Wednesday 18 January 2012

MODUL ICE BREAKING

  ANDA BOLEH GUNA ILMU INI, DISAMPING BOLEHLAH BERSEDEKAH ATAS NIAT   TERIMA KASIH DAN SYUKUR.
ANDA BOLEH BERSEDEKAH PADA
MAYBANK : NO AKAUN 166010109002

ICE BREAKING



Aktiviti 1 : SIGN HERE..PLEASE..

Objektif : Untuk memberi peluang kepada peserta berkenalan di antara satu sama lain.

Masa : 30 minit

Peralatan :

  • Borang ‘Sign here..please..’


Prosedur :

  • Setiap peserta akan diberi sehelai borang ‘Sign here..please..’
  • Dalam masa 10 minit, setiap peserta diminta untuk memenuhi kesemua ruang yang ada di dalam borang tersebut dengan tandatangan daripada 19 orang yang berbeza.

Perbincangan :

Fasilitator memimpin perbincangan dengan mengemukakan beberapa soalan seperti berikut:

  • Fasilitator reaksi dan perasaan setiap ahli kelompok : “Apakah perasaan anda apabila dikehendaki meminta seseorang menandatangani ruang yang anda harapkan? ” dan “Apakah perasaan anda apabila mendekati seseorang yang tidak / kurang dikenali?”
  • Pernahkah anda mengalami situasi sedemikian dalam kehidupan harian anda? :
“ Pernahkan anda mengalami situasi sebegini di mana anda memperkenalkan diri dan rakan yang baru memperkenalkan diri kepada anda? ”
  • Apakah kesan daripada anda setelah memperkenalkan diri kepada orang lain? Apakah yang menyebabkan anda tidak mengambil langkah untuk memperkenalkan diri kepada orang lain?

Rumusan :

Fasilitator merumuskan bahawa :
  • Ahli berpeluang berkenalan antara satu sama lain.
  • Setiap ahli mempunyai cara tersendiri untuk berkenalan dalam suasana yang selesa.
                           








“SIGN HERE…PLEASE…”

KATEGORI

1. PALING SERIUS
2. PALING HANDSOME
3. PALING CANTIK
4. PALING COMEL
NAMA PESERTA






TANDATANGAN






5. PALING CERIA
6. PALING COOL
7. PALING SETIA
8. PALING SISTEMATIK
9. PALING PENYAYANG














10. PALING SUKA MENYANYI
11. PALING ROMANTIK
12. PALING PERAMAH
13. PALING LUCU
14. PALING PENDIAM














15. PALING PEMALU
16. PALING MATANG
17. PALING UNIK
18. PALING KREATIF
19.  PALING SELAMBA


















Aktiviti 2 : APA DI BELAKANG SAYA?


Objektif : 
  • Membentuk kumpulan bagi para peserta.
  • Memberi pendedahan kepada peserta mengenai penyelesaian masalah secara    kreatif.
Masa : 30 minit

Peralatan :

  • Pelekat bergambar

Prosedur :

  • Semua peserta diminta membuat satu bulatan besar dan berdiri tegak.
  • Fasilitator akan mengambil pelekat bergambar dan melekatkannya di belakang setiap peserta.
  • Peserta seterusnya diberi arahan untuk membentuk kumpulan berdasarkan gambar pada pelekat di belakang mereka dalam tempoh 10 minit. Mereka dikehendaki mencari seramai mungkin ahli kumpulan mereka yang mempunyai pelekat bergambar yang sama. Syarat permainan ini, peserta tidak dibenarkan bertanya kepada rakan mereka apakah gambar yang ada di belakang mereka. Walau bagaimanapun, rakan mereka boleh memberi bayangan terhadap gambar tersebut. Contohnya ‘Ia seekor binatang..’, ‘Ia berwarna merah..’ dan sebagainya.
  • Kumpulan yang berjaya mengumpul ahli dan mendahului kumpulan-kumpulan yang lain dianggap memenangi permainan ini.    

Perbincangan :

Fasilitator memimpin perbincangan dengan mengemukakan beberapa soalan seperti berikut:
  • Apakah perasaan anda ketika menjalani aktiviti ini?
  • Adakah anda mengalami kesukaran semasa menjalani aktiviti? Kongsikan.
  • Apakah cara yang anda gunakan untuk menyampaikan maklumat mengenai gambar tersebut kepada rakan anda?
  • Apakah yang anda pelajari dalam aktiviti ini?
  • Bagaimana anda dapat kaitkan apa yang anda pelajari di dalam aktiviti ini dengan kehidupan seharian anda?

Rumusan :

Di dalam kehidupan, terdapat pelbagai halangan dan masalah yang perlu ditempuhi. Walau bagaimanapun, kita seharusnya berfikiran kreatif dalam mencapai sesuatu matlamat bagi menyelesaikan masalah.





