Sunday 30 March 2014

SUKSES

Anda barangkali kadang-kadang keliru apabila disebut pasal duit.


  • Buat duit ?

  • Berapa duit ada ?

Selalunya anda tahu macam mana nak buat duit. Iaitu mempunyai pendapatan. Mencari pekerjaan yang boleh memberikan pendapatan bulanan. Buat bisnes yang boleh berikan pendapatan sampingan.

Income

1. Dapat duit gaji bulan-bulan itu adalah income.

2. Dapat duit sewa dari rumah itu adalah income.

3. Dapat dividen dari saham itu adalah income.

4. Dapat royalti dari penulisan buku, lirik dan sebagainya adalah income.

5. Dapat pendapatan dari hasil jualan bisnes juga adalah income.


Tapi bila anda ditanya berapa duit anda ada ? Ia merujuk kepada …

Berapa simpanan dalam akaun bank anda?

Berapa nilai duit dalam Tabung Haji?

Berapa banyak duit dalam ASB ?

Berapa ringgit nilai saham yang anda pegang ?


Ia adalah….

Aset

Kalau jumlah perbelanjaan bulanan anda adalah RM 2,000 sebulan dan anda mempunyai RM 10,000 dalam akaun bank. Ia bermaksud anda mempunyai simpanan yang bersamaan kos kehidupan anda selama 5 bulan.


10 tahun dulu, anda membeli rumah teres 2 tingkat dengan harga RM 180,000. Sekarang pasaraya Jusco hanya 1km dari rumah anda. Nilainya kini meningkat menjadi RM 280,000. Tetapi disebabkan rumah nilainya tidak berapa nak cair (liquid), jadinya nilai RM 280,000 itu hanyalah anggaran sahaja. Duit dalam tangan anda yang sebenar hanya diketahui selepas rumah tersebut dijual.


Begitu juga dengan saham. Saham amanah. Selagi mana pegangan saham anda belum dijual, ia hanya berbentuk paper profit atau paper loss sahaja. Real profit atau real loss hanya bila anda jual pegangan saham anda.


Tetapi ramai orang selalu lupa satu perkara. Dan saya mahu anda untuksentiasa ingat

Aliran Tunai (Cashflow) ini adalah komponen yang paling penting.

Yang menghubungkan antara buat duit dan berapa duit yang anda akan ada. Yang akan menentukan berapa banyak aset yang akan ada untuk tahun-tahun akan datang.

Buat duit banyak pun, tapi tidak jaga aliran tunai, maka akhirnyatidak akan ada duit dalam tangan.


RM 10,000 (pendapatan)
-RM 11,000 (perbelanjaan)
(RM 1,000) (tiada duit dalam tangan)


Jadinya, aliran tunai anda adalah negatif.


Anda perlu jadikan ia begini…


RM 2,000 (pendapatan)
-RM 1,500 (perbelanjaan)
RM 500 (duit dalam tangan)


Jadinya, aliran tunai anda adalah positif.


Dan cara yang termudah untuk hasilkan keadaan begini adalah pay yourself first.


RM 2,000 (pendapatan)
-RM 500 (duit dalam tangan)
RM 1,500 (perbelanjaan)


Amalkan sampai mati.


Jadi, sampai bila-bila pun anda tidak akan short duit pada hujung bulan. Malah, anda akan tinggalkan anak-anak anda dan isteri anda dalam keadaan yang tidak meminta-minta sebab simpanan anda mencukupi untuk mereka. Kalau sudah ada takaful maka mereka boleh dapat lagi lebih. Senang anak-anak nak sambung pelajaran ke universiti walaupun anda sudah tiada nanti.


Jadi, bila anda sudah faham. Maka bila nak terlibat dalam pelaburan hartanah maka anda cuma tiru formula yang sama.


RM 1,000 (pendapatan sewa)
-RM 750 (installment bank + kos lain)
RM 250 (duit dalam tangan)


Jadi aliran tunai untuk pelaburan rumah anda adalah positif.


Itulah jenis pelaburan yang mesti anda buat.

Untuk bisnes pula …

RM 10,000 (jualan)
-RM 4,500 (kos bisnes)
RM 5,500 (duit dalam tangan)


Jadinya, bisnes anda akan terus maju dan maju. Sebab untungnya besar.Aliran tunai anda jaga. Tak perlu meminjam. Boleh guna duit yang ada dalam tangan untuk buat pelaburan bisnes yang lain macam nak tambah cawangan. Cawangan bisnes. 


Untuk saham


RM 10,000 (modal)
-RM 600 (dividen / keuntungan bersih selepas jualan)
RM 10,600 (nilai portfolio yang baru)


Jadi ini yang anda perlu tahu pasal duit.

Pendapatan Aset.

Aliran tunai.

Walaupun pendapatan anda kecil, tetapi anda jaga aliran tunai, maka aset akan akan terus berkembang.

Tetapi sekiranya anda berpendapatan besar sekalipun, tidak jaga aliran tunai, maka anda tidak akan ada aset.

Dan yang lebih baik adalah, anda ada pendapatan besarjaga aliran tunai, maka anda akan jadi jutawan.

Amacam ?

Untuk situasi anda, apa yang perlu anda buat segera ?

Tambah pendapatan ?

Kawal aliran tunai ?

Atau kedua-duanya sekali ?




