Wednesday 9 August 2017

PELITA HIDUP

Saudara saya yang dirahmati dan dikasihi oleh Allah Taala, semua,
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Saw.

Bahawa......,

Menyelamat orang yang sedang menuju ke neraka Allah Taala adalah tanggungjawab setiap daripada kita.
Macam mana kita nak selamatkan saudara kita?
Pertama sekali berazam dan berusaha untuk menjadi soleh.
Setiap orang Islam sama ada lelaki atau perempuan mesti perbaiki diri masing-masing.

Sirah kenangan sikap buruk yang lalu janganlah dikenang. Pilihlah jalan taubat. Jangan ulang akan sekalian salah, dosa dan noda.
Allah Taala letakkan daya tarikan pada setiap amal kebaikan yang dilakukan oleh ummat Nabi Muhammad Saw.
Hari ini mengapa orang tidak minat kepada Islam ialah sebab kehidupan orang Islam kebanyakannya tak ubah seperti kehidupan orang kafir.

Mereka kerja untuk makan dan makan untuk kerja.
Ingatlah pesan Nabi Saw mafhumnya "Kamu bantu Allah, Allah akan bantu kamu. Kamu tunai segala perintah Allah, Allah tunaikan segala hajat kamu".

Haraplah selagi bernafas.

Akhikum Fillah,

Dr. Ahmad Kamal bin Ariffin

No comments:

Post a Comment