Aktiviti 3 : Throw to me!
Objektif :. Untuk memulakan perkenalan di antara ahli kumpulan 
Masa : 30 minit

Peralatan :

Bola kecil

Prosedur :

  • Fasilitator mengalu-alukan kedatangan ahli dan memperkenalkan diri kepada ahli.
  • Fasilitator menerangkan aktiviti dan matlamat aktiviti.
  • Fasilitator meminta setiap orang memperkenalkan diri kepada kumpulan dengan menyatakan nama penuh, nama singkatan, umur, dan tempat tinggal. Ahli yang lain diminta untuk memberi perhatian semasa seseorang ahli menceritakan tentang dirinya.
  • Setelah semua ahli memperkenalkan diri, ahli diminta untuk mencari 3 lagi maklumat tambahan mengenai diri setiap ahli di dalam kumpulan itu. Contohnya bilangan adik-beradik, makanan kegemaran, atau hobi.
  • Maka, untuk mengumpul maklumat tersebut fasi akan mula membaling bola ke arah mana-mana ahli kumpulan. Kemudian fasi bertanyakan satu soalan mengenai diri ahli tersebut. Ahli tersebut kemudian akan membaling bola itu ke arah mana-mana ahli kumpulan yang lain dan bertanyakan soalan mengenai diri ahli itu. Setiap balingan hanya dibenarkan mengemukakan satu soalan. Proses terus berjalan sehingga setiap ahli dapat mengumpul 3 maklumat tambahan kesemua ahli dalam kumpulannya. 


Perbincangan :

Fasilitator memimpin perbincangan dengan mengemukakan beberapa soalan seperti berikut:
·         Apa perasaan anda setelah berpeluang mengenali kesemua ahli kumpulan?
·         Pernahkah anda mengalami situasi di mana anda berkenalan dengan seseorang buat pertama kalinya?
·         Apakah perasaan anda ketika itu?
·         Dapatkah anda mengingati kesemua maklumat mengenai diri ahli kumpulan? (ya / tidak)
·         Apakah yang menyebabkan anda dapat/ tidak dapat mengingati maklumat-maklumat tersebut?
·         Apakah elemen yang yang anda rasakan penting semasa berkenalan untuk kali pertama?
·         Apakah yang anda perolehi dalam aktiviti ini?

Rumusan :


Ahli kumpulan dapat mengenali rakan di dalam kumpulannya dengan lebih mendalam. Perkenalan yang dimulakan dengan cara yang baik dapat mengukuhkan hubungan dan membina kepercayaan di antara ahli di dalam kumpulan.


Aktiviti 4 : FOR YOUR EYES ONLY


Objektif : Melihat kreativiti peserta dalam menyampaikan maklumat

Masa : 30 minit

Peralatan :

Tiada

Prosedur :

  • Ahli kumpulan akan dipecahkan secara berpasangan (dyads). Dalam masa 10 minit, setiap ahli dikehendaki mengenali pasangan masing-masing dengan bertanya mengenai kehidupan di zaman kanak-kanak mereka.
  • Ahli kumpulan kemudian diminta berkumpul semula dan menceritakan mengenai pasangan mereka kepada ahli yang lain tanpa menggunakan perkataan. Mereka dikehendaki menyampaikan maklumat diri pasangan mereka dalam bentuk ‘non-verbal’.
  • Semasa seseorang ahli menyampaikan maklumat tersebut, ahli yang lain dikehendaki memerhati ‘non-verbal’ ahli tersebut dan meneka apakah yang cuba disampaikan kepada mereka.       

Perbincangan :

Fasilitator memimpin perbincangan dengan mengemukakan beberapa soalan seperti berikut:
  • Apakah perasaan anda semasa menjalani aktiviti ini?
  • Apakah yang berlaku di dalam minda anda semasa ingin menyampaikan maklumat kepada rakan-rakan?
  • Apakah yang anda perolehi dari aktiviti ini?
  • Dapatkah anda kaitkan aktiviti ini dengan pemikiran kreatif?

Rumusan :

Ahli kumpulan berpeluang untuk mengenali ahli kumpulan yang lain dengan lebih dekat. Penyampaian maklumat dapat dikongsi dengan pelbagai cara. Apa yang penting, kita haruslah membuka minda dan melakukan pelbagai cara dalam mencapai matlamat.



SLOT 2 ( HARI PERTAMA ) – PENGENALAN PEMIKIRAN KREATIF

 

Aktiviti 1 : My precious
Objektif :   
Masa : 30 minit

Peralatan :

  • Kertas A4
  • Pen / pensil
  • Magic colour

Prosedur :

  • Fasilitator mengedarkan sekeping kertas A4 kepada ahli kumpulan.
  • Dalam tempoh 10 minit, setiap ahli kumpulan diminta untuk melukis gambar sebuah objek yang paling kreatif yang pernah dicipta sepanjang hidup. Ahli dibenarkan menggunakan magic colour yang disediakan untuk menghasilkan lukisan bagi menggambarkan objek tersebut.
  • Setelah tamat tempoh 10 minit, fasilitator meminta setiap ahli membentangkan lukisan masing-masing dan menerangkan mengenai objek yang dilukis.

