Vokal dalam bahasa Melayu terdiri daripada [a], [e], [e], [i], [o] dan [u]. Vokal [e] terdiri daripada e taling dan e pepet.
Vokal
 bergading boleh ditemui dalam kebanyakan perkataan bahasa Melayu 
seperti perkataan 'taat', 'saat', 'muat', 'buat', 'kain', 'sains', dan 
sebagainya. Cara penyebutannya kelihatan seperti terasing dan agak 
janggal, namun lidah Melayu memudahkannya dengan sekali sebut tetapi 
seperti terdapat huruf tertentu ditambah di antara gandingan vokal 
tersebut. Sebagai contoh, perkataan 'laut' tidak akan disebut sebagai 
[la.ut] tetapi kedengaran seperti adanya penambahan /w/ dalam sebutan 
tersebut menjadi [la.wut]. Tetapi perlu diingat bahawa cara mengejanya 
tetap 'laut', dan salah jika dieja sebagai 'lawut'. Ini turut 
menjelaskan bahawa perkataan tersebut mempunyai dua suku kata bukan satu
 suku kata.
Masalah akan timbul dalam kalangan pelajar yang 
kurang membaca atau kurang terdedah dengan perkataan yang mengandungi 
vokal berganding ini, kerana mereka akan menambah huruf tertentu kerana 
terpengaruh dengan sebutan daripada penutur jati, seperti perkataan 
'kuih' mungkin dieja sebagai 'kuwih' disebut [ku.wih].
Diftong 
pula kelihatan hampir sama dengan vokal berganding namun vokal tersebut 
dibunyikan serentak, seperti perkataan 'amboi' disebut [am.boi] bukan 
disebut [am.bo.i]. Diftong dalam  bahasa Melayu terdiri daripada [oi], 
[au] dan [ai].
Perlu diingat bahawa perkataan 'gulai' yang 
disebut [gu.lai] tidak sama dengan [gu.la.i] kerana [gu.lai] menggunakan
 diftong [oi] manakala [gu.la.i] adalah kata dasar 'gula' yang menerima 
pengimbuhan akhiran [-i].
No comments:
Post a Comment