Friday 9 September 2011

PRINSIP KOMUNIKASI PERORANGAN - UNTUK USAHAWAN


Sebagai usahawan yang pastinya ingin berjaya dan terus berjaya, prinsip komunikasi perorangan sangat penting untuk difahami. Maksud komunikasi perorangan dalam buku ini bermaksud anda berkomunikasi sesame manusia. Bukan berkomunikasi dengan binatang, umpamanya kambing, kucing, lembu atau anjing. Memang benar ada ilmu bagaimana hendak berkomunikasi dengan binatang. Ianya akan disebut prinsip komunikasi perbinatangan. Kembali kepada prinsip komunikasi perorangan, ianya penting untuk mengelakkan kesilapan dalam proses komunikasi interpersonal misalnya ketika melakukan refleksi maklumat, perasaan dan pengalaman klien dan juga rakan kumpulan kerja anda.  Prinsip-prinsip komunikasi perorangan ialah:

1.                  Manusia akan terus berkembang dari aspek ilmu, pengalaman dan sosialisasi
2.                  Manusia mempunyai harga dirinya tersendiri
3.                  Manusia mempunyai keunikannya tersendiri
4.                  Manusia cenderung untuk miliki kesihatan hidup
5.                  Manusia mempunyai keinginan untuk miliki kesempurnaan kendiri
6.                  Manusia suka meniru orang lain untuk memajukan diri
7.                  Manusia cenderung untuk mengelakkan diri daripada konflik

No comments:

Post a Comment