Tuesday 31 March 2015

KONSEP KEMAHIRAN BERFIKIR




1.       Kelebihan manusia adalah kerana manusia dikurniakan akal. Manusia mempunyai pertimbangan untuk menggunakan akal dan gerak hati (intuitive).

2.       Dengan penggunaan akal yang bijak manusia dapat membuat :

  • Proses Penaakulan
v  Memberikan sebab(reasoning) kenapa sesuatu itu berlaku.
v  Cth : mengapa berlaku pasang surut air laut.

  • Membentuk konsep
v  Berdasarkan cerapan dan kajian, pengetahuan baru akan dirumuskan sebagai konsep dan teori.

  • Memahami fenomena yang diperhatikan
v  Hasil daripada pemerhatian keadaan yang berlaku di sekeliling kita.
v  Cth : bagaimana kejadian siang dan malam berlaku.


3.       Kebijaksanaan seseorang juga dikaitkan dgn hati.

4.       Seseorang yang bijak akan menggunakan akal dan hati untuk menghasilkan idea yg bernas.

5.       Keputusan hasil penggunaan kemahiran berfikir harus memberi natijah yg positif kepada diri sendiri serta orang lain.

6.       Banyak ayat Al-Quran dan hadis yang mengajak manusia untuk berfikir.

7.       Ahli bijak pandai juga amat menekankan konsep berfikir.


No comments:

Post a Comment