Perbincangan :

Rumusan :





Aktiviti 2 : CHRISTOPHER COLUMBUS


Objektif : Memberi gambaran kepada peserta mengenai gaya berfikir dan
                 pemikiran kreatif . 
Masa : 30 minit

Peralatan :

  • Artikel ‘Christopher Columbus’
  • Kertas A4
  • Pen / pensil

Prosedur :

  • Artikel ‘Christopher Columbus’ diedarkan kepada setiap peserta. Dalam masa 10 minit, peserta dikehendaki membaca dan memahami artikel tersebut.
  • Fasilitator kemudian menerangkan mengenai artikel tersebut dan mengadakan perbincangan bersama ahli kumpulan yang lain mengenai kandungan artikel itu.
  • Seterusnya, peserta akan diberi sehelai kertas dan diminta untuk menyenaraikan apa sahaja yang mereka faham dan yang dapat mereka kaitkan mengenai pemikiran kreatif. 
  • Peserta diminta untuk menyimpan senarai tersebut sehingga ke akhir program.

Perbincangan :

  • Apakah yang anda faham mengenai artikel ini? Kongsikan.
  • Pada pandangan anda, apakah yang dimaksudkan dengan pemikiran kreatif? Senaraikan apa yang anda tahu mengenai pemikiran kreatif di atas kertas yang disediakan. 
  • Apakah pengajaran yang boleh anda perolehi daripada artikel ini?

Rumusan :

Pemikiran kreatif merupakan gaya pemikiran yang mementingkan matlamat dan penyelesaian masalah. Maka, seseorang yang mempunyai gaya pemikiran kreatif adalah seseorang yang berfikiran terbuka dan mempunyai idea yang pelbagai dalam mencapai matlamat. 


Artikel 1
Christopher Columbus
Christopher Columbus adalah seorang pelayar yang mempelopori penjajahan Eropah ke atas Benua Amerika. Orang-orang bangsawan dan bijak pandai Sepanyol merasa iri hati dengan kejayaan Columbus. Mereka menganggap apa yang dicapai oleh Columbus bukanlah satu kejayaan kerana sesiapa pun boleh belayar ke timur lautan Pasifik dan berjumpa Benua Amerika.
Untuk membela dirinya, Columbus menjawab dengan mencabar mereka menyelesaikan satu masalah. Masalahnya ialah ‘tegakkan sebiji telur rebus di atas meja tanpa apa-apa perkakas’. Semua bijak pandai Sepanyol yang hadir tidak dapat berbuat demikian. Columbus kemudian mengemekkan satu hujung telur tersebut dan meletakkannya di atas meja. Orang bijak pandai semuanya mencemuh dan berkata, “Kalaulah begitu, kami pun boleh buat ”.
Columbus menyambut cemuhan mereka dengan berkata, “Apabila sesuatu cara penyelesaian masalah sudah ditunjukkan, memanglah semua orang boleh mengikutinya. Tetapi yang penting ialah siapakah yang pertama sekali berjaya menyelesaikannya.”
Sebelum Columbus berjaya ke Benua Amerika, bangsawan dan bijak pandai Sepanyol berkeras mengatakan tidak ada jalan ke Asia dan Amerika dengan cara belayar ke timur Pasifik. Andaian yang mereka buat berdasarkan buku-buku yang ditulis pada zaman itu. Mereka mencemuh pandangan Columbus yang bukan bangsawan Sepanyol, tetapi seorang berbangsa Portugis, dan juga bukan dari kalangan bijak pandai.
Gaya pemikiran Bangsawan Sepanyol dipanggil pemikiran tegak. Pemikiran tegak samalah seperti blok permainan, iaitu blok-blok yang boleh dilekatkan antara satu sama lain, yang ditindih satu sama lain dan menjadi turus. Apabila salah satu bata jatuh, turus pun runtuh.
Columbus menggunakan pemikiran mendatar, di mana dia mengubah pendekatan masalah dari segi yang berlainan. Orang bijak pandai Sepanyol mementingkan keadaan asal telur, menganggap telur tersebut tidak boleh dikemekkan padahal tiada siapa yang mengatakan demikian. Tetapi Columbus mendekati masalah dengan mementingkan matlamat penyelesaian.      
Pemikiran mendatar menceraikan kaitan batu blok dan oleh itu ia bersepah atas lantai. Ini bermakna sesuatu blok tidak terikat kaitannya dengan hanya blok tertentu sahaja. Penyelesaian dicari dengan mendapatkan kaitan antara satu blok dengan mana-mana yang sesuai. Corak pemikiran ini adalah corak pemikiran kreatif.


Aktiviti 3 : HOW CREATIVE ARE U ?


Objektif : Memberi gambaran ringkas mengenai tahap kreativiti para peserta.
Masa : 30 minit

Peralatan :

  • Ujian Creativity IQ

Prosedur :

·         Fasilitator akan mengedarkan kertas ujian ringkas Creativity IQ.
·          Dalam tempoh 10 minit, peserta diminta untuk menjawab ujian tersebut.
·         Selesai menjawab, setiap peserta akan diminta untuk mengira markah masing-masing. Setiap jawapan A akan diberi markah sebanyak 1, B sebanyak 2 markah, C sebanyak 3 markah, D sebanyak 4 markah, dan E sebanyak  5 markah.
·         Setelah itu, fasilitator akan memberikan analisa kepada kuiz tersebut.
·         Fasilitator dan peserta kemudian berbincang di dalam kumpulan mengenai keputusan masing-masing.

