)” (AL-Mutaffifin: 15-17).
Maha suci Allah;
Sahabat yang budiman,
Sulitkah untuk berlaku jujur dalam memimpin, mentadbir dan berdagang? Tidakkah malu menjadi sebahagian dari iman sehingga mengurungkan niat untuk berlaku tidak adil bagi para rakyat, orang miskin dan para pembeli dalam kalangan pengguna? Harta dari perniagaan yang haram, seberapapun banyaknya, tetaplah haram. Allah akan menolak kebaikan orang yang mengalir di tubuhnya kerana makan minum yang haram.
Banyak orang telah salah memahami bahawa kebahagiaan kuncinya adalah dengan memiliki harta yang melimpah agar dapat memiliki kereta mewah, bermegah-megah membina rumah mewah, ataupun memiliki perhiasaan hidup yang mewah. Oleh kerana itu selain curang dalam memimpin, menyalahguna kuasa dan menipu ketika berdagang, mereka melakukan hal kotor lainnya dengan mengambil hak orang lain untuk kepentingan dirinya sendiri. Itulah perkara yang sangat dikutuk oleh junjungan Rasullullah SAW. Sepatutnya ummat Islam ini, dididik dengan baik orang para sekalian orang dewasa, mencakupi para ibubapa, pendidik dan para pemimpin ummah, agar menjauh diri dari sikap rasuah, menipu, mencuri dan curang dalam melaksanakan sekalian amanah, yang telah diberikan oleh Allah.
Ini semua sekalian anak, isteri, harta dan kuasa adalah pinjaman daripada Allah. Ke mana lagi hendak kita pergi, melainkan ke dalam lubuk kubur jua. Kemudiannya nanti, hadir para malaikat mungkar dan nangkir, bertanya kepada jasad yang empunya diri, apa sahaja yang telah kita jarah dan mentedarah di muka bumi Allah yang fana ini. Berfikir dan bertindaklah dengan kasih dan sembah rahmat Allah, moga-moga rakyat Kuala Pilah bangkit untuk lebih gigih menjaga kebersihan kotanya. Ameen, Ya Rabbal Alamin.
Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang baik itu body
Pandai betul dia jaga.
-Haraplah selagi bernafas-
Selamat Ulang Tahun Kemerdekaan Negara.
IKHLAS,
CR. Ahmad Kamal bin Ariffin.

No comments:

Post a Comment