Amalkan Formula S.E.B.E.L.A.S

S – Simpan untuk diri (dan keluarga) anda dahulu!

Jika dahulu, anda kerap memperuntukkan gaji bulanan untuk membayar bil, hutang, membeli barang dan sebagainya terlebih dahulu, pada tahun 2011, berikan keutamaan kepada menyimpan wang untuk diri sendiri dahulu (Pay Youself First). Tidak kira dalam jumlah yang kecil atau besar, pastikan anda menyimpan dan melaburkan duit untuk diri (dan keluarga) secara konsisten. Anda boleh bermula dengan RM50 sebulan (lebih banyak lebih bagus), kemudian tambahkan jumlah simpanan anda pada tahun-tahun berikutnya.

E – Elak pembaziran (Economise)

Bezakan antara barang-barang keperluan dan kehendak. Sebagai contoh, anda tidak perlu membeli barangan bayi yang berjenama mahal jika jenama yang sederhana atau murah mampu memenuhi keperluan si comel. Tambahan pula, kebanyakan pasar raya besar sekarang menyediakan “house brand” yang berkualiti tinggi pada harga yang amat berpatutan.

B – Bajet

Buat bajet, tulis dan patuhinya! Sesetengah ibu bapa gemar membuat bajet secara kasar atau “dalam kepala” sahaja, terutamanya semasa hendak membeli barang. Ini cara yang tidak berapa tepat. Sebaik-baiknya, tulis apa yang ingin dibelanjakan dan lebih penting lagi, patuhi bajet yang telah dibuat tersebut. Anda perlu berdisiplin dalam berbelanja dan membuat bajet adalah langkah yang sangat penting. Jika tidak membuat bajet, besar kemungkinan anda akan mengalami kesukaran menguruskan kewangan sendiri dan keluarga
E – Elak emosi semasa membuat keputusan berkaitan kewangan.

Perkara ini tidak dapat dinafikan terutamanya apabila anda mempunyai wang lebihan (contohnya mendapat bonus). Macam-macam perkara yang akan terlintas difikiran anda- kereta baru, perabot baru, bercuti dan sebagainya. Sekiranya anda mendapat wang lebih, pastikan anda menyimpan sebahagian daripadanya dan selebihnya digunakan untuk melangsaikan hutang sedia ada. Inilah masa terbaik untuk anda melangsaikan segala hutang kad kredit anda sekaligus. Jangan berlengah lagi dan bayar segala hutang-piutang yang ada. Percaya atau tidak, hidup anda akan menjadi tenang jika anda sudah melangsaikan hutang.
L – Libatkan si kecil

Sering kali, ibu bapa tersalah anggap bahawa anak kecil tidak mampu memahami konsep kewangan. Tanggapan ini tidak tepat kerana sedar atau tidak, biasanya si kecil memang tahu meniru cara dan kelakuan ibu bapa mereka. Oleh itu, libatkanlah anak-anak dalam hal-hal kewangan anda. Salah satu cara mudah yang boleh dilakukan ialah dengan membawa anak-anak ketika menjalankan transaksi kewangan. Contohnya, bawa anak-anak bersama apabila anda pergi ke bank. Dengan cara ini, anda dapat membentuk tabiat menabung dan menyimpan daripada usia muda lagi.

A – Awasi skim pelaburan tidak sah.

Mungkin anda sudah tahu yang melabur adalah cara terbaik untuk mengembangkan wang sedia ada. Melaburlah dengan pihak-pihak yang berlesen dan berwaspada dengan pelbagai skim cepat kaya atau skim pelaburan tidak sah yang terdapat di pasaran. Sekiranya sesuatu syarikat menawarkan untung berlipat kali ganda dan mendakwa tiada risiko yang terlibat jika anda melabur dengan mereka, mungkin itu adalah syarikat yang tidak sah. Pastikan anda memeriksa sama ada sesuatu syarikat itu berlesen ataupun tidak dengan menghubungi pihak berkuasa yang berkenaan. Ingat, dapatkan sebanyak mungkin maklumat sebelum menyerahkan wang titik peluh anda kepada mana-mana pihak.

S - Sediakan dana kecemasan

Dana kecemasan merujuk kepada sejumlah wang yang anda peruntukkan untuk digunakan sekiranya berlaku apa-apa musibah/kemalangan yang tidak diingini. Biasanya, anda dinasihatkan untuk mempunyai dana kecemasan sebanyak tiga hingga enam bulan perbelanjaan bulanan anda. Dengan wujudnya dana kecemasan, anda akan berupaya mengharungi segala masalah berkaitan kewangan dengan tenang dan terkawal. Dana kecemasan yang mencukupi juga akan memastikan cara hidup kita tidak terganggu sewaktu menghadapi masalah kewangan.

Kesimpulan

Kejayaan dalam pengurusan kewangan 2014 bergantung kepada usaha anda! Jika anda perlukan sedikit inspirasi, lihatlah pasangan yang tersayang, dan jika masih belum mendapat ilham, lihatlah muka si comel anda. Lakukanlah yang terbaik untuk diri, pasangan dan keluarga demi mencapai kejayaan dalam pengurusan kewangan anda. Semoga tahun 2014 memberikan anda sekeluarga keadaan kewangan yang lebih stabil.

No comments:

Post a Comment