Sunday 30 March 2014

BUDAYA ILMU

Paul Kennedy (2004), telah menganalisis tentang kebangkitan dan kejatuhan kuasa-kuasa besar dunia. Beliau mendapati faktor penting yang menentukan kebangkitan dan kejatuhan kuasa-kuasa besar ini ialah sikap bangsa tersebut terhadap ilmu dan penghayatan budaya ilmunya. Manakala, Ibn Khaldun seorang pemikir Islam di abad ke-14 pernah menyatakan bahawa bangsa yang mempunyai kekuatan tenaga manusia serta kekuatan tentera, walaupun berperanan untuk menjadikan bangsa itu kuat, tetapi ianya tidak menjadi faktor utama bagi memberi kekuatan hakiki. Malah telah berlaku beberapa peristiwa dalam sejarah bagaimana sesuatu bangsa yang kuat tetapi tidak ditunjangi oleh budaya ilmu dan kemahiran yang baik, lambat-laun akan memeluk dan menganuti ciri-ciri tamadun bangsa yang ditaklukinya. Budaya ilmu dan kemahiran bagi sesebuah masyarakat memberi maksud bahawa keadaan di mana setiap lapisan masyarakat melibatkan diri baik secara langsung, mahupun tidak langsung dengan teratur dalam kegiatan keilmuan dan kemahiran bagi setiap kesempatan.Ia juga merujuk kepada kewujudan satu keadaan di mana segala tindakan manusia baik di tahap individu, organisasi, mahupun masyarakat diputus dan dilaksanakan berdasarkan ilmu pengetahuan dan kemahiran. Di dalam budaya ilmu dan kemahiran, ilmu dianggap sebagai satu keutamaan tertinggi dalam sistem nilai peribadi dan masyarakat, sementara kemahiran pula mampu menjadikan sesuatu ilmu itu lebih bermanfaat kepada semua golongan masyarakat.

No comments:

Post a Comment