Sunday 18 October 2015

PENDIDIKAN KERJAYA DI SEKOLAH;


OLEH : CR. Ahmad Kamal bin Ariffin
Pusat Asuhan Pertiwi
Kuala Pilah, Negeri Sembilan Darul Khusus
3 komponen
1. Perkhidmatan Inventori
2. Perkhidmatan Maklumat
3. Perkhidmatan Kaunseling Kerjaya
Perkhidmatan Inventori
o sumber untuk membantu pelajar mengenali, memahami dan menerima keadaan diri sendiri
o mengumpul, menganalisis dan menggunakan data-data psikologi dan sosial yang objektif dan subjektif mengenai diri pelajar
Peranan Kaunselor:
1. Mengendalikan fail bimbingan untuk setiap pelajar
2. Bertanggungjawab mengumpulkan dan merekodkan butir-butir yang berkaitan dengan penilaian dan tafsiran minat pelajar
3. Memerhatikan perangkaan dan corak kehadiran pelajar untuk tujuan perancangan program bimbingan
4. Menyelaraskan dan mengemaskinikan rekod-rekod pelajar supaya dapat digunakan untuk tujuan perancangan dan perkhidmatan bimbingan
5. Mengumpul maklumat pencapaian akademik pelajar untuk memerhatikan pola-pola perkembangan diri pelajar-pelajar secara keseluruhan
6. Menjalankan kajian dan memberikan tafsiran atau menjalankan kajian yang perlu untuk membantu perkembangan diri pelajar
Perkhidmatan Maklumat
o menyediakan maklumat mengenai pendidikan, pekerjaan dan sosial
o merangkumi bahan-bahan mengenai dunia pekerjaan, struktur dan organisasi, keperluan yang diperlukan oleh sesuatu pekerjaan, ganjaran, tahap pendidikan, kualiti diri dan pengalaman yang dapat menolong untuk berjaya dalam pekerjaan itu.
Maklumat Pendidikan
o segala jenis bahan yang membincangkan segala jenis peluang pendidikan dan latihan yang boleh dan bakal digunakan.
o contoh: jenis pendidikan, bentuk, kandungan program, syarat-syarat kemasukan, perbelanjaan yang diperlukan, keistimewaan, kemudahan dll
Maklumat Pekerjaan
o bahan-bahan yang membincangkan tentang tugas, syarat kemasukan, suasana pekerjaan, gaji dan ganjaran-ganjaran lain, peluang kenaikan pangkat, masa depan pekerjaan dll
Maklumat Sosial
o maklumat yang dapat membantu individu memahami keadaan manusia dan alam sekeliling sesuatu pekerjaan
Pengumpulan Maklumat
1. Pengguna Utama
2. Keadaan Masyarakat Setempat
3. Kakitangan yang akan menggunakan maklumat
4. Bagaimana maklumat digunakan
5. Maklumat yang telah terkumpul
6. Sumber tempatan
7. Peruntukan kewangan
Di mana mendapatkan maklumat
o Agensi kerajaan: Jabatan Tenaga Rakyat
o Syarikat-syarikat Swasta
o NGO: Persatuan Kaunseling Malaysia, CUEPACS, Kelab-kelab
o Institusi-institusi pendidikan: MRSM, IKM, IPTA dll
o Dictionary of Occupational Titles
Penilaian Maklumat
o Ketepatan maklumat
o Maklumat yang kemas kini
o Faedah atau kegunaan maklumat
o Menarik perhatian
o Ketelitian maklumat
Penyebaran maklumat
o Pusat Sumber
o Hari Kerjaya
o Seminar Kerjaya atau Ceramah Kerjaya
o Lawatan
o Perkhemahan Kerjaya
Perkhidmatan Kaunseling Kerjaya
o untuk membantu membuat keputusan
o membantu mencapai kematangan pemilihan pendidikan dan pekerjaan
o menggunakan maklumat kerjaya dan maklumat inventori
o berpandukan teori-teori kerjaya seperti teori Holland, Super dll
Kenapa Perlu Kaunseling Kerjaya?