Perbincangan :

  • Apakah keputusan yang anda perolehi daripada kuiz ini?
  • Apakah komen anda mengenai kuiz ini?
  • Menurut pandangan anda, adakah apa yang dianalisa oleh kuiz ini bertepatan dengan diri anda? Mengapa?
  • Apakah perubahan yang ingin anda lakukan?

Rumusan :

 



Creativity IQ Test: Question 1

Are you quick to find fault with ideas, yours or others?

Creativity IQ Test: Question 2

How frequently do you get attached to how things are done?

Creativity IQ Test: Question 3

How often do you hold back from mentioning ideas for fear of looking silly or being "wrong?"

Creativity IQ Test: Question 4

Do you ever have the tendency to stop at your first good idea?

Creativity IQ Test: Question 5

How many ideas do you tend to generate - good or bad - when tackling a project?
Jawapan :
23 - 25 = A+
Very, very good. You should be working on a Nobel prize, not wasting your time taking quizzes.
20- 22 = A
Very good. You are very highly realized creatively.

17 - 19 = B+ 
Much better than average, but there are some areas where you could improve. 
15 - 16 = B
Better than average, but enough room for improvement to take the observations seriously.
13 - 14 = C+
Better than average, but just barely.
11 - 12 = C
Your overall score is average, but when it comes to
creativity, average is not good enough. "Right brain" thinking is in greater and greater demand as high-technology takes away so many left brain jobs.
9 - 10 = D+
Below average.
6 - 8 = D
Well below average.
5 = F
You have a whole lot of work to do
 


Aktiviti 3 : Once upon a time…
Objektif :.Untuk menunjukkan kepentingan ilmu pengetahuan dalam melahirkan   
                  pemikiran yang kreatif.  
Masa : 30 minit.

Peralatan : Artikel “Once upon a time..”

Prosedur :

  • Artikel “One upon a time..” akan diedarkan kepada ahli kumpulan.
  • Dalam tempoh 5 minit, ahli dikehendaki untuk membaca dan memahami artikel tersebut.
  • Kemudian, fasilitator akan menerangkan mengenai artikel itu dan membenarkan pertanyaan daripada ahli sekiranya mereka kurang jelas dengan artikel tersebut.
  • Ahli kumpulan diberi tempoh selama 15 minit untuk berbincang bersama ahli kumpulan yang lain bagi mencari jalan penyelesaian.
  • Selepas tamat tempoh itu, fasilitator akan berbincang bersama ahli kumpulan mengenai jawapan mereka kepada masalah tersebut. Seterusnya, fasilitator akan memberi jawapan yang sebenar kepada masalah itu. 

Perbincangan :

·         Apakah yang anda faham mengenai artikel ini?
·         Apa pandangan anda, apakah yang harus dilakukan oleh pencuri itu? Mengapa?
·         Mengapa ada antara anda yang dapat memberi jawapan, dan ada yang tidak dapat memberi jawapan yang tepat?
·         Apakah yang anda pelajari melalui aktiviti ini?

Rumusan :

 

Dalam menjana idea yang kreatif untuk menyelesaikan sesuatu masalah, ilmu dan pengalaman adalah elemen penting untuk melahirkan idea-idea baru. Artikel ini berkaitan dengan aktiviti masyarakat China zaman dahulu yang mempunyai kemahiran ‘juggling the ball’. Peserta yang mempunyai pengetahuan akan lebih mudah mengaitkan pengetahuan ini dalam menyelesaikan masalah yang diberi di dalam artikel ini. 

 

 



Artikel 2



Once upon a time…
               
                A famous thief in ancient China succeeded in breaking into the imperial palace and stealing three gold balls. As he made his escape the palace guard began to give chase. On the outskirts of the town the thief reached a rickety rope bridge. He had made his plans very carefully. He weighed 150 lb and each gold ball weighed 10 lb. However, the thief knew that the bridge could only support 160 lb. Once across to the other side he would be safe from pursuit from the heavily armored palace guard. With a laugh he started to run to the other side and managed to bring all three balls with him. How did he do it?      

 

 

 

 




Aktiviti 4 : CARI DAN CARI…


Objektif : Untuk menggalakkan peserta menganalisa sesuatu masalah dan tidak terus
                  membuat andaian atau penyelesaian secara terburu-buru  

Masa : 30 minit

Peralatan :

  • Lampiran ‘The Hidden Triangles’

Prosedur :

  • Setiap peserta akan menerima sehelai kertas lampiran ‘The Hidden Triangles’.
  • Dalam masa 15 minit, para peserta diminta untuk mencari sebanyak mungkin segitiga yang ada di dalam rajah tersebut.
  • Peserta kemudian diminta untuk melaporkan bilangan segitiga yang berjaya dikesan di dalam rajah.
  • Peserta akan dimaklumkan bahawa terdapat 35 segitiga yang berada di dalam rajah tersebut.

