Monday 3 August 2015

KUASA FIKIR

Jika Hendry Ford membuat sendiri kereta Model T, dia boleh simpan 100% keuntungan. Kalau dia kerja kuat, dia dapat siapkan 2 buah kereta Ford Model T setahun (kerja sendiri, bukan makan gaji). Namun dia tak nak kerja kuat, dia kerja bijak. Dia tuilkan masa dan kebolehan beliau dengan mengajar pekerjanya meniru cara (duplikasi) dia membuat Model T. Dengan mengaplikasikan kuasa tuil, Henry Ford dapat mengeluarkan beribu kereta setahun. Keuntungannya bukan lagi 100% x 2, tetapi mungkin 20% x 1000.
Satu lagi contoh; dulu Coca Cola hanya boleh diperolehi di beberapa kedai yang mempunyai mesin soda sahaja, justeru jualannya terhad. Apabila ia dibotolkan, Coca Cola tersebar ke seluruh dunia dan di segenap ceruk.
Bagi yang makan gaji, dan juga yang kerja sendiri, bagaimana nak aplikasikan kuasa tuil ni? Pelaburan, mungkin dalam hartanah seperti Azizi Ali. Francaiskan kepakaran  anda macam Kumon?

No comments:

Post a Comment