Menurut Mizan(1992),
1. Klien tidak dapat bertanggungjawab sendiri untuk membuat keputusan
2. Klien mempunyai kurang maklumat dan tidak tahu apa yang ia tahu untuk membuat keputusan
3. Klien mempunyai beberapa pandangan yang bercanggah tentang dirinya dan tentang kerjaya yang diminati dan yang dikehendaki
4. Pertelingkahan pemilihan antara pilihan sendiri dengan pilihan individu penting di sekeliling mereka seperti ibubapa.
5. Pertelingkahan antara nilai positif dan negatif tentang sesuatu pekerjaan
6. Memerlukan pengukuhan
Menurut Healey (1982),
1. Matlamat yang tidak realistik
2. Tidak memahami konsep pekerjaan atau sistem pekerjaan yang ada
3. Tidak sanggup melibatkan diri kepada sesuatu pilihan
4. Melihat masalah secara berpecah-pecah atau tidak menyeluruh
5. Mempunyai maklumat yang tidak tepat atau melihat masalah dengan tidak tepat
6. Rasa cemas diri yang tinggi
Teori-teori Kaunseling Kerjaya
Teori Holland
o Menganggap bahawa minat kerjaya merupakan sebahagian daripada personaliti keseluruhan seseorang individu
o Membahagikan personaliti individu dan persekitaran pekerjaan kepada 6 jenis iaitu Realistik, Investigatif, Artistik, Sosial, Enterprising, Conventional.
o Menekankan kepada pemadanan personaliti dengan persekitaran
o Contoh : Individu Realistik sesuai bekerja dalam persekitaran Realistik
Andaian
1. Personaliti setiap individu adalah berbeza-beza
2. Personaliti adalah hasil daripada baka dan persekitaran
3. Setiap individu mempunyai definisi, imej dan nilai yang tersendiri terhadap setiap pekerjaan
4. Individu yang berminat didalam sesuatu pekerjaan akan mempunyai sifat keperibadian yang sama atau hampir sama lalu mereka akan menyelesaikan masalah dengan tindakan yang sama atau hampir sama
5. Kepuasan, kestabilan dan pencapaian didalam bidang kerjaya boleh diramalkan berdasarkan interaksi individu dan persekitaran pekerjaan
6 personaliti Holand
Realistik:
o mempunyai kemahiran bersukan dan mekanikal
o lebih suka bekerja di luar bangunan daripada di dalam bangunan
o menggunakan kebolehan dan kekuatan fizikal dalam menyelesaikan masalah
o bersifat pratikal, maskulin, berterus terang, tekun materialistik dan jujur
o mempunyai kebolehan yang tinggi jika bekerja dengan benda, binatang, alat dan peralatan teknikal
o kurang berkebolehan dalam sosial dan pendidikan
o contoh; jurutera, pilot, tentera, ahli sukan, petani, nelayan
Investigatif:
o sukakan pengetahuan, mempunyai kebolehan matematik dan saintifik tetapi lemah dalam kebolehan memimpin
o bersifat analitikal, berwaspada, kritikal, mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi, berdikari, intelektual, pasif, pemalu dan pendiam
o menggunakan kecerdasan dalam menyelesaikan masalah
o Contoh: ahli sains
Artistik:
o suka aktiviti yang bercorak bebas, tidak bersistematik dan suka kepada perkara-perkara yang tidak jelas dan kabur.
o mencipta bentuk-bentuk dan hasil-hasil seni
o bersifat emosional, feminin, imaginatif, tergesa-gesa, kurang bersosial dan sensitif
o Contoh: pelukis
Sosial:
o suka berurusan dengan orang lain, bersifat riang, bertanggungjawab, bercita-cita tinggi dan suka menjadi pemimpin.
o suka melibatkan diri dalam aktiviti memberitahu, melatih, membentuk, merawat, menyedarkan orang lain, memberi nasihat, tunjuk ajar, bimbingan dan kaunseling
o tidak suka kepada aktiviti yang melibatkan peralatan mesin dan aktiviti yang terlalu teratur dan bersistematik
o Contoh: Guru
Enterprising:
o suka terlibat dalam aktiviti yang menggunakan orang lain untuk mencapai matalamat
o menonjolkan sebagai seorang yang suka mengembara, berani mengambil risiko, ingin menguasai orang lain, agresif, berkeyakinan diri, petah bercakap.