Perbincangan :

  • Berapa banyakkah bilangan segitiga yang anda temui?
  • Mengapa setiap orang menemui bilangan segitiga yang berbeza-beza?
  • Bagaimana dapat anda kaitkan aktiviti ini dengan pemikiran kreatif?

Rumusan :

Pemikiran kreatif memerlukan seseorang memandang sesuatu masalah dari pelbagai sudut, supaya penyelesaian kepada sesuatu masalah itu tidak tertumpu hanya kepada satu penyelesaian sahaja. Sekiranya seseorang itu tidak menganalisa masalah dengan teliti, penyelesaian yang dapat ditemui adalah terhad dan ini menghalang penyelesaian masalah secara kreatif.   



SLOT 3 ( HARI PERTAMA ) – SIKAP DAN PEMIKIRAN KREATIF


 

Aktiviti  1 : THE NINE DOTS  PUZZLE


Objektif : Untuk mendedahkan kepada peserta mengenai  kepentingan mencari
                  penyelesaian yang baru kepada masalah yang lama
Masa : 45 minit
Peralatan :

·         Flip chart
·         Pen marker
·         Pen / pensil
·         Kertas A4


Prosedur :

  • 9 titik akan dilukis di atas flip chart seperti di bawah :
                                                .     .     .
                           .     .     .
                           .     .     .

  • Peserta diminta untuk melukis titik-titik tersebut di atas kertas yang disediakan.
  • Kemudian, arahan akan diberikan seperti berikut :
“ Tanpa mengangkat pen atau pensil, sambungkan kesemua titik-titik yang berada
  di atas kertas kertas anda dengan menggunakan 4 garisan lurus.”
  • Para peserta diberi masa selama 10 minit untuk memikirkan cara menyambungkan titik-titik itu.
  • Selepas 10 minit, para peserta diminta berhenti, dan jawapan mengenai cara menyambungkan titik-titik itu akan diberi.
  • Para peserta kemudian diminta mencuba untuk menyambungkan titik-titik itu menggunakan 3 garisan lurus pula. Masa selama 10 minit diberi.


Perbincangan :

  • Adakah anda mengalami kesukaran dalam menjalani aktiviti ini?
  • Apakah kesukaran yang anda alami semasa cuba menyambung titik-titik tersebut?
  • Mengapa ini berlaku?
  • Apakah yang anda fikirkan apabila fasilitator memberi arahan untuk menyambungkan titik-titik itu menggunakan 3 garisan lurus pula?
  • Apakah yang anda perolehi dari aktiviti ini?


Rumusan :
Pemikiran kreatif wujud dalam bentuk ‘evolusi’, di mana ia berlaku hasil dari pembaikian idea lama dan membentuk idea baru.  

* Critical principle : Every problem that has been solved can be solved again in a better way.




Aktiviti 2 : DOT IN A CIRCLE
Objektif :.Memberi gambaran kepada peserta mengenai kepentingan berfikiran positif
                 dalam menyelesaikan masalah secara kreatif.   
Masa : 30 minit
Peralatan :
·         Flip chart
·         Pen marker
·         Pen / pensil
·         Kertas A4
·         Lampiran ‘Dot In A Circle

Prosedur :

·         Fasilitator akan melukis sebuah bulatan bertitik tengah seperti yang ditunjukkan di dalam lampiran ‘ Dot In A Circle’.
·         Peserta kemudian dikehendaki melukis bulatan tersebut di atas kertas yang disediakan.
·         Arahan yang akan diberikan adalah seperti berikut :
“ Lukiskan sebuah bulatan yang bertitik tengah seperti ini di atas kertas yang disediakan tanpa mengangkat pen atau pensil anda.”
·         Peserta diberi tempoh selama 15 minit untuk memikirkan cara untuk melukis bulatan itu.
·         Selepas tempoh 15 minit, fasilitator akan membincangkan mengenai cara untuk melukis bulatan tersebut bersama dengan peserta.

Perbincangan :

·         Apakah perasaan anda semasa menjalani aktiviti ini?
·         Apakah yang anda perolehi melalui aktiviti ini?

Rumusan :

Antara halangan yang menyekat kreativiti seseorang adalah pemikiran yang rigid, dan selalu beranggapan bahawa sesuatu perkara itu tidak boleh diselesaikan dan tidak logik. Maka, sesuatu masalah itu tidak akan dilihat secara teliti kerana anggapan negatif ini telah mempengaruhi pemikiran.  


Aktiviti 3 : Si Luncai…
Objektif :
Masa : 45 minit

Peralatan :

·         Artikel ‘Si Luncai’

Prosedur :


Perbincangan :

·         Apakah yang anda faham mengenai artikel ini?
·         Apakah yang akan berlaku kepada Si Luncai sekiranya Si Luncai berputus asa?
·         Apakah pengajaran yang boleh diperolehi dari cerita ini?

