Monday 14 March 2016

CARA ATASI FITNAH LELAKI



Umur saya 16 tahun. Ada seorang rakan lelaki pernah mengajak saya menjadi teman wanitanya tetapi saya menolaknya dengan baik. Akibatnya, rakan lelaki itu memburuk-burukkan saya kepada rakan lain. Perlukah saya bersemuka dengannya?

PENDAHULUAN

Orang yang berprestasi rendah cenderung membuat fitnah, adu domba dan bercakap seolah dia ok, orang lain KO. Dalam isu anda, saya Nampak anda sedang tertekan kononnya rakan lelaki anda itu berdendam kerana anda menolak untuk menjadi kekasihnya. Natijahnya, dia buruk-burukkan anda. Apa bentuk  perkara yang diburuk-burukkannya tidak pula anda jelaskan. Dan mungkin anda telah menjadi mangsa fitnah daripada dia.

Di dalam dunia kini, manusia banyak yang lalai. Nilai kasih dan cinta menjadi begitu murah dan mudah diadaptasi dan direalisasi. Hukum halal dan haram tidak diambil peduli. Maka lahirlah generasi muda belia yang hidup serba tak reti malu, alpa, mangsa whattsapp, FB, akhbar, twitter, majalah dan seumpamanya. Pada si gadis jelita dan pemuda ada rupa, timbul rasa ego dan ujub, betapa dialah yang paling gojes, diva kontemporari dan menjadi pujaan ramai. Walhal, itu semua tipuan dunia belaka. Kecantikan, kekuatan jasad dan banyakkan harta adalah bersifat sementara. Orang yang tertipu dengan nikmat dunia, sifatnya mudah resah, cepat marah, suka menyalahkan orang, suka berkhayal dan melengah-lengahkan ibadah wajib dan sunat.

Sebaliknya, orang yang jiwa dan raganya sentiasa takutkan Allah, dia tak peduli akan isu-isu yang remeh temeh, misalnya orang mengutuk, mencerca, menghina ataupun computer bimbitnya dicuri orang. Sebab apa? Sebab hati dan fokus hidupnya hanya kehadrat Allah. Dia Nampak orang susah, dia mudah rasa ingin tolong.  Dia Nampak orang yang cemerlang, hatinya mudah ingin meneladani dan Berjaya sepertnya. Jika dia sedar dirinya dibuli atau difinah, maka dia akan pastkan setiap akhir penghujung malamnya, dia bangun bertahajud untuk meminta tolong daripada Allah.

Benar! Di dunia moden kini kita boleh jumpa sahabat atau muallim atau kaunselor, untuk berkngsi rasa pilu, sedih atau kecewa! Namun, hakikatnya, semua mereka adalah jua hamba Allah yang lemah dan tidak mampu menolong anda, melainkan Allah jua tempat manusia mengadu. Allah dah bersumpah dalam Al Quran, jika manusia minta tolong daripadanya, maka Insya Allah akan datang bantuan daripada Allah. Malah, Allah telah tegaskan dalam Al Quran, supaya setiap orang mukmin itu jangan takut kepada manusia, sebaliknya hanya takut kepada Allah, tuhan yang maha esa.

STRATEGI MENANGI SIKAP LELAKI YANG JAHAT

Apa caranya untuk elakkan rasa tidak tenteram lantaran sikap negatif  rakan lelaki anda itu? Jawabnya ialah;
1.      Sibukkan diri anda dengan amal ibadah yang mahmudah, misalnya buat target untuk hafal Al Quran.
2.      Jadikan diri anda seorang pemimpin wanita unggul. Wanita unggul cirinya berjiwa besar dan sibuk dengan menambah ilmu dan berbakti kepada diri dan bangsanya (masyarakatnya).
3.      Baca kisah Rabiatul Adawiyah. Nilai dan ikut bagaimana dia menghadapi pelbagai ujian dan fitnah dengan penuh ketenangan, ketrampilan dan kejayaan.
4.      Maafkan diri rakan lelaki itu. Kemudian doakan kebaikan untuknya. Sesungguhnya wanita yang solehah dia bersikjap pemaaf.
5.      Ingat, hidup di dunia tidak kekal. Yang kekal ialah hidup di akhirat. Justeru, jangan obses dengan hal dunia, sebaliknya obses dan persiapkan bekalan pahala bagi dekadensi hidup selamat dan bahagia di alam akhirat, syurga yang didamba.  

KESIMPULAN

Kesimpulannya, jika  anda menapati bahawa anda mangsa fitnah atau sikap lempar salah orang yang cemburu atau tidak boleh menerima keputusan anda, maka serahkan saaja urusan itu kepada Allah. Biarlah Allah yang akan membalas segala perilaku lelaki tersebut. Dosa orang yang memfitnah sangat besar dan dahsyat azabnya di akhirat kelak. Allah SWT menempatkan dosa membuat fitnah lebih buruk dampaknya daripada membunuh. Firman Allah: "... fitnah itu besar (dahsyat) dari melakukan pembunuhan ..." ~ Surah al-Baqarah, ayat 217.

No comments:

Post a Comment