o lemah dalam kecekapan saintifik
o Contoh: pengurus
Konvensional:
o sukakan aktiviti yang bercorak teratur dan sistematik
o sentiasa mematuhi peraturan, kemas, taat perintah, teliti, berpendirian teguh
o tidak imaginatif, tidak berdikari
o Contoh: kerja perkeranian
Teori Super
o merupakan teori perkembangan vokasional
o berpendapat bahawa konsep kendiri merupakan kuasa pendorong yang mempengaruhi pemilihan kerjaya seseorang
o Pemilihan kerjaya adalah suatu usaha yang merealisasikan konsep kendiri seseorang itu.
Andaian
1. Manusia berbeza dari segi minat dan personaliti
2. Individu-individu boleh menjawat beberapa jenis pekerjaan disebabkan kebolehan, minat dan trait personaliti yang berbeza
3. Setiap pekerjaan memerlukan corak kebolehan, minat dan ciri-ciri personaliti yang tertentu. Oleh itu seseorang individu boleh menjawat beberapa jenis pekerjaan dan beberapa individu boleh melakukan satu jenis pekerjaan
4. Pemilihan pekerjaan, pesekitaran di mana individu hidup dan bekerja dan konsep kendiri berubah dari masa ke semasa apabila pengalaman baru diperolehi. Oleh itu membuat pilihan dan menyesuaikan diri dengan situasi baru merupakan satu proses yang berterusan.
5. Terdapat lima peringkat hidup iaitu pertumbuhan, penerokaan, pengukuhan, pengekalkan dan kemerosotan.
6. Pemilihan kerjaya ditentukan oleh taraf sosioekonomi ibubapa, keupayaan mental, sifat-sifat peribadi dan peluang-peluang pekerjaan yang ditawarkan kepada seseorang.
7. Perkembangan individu melalui peringkat-peringkat hidup tertentu boleh dibimbing dengan membantu proses kematangan, keupayaan dan minat seseorang individu.
8. Proses perkembangan vokasional merupakan suatu proses perkembangan dan pelaksanaan konsep kendiri. Setelah seseorang membina konsep kendirinya, dia akan memilih pekerjaan yang sejajar dengan konsep kendiri itu dan menolak pekerjaan-pekerjaan lain.
9. Proses kompromi di antara individu dan faktor-faktor sosial, di antara konsep kendiri dan realiti diperolehi daripada maklumbalas dari pembelajaran
10. Kepuasan kerja dan kepuasan hidup bergantung kepada sejauh mana seseorang itu dapat menggunakan kebolehan, minat, ciri-ciri personaliti dan nilai-nilai yang menjadi pegangannya.
Peringkat kehidupan
1. Peringkat Pertumbuhan ( dari lahir – 14 tahun)
o pertumbuhan fizikal dan psikologi
o mula membina sikap dan tingkahlaku yang menjadi asas konsep kendiri
o pengalaman digunakan sebagai asas pengetahuan semasa membuat pilihan kerjaya
2. Peringkat Penerokaan (15 – 24 tahun)
o mula menyedari kepentingan pekerjaan
o ada tiga tahap iaitu
a. Fantasi
b. Tentatif
c. Realistik
3. Peringkat Pengukuhan ( 25 – 44 tahun)
o individu akan melakukan beberapa percubaan
o lebih setabil selepas memperolehi pengalaman dan kemahiran bertambah
o memilih pekerjaan yang paling sesuai
4. peringkat Pengekalan ( 45 – 64 tahun)
o memperbaiki keadaan pekerjaannya
o terus berusaha mencapai kepuasan
o berusaha nebgubahsuai perasaan tidak selesa
5. Peringkat kemerosotan ( 65 keatas)
o bersara
o lebih mementingkan pengekalkan jawatan daripada memperbaikinya.
-SELAMAT MERANCANG KERJAYA-
Manusia boleh berkembang dari hari ke hari.

No comments:

Post a Comment