Rumusan :
 


Artikel 3
Si Luncai
Dalam sebuah negeri, ada seorang pemuda bernama Si Luncai. Dia tinggal bersama emaknya. Bapanya sudah meninggal dunia.
Pada suatu hari, dia pergi mengadap raja negeri itu. Sambil mengadap dia menangis.
“Ampun tuanku beribu-ribu ampun, sembah patik harap diampun”.
“Kenapa engkau menangis wahai Si Luncai?”
“Patik menangis sebab melihatkan wajah tuanku yang seakan-akan sama dengan wajah bapa patik yang telah meninggal dunia itu!” beritahu Si Luncai sambil menangis teresak-esak.
“Diam!Engkau memang kurang ajar. Menjatuhkan maruah beta dengan membandingkan muka beta dengan wajah bapa engkau! Pengawal! Tangkap Si Luncai dan buang dia ke laut!” perintah baginda mendadak.
Si Luncai tidak menyangka bagitu sekali tindakan baginda. “Ampunkan patik tuanku. Patik bukannya hendak menghina tuanku!”
“Sudah! Beta tak dapat mengampunkan kesalahan engkau!”
Dengan itu, Si Luncai pun dimuatkan dalam sebuah perahu dan dibawa ke tengah laut bersama dengan empat hulubalang. Mereka akan membuang Si Luncai bila sampai di tengah laut nanti.
Di atas perahu, Si Luncai bersuara. “Sebelum engkau semua membuangkan ku ke dalam laut, aku minta sebiji labu itu,” sambil tangannya menunjuk kepada dua biji labu punggi di atas perahu itu.
Permintaan itu dilayan.
“Sebelum aku mati, aku minta izin untuk menyanyi dan engkau berempat pun menyanyi juga.”
“Ada-ada saja Si Luncai ini. Dekat nak mati orang minta nak sembahyang, dia minta nak nyanyi,” kata salah seorang dari hulubalang.
“Turutlah apa kehendaknya kerana sekejap masa lagi dia akan mati lemas,” kata yang lain menyokong permintaan Si Luncai.
Si Luncai pun memberitahu kehendaknya.
“Aku mahu engkau berempat menyanyi satu lagu. Dua orang berkata ‘Si Luncai Terjun’ dan yang dua orang lagi menjawab ‘Biarkan’. Begitulah bunyi lagu itu. Hendaklah diulang sehingga aku beri isyarat supaya berhenti.”
“Itu senang saja,”kata mereka serentak.
“Tapi ingat syaratnya itu, selagi aku tak suruh berhenti menyanyi, engkau semua jangan berhenti,” pesan Si Luncai.
“Baiklah,”serentak saja jawapan mereka.
Mereka pun mula menyanyi. Dua orang berkata : “Si Luncai Terjun”. Dua orang lagi berkata “Biarkan.”. Riuh rendah bunyi nyanyian itu, sehingga mereka menjadi asyik dengannya.
“Sekarang mereka asyik menyanyi. Inilah peluang bagi aku terjun dengan labu ini sebagai pelampung,” fikir Si Luncai.
Dengan tidak membuang masa lagi, dia pun terjun. Kedua orang hulubalang yang menyanyi “Si Luncai Terjun” melihat kejadian itu tetapi mereka tidak bertindak apa-apa. Mulut mereka masih juga menyanyi dan dijawab “Biarkan” oleh yang dua orang lagi itu. Dengan itu, dapatlah Si Luncai melepaskan diri. Si Luncai berenang dengan labunya untuk menuju ke darat sambil ketawa riang.
        


SLOT 1 ( HARI KEDUA ) – CERAMAH PEMIKIRAN KREATIF

Objektif : Memberi maklumat, panduan dan tips kepada para peserta mengenai
                  aplikasi pemikiran kreatif dalam menyelesaikan masalah 
Masa : 2 jam

Sinopsis : Ceramah ringkas ini akan merangkumi pengenalan kepada pemikiran kreatif, 
                 apakah kepentingan pemikiran kreatif, teknik pemikiran kreatif, halangan
                 pemikiran kreatif, sikap yang menggalakkan pemikiran kreatif dan sebagainya.




SLOT 2 ( HARI KEDUA ) – TEKNIK PEMIKIRAN KREATIF
Hunters
Objektif :
Masa : 30 minit

Peralatan :

·         Kertas A4
·         Pen / pensil

Prosedur :

  • Fasilitator memberi tempoh 10 minit kepada ahli kumpulan untuk mencari 1 benda yang paling bernilai bagi dirinya di sekitar kawasan.
  • Peserta dikehendaki menyenaraikan 10 kegunaan barang tersebut.

Perbincangan :

Rumusan :
 
 


Aktiviti 1 : Brain writing 6-3-5
Objektif :.Mendedahkan kepada peserta mengenai teknik brain storming  
Masa : 1 jam

Peralatan :

·         Lampiran 1
·         Pen / pensil

Prosedur :

  • Kertas lampiran 1 diedarkan kepada ahli kumpulan. Setiap ahli dikehendaki menulis satu masalah yang paling mencabar di tempat kerja yang dihadapi di atas kertas tersebut.
  • Dalam tempoh 5 minit, ahli dikehendaki mengisi 3 idea untuk menyelesaikan masalahnya. Kemudian, setiap ahli dikehendaki memberi kertas tersebut kepada rakan di sebelah kanannya. Fasilitator akan memberikan arahan seperti berikut :
      “Berikan kertas anda kepada rakan di sebelah kanan anda.”.
  • Ahli kemudian dikehendaki membaca kertas yang diterima oleh rakannya, dan menyumbangkan 3 idea untuk menyelesaikan masalah tersebut dalam tempoh 5 minit. Selepas 5 minit, ahli hendaklah memberi kertas yang diterima sebentar tadi kepada rakan di sebelah kanannya. 
  • Proses ini berulang sehinggalah ahli menerima kertasnya kembali.  

Perbincangan :

  • Apakah perasaan anda semasa menjalani aktiviti ini?
  • Pernahkan anda mengaplikasikan teknik ini dalam kehidupan seharian anda dalam membuat keputusan?
  • Ceritakan pengalaman anda.
  • Apakah yang anda perolehi daripada aktiviti ini?
  • Dapatkah teknik ini membantu anda dalam meningkatkan kemahiran anda dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan?

Rumusan :
Teknik brain storming merupakan antara kaedah yang dapat digunakan bagi melahirkan idea-idea baru yang kreatif bagi menyelesaikan sesuatu masalah. Peserta digalakkan untuk berfikiran lebih terbuka dan tidak menyekat idea-idea yang dianggap pelik sebelum ini.




Lampiran 1

Pernyataan masalah :


Idea 1
Idea 2
Idea 3
1




2




3




4




5




6







Reverse..Reverse..
Objektif :.Memberi contoh penyelesaian masalah secara kreatif menggunakan teknik
                 ‘reversal’.  
Masa : 30 minit

Peralatan :

·         Kertas A4
·          Pen / pensil
Prosedur :

  • Setiap peserta diminta untuk memikirkan apakah cabaran, halangan, ataupun masalah yang paling sukar dihadapi di tempat kerja. Cabaran, halangan, atau masalah itu ditulis di atas kertas yang disediakan.
  • Kemudian, peserta diminta untuk bertanya pendapat beberapa orang rakan yang lain apakah langkah yang harus diambil untuk memastikan masalah yang dihadapi itu menjadi semakin serius atau tiada apa-apa perubahan yang positif. Sebagai contoh, jika masalah yang dihadapi ialah untuk meningkatkan penjualan sebanyak 3 kali ganda, peserta hendaklah bertanya kepada rakan “Bagaimana kita dapat memastikan bahawa penjualan kita berada di tahap yang sama tanpa sebarang peningkatan?”.
  • Catitkan semua respon yang diberi.
  • Seterusnya, peserta dikehendaki menulis kembali respon-respon tersebut tetapi dengan cara yang bertentangan. (write it’s opposite)
  • Pilih respon yang paling sesuai untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.
  • Bincang bersama ahli kumpulan yang lain mengenai jalan penyelesaian masalah yang telah diambil. 

Perbincangan :

  • Apakah perasaan anda semasa menjalani aktiviti ini?
  • Bagaimana anda dapat kaitkan teknik ini dalam kehidupan harian anda sebagai seorang pekerja?
  • Apakah yang anda pelajari dari aktiviti ini?

Rumusan :
Kadang kala kita dikelilingi oleh orang yang tidak dapat menerima idea-idea yang baru, dan sering mengkritik idea yang dirasakan pelik. Dengan menggunakan teknik ‘reversal’, kita dapat mempelajari cara untuk menggunakan kritikan mereka sebagai kaedah untuk mendapat idea baru bagi menyelesaikan masalah.


SLOT 3 ( HARI KEDUA ) – TEKNIK PEMIKIRAN KREATIF
Random Word Techniques
Objektif :.Mendedahkan kepada peserta mengenai teknik random word  
Masa : 1 jam

Peralatan :

  • Kertas A4
  • Pen / pensil
Prosedur :

  • Peserta diminta untuk menulis satu jenis masalah yang dihadapi di tempat kerja di atas sekeping kertas yang diedarkan oleh fasilitator.
  •  Mulakan ayat dengan ‘bagaimana ..’ (how to..) dan diikuti dengan masalah. Contohnya : ‘bagaimana saya dapat meningkatkan motivasi saya di tempat kerja?’ atau ‘bagaimana saya dapat memperbaiki mutu perkhidmatan pelanggan?’.
  • Kemudian, peserta diminta memilih satu perkataan secara rambang, dan tuliskan perkataan tersebut di bawah  masalah yang dinyatakan sebentar tadi. Peserta juga dikehendaki menulis apa sahaja yang terbayang di minda mereka yang berkaitan dengan perkataan itu.
  • Seterusnya, peserta juga diminta untuk mengaitkan perkataan tersebut dengan masalah yang dinyatakan, bagi melahirkan idea baru dan menyelesaikan masalah tersebut.
  • Fasilitator digalakkan memberi contoh seperti lampiran 2 kepada para peserta sebelum menjalani aktiviti ini.  
Perbincangan :

  • Kongsikan apa yang anda alami sepanjang aktiviti ini.
  • Adakah anda mengalami sebarang kesukaran dalam menjalani aktiviti ini?
  • Pernahkah anda mengaplikasikan teknik ini dalam kehidupan anda? Jika ya, kongsikan pengalaman anda.
  • Adakah anda rasakan teknik ini relevan untuk diaplikasikan dalam membantu anda menyelesaikan masalah kerja?


Rumusan :
Teknik ‘random word’ merupakan antara teknik ‘synthesis’ iaitu satu teknik penggabungan 2 idea untuk mewujudkan 1 idea baru. Di dalam aktiviti ini, kita menggabungkan satu perkataan dengan masalah yang ada, dan cuba mengaitkannya antara satu sama lain. Penghasilan idea yang baru boleh terbentuk melalui aktiviti ini.  



Lampiran 2

Random Word - worked example
tabcre7.gif (1259 bytes)
We start by stating the problem.
How to improve customer service in our store.
Note the statement is pithy, specific and says 'how to...'.
tabcre6.gif (1210 bytes)

Swing

Now we move away from the problem and onto the word. What does it make us think of?
Garden, playing, funfair, boat, tassled ropes, long flowing dresses and parasols, bridge over canal, summer sun.
Some associations are direct, others less obvious. The 'long flowing dresses and parasols' entry refers to a painting of a woman on a swing.
tabcre8.gif (1196 bytes)
Now look back at your problem and think how the associations might help. This is the bit that's hardest to start with, but becomes easier in practice. Here's some examples (remember, we're trying to improve customer service in our store):
Garden - have a garden party, start a garden outside the store where staff can go in their breaks, start out of hours clubs.
Playing - make it fun to be at work, start a drama group.
Funfair - team/store outing to a theme park
Tasseled ropes - make working environment more pleasant
Long dress etc. - change uniform from utilitarian to something attractive. Competition for customer service with prize of a holiday in the sun.
Bridge over canal - make bridges between staff and management: away session (on canal?) to generate ideas for improved service.
Note that you don't have to use every association, and each can be used many times. Links can be indirect, like jumping from garden to gardening club to out of hours clubs ... you get the idea.


PESONA

Objektif : Mendedahkan teknik ‘pesona’ kepada para peserta dalam menyelesaikan
                  masalah secara kreatif.   
Masa : 1 jam

Peralatan :

·         Kertas A4
·         Pen / pensil

Prosedur :

  • Peserta diberi sehelai kertas dan diminta untuk menulis cabaran atau masalah yang dihadapi di tempat kerja.
  • Setelah itu, fasilitator akan meminta para peserta untuk menutup mata dan membayangkan seorang pesona atau idola mereka. Kemudian, para peserta diminta untuk membayangkan diri mereka sebagai pesona atau idola tersebut.
  • Seterusnya, para peserta diminta untuk membuka mata dan membaca semula cabaran atau masalah yang telah mereka tulis sebentar tadi. Dengan membayangkan diri mereka sebagai pesona atau idola tersebut, mereka diminta untuk memikirkan apakah cara atau pendekatan yang akan digunakan oleh idola mereka dalam menyelesaikan masalah yang tertera di atas kertas itu.
  • Arahan fasilitator adalah seperti berikut : “ Bayangkan diri anda sebagai pesona tersebut, apakah cara yang akan anda gunakan untuk menyelesaikan masalah anda? ”.
  • Peserta digalakkan untuk menulis apa sahaja idea yang muncul di dalam fikiran, walaupun idea tersebut kelihatan janggal atau pelik.  

Perbincangan :

  • Apakah perasaan anda semasa menjalani aktiviti ini? Adakah anda berasa lebih yakin? Kongsikan.
  • Apakah yang anda perolehi melalui aktiviti ini?
  • Bagaimana dapat anda aplikasikan teknik di dalam aktiviti ini dalam kehidupan seharian anda sebagai pekerja?

Rumusan :

Pemikiran yang kreatif untuk menyelesaikan masalah juga boleh lahir apabila seseorang itu melihat sesuatu masalah dari perspektif yang berbeza (see from other people’s eyes). Cara ini akan dapat membantu seseorang agar lebih mudah menghasilkan idea baru kerana berasa ‘bebas’ dari pemikirannya sendiri.









Two to Tango
Objektif :
Masa :

Peralatan :



Prosedur :


Perbincangan :

Rumusan :



ANDA BOLEH GUNA ILMU INI, DISAMPING BOLEHLAH BERSEDEKAH ATAS NIAT TERIMA KASIH DAN SYUKUR.
ANDA BOLEH BERSEDEKAH PADA
MAYBANK : NO AKAUN 166010109002


   

5 comments:

  1. terima kasih tuan untuk perkongsian ini :)

    ReplyDelete
  2. term kasih alas perkongsian,coma says kurang faham bahagian yg dot in the circle

    ReplyDelete
  3. assalam w.b.t admin, saya minta izin utk gunakan salah satu aktiviti berkenaan.

    ReplyDelete