Tuesday 31 March 2015

ILMU PEMIKIRAN

KEMAHIRAN BERFIKIR DARI PERSPEKTIF SEJARAH

1.       Socrates: menekankan keberkesanan soalan untuk menilai dan mempertingkatkan kebolehan seseorang untuk menjana idea yang bernas.

2.       Untuk menggalakkan seseorang berfikir, soalan “aras tinggi” harus digunakan.

3.       Soalan “aras tinggi” digunakan untuk mencapai jawapan yang bernas :-
·         Mengapa
·         Kenapa
·         Bagaimana

4.       Soalan “aras rendah” :-
·         Siapa nama awak?
·         Bila
·         Siapa

5.       Idea Socrates telah dikembangkan oleh anak murid beliau seperti Plato dan Aristotle (ahli falsafah Greek).

6.       Pada 1956, Bloom memperkenalkan istilah Aras Pemikiran (Taksonomi Bloom).

Taksonomi Bloom

  • Pengetahuan
§  Untuk mengingat kembali sesuatu istilah, fakta atau konsep.
§  Cth : siapa nama awak? Bakar
  • Pemahaman
§  Kebolehan menerapkan istilah, fakta atau konsep dlm situasi yg berlainan dgn perkataan sendiri.
§  Cth : jelaskan makna fotosintesis

  • Aplikasi
§  Kebolehan menggunakan konsep dan istilah dlm situasi yg baru.
§  Cth : anda dibekalkan dgn alat untuk proses fotosintesis, cuba lakukan...

  • Analisis
§  Kebolehan membahagikan konsep atau kaedah kpd bahagian2 dan mengenalpasti perkaitan antaranya.
§  Cth : fotosintesis perlu air, cahaya dsb.

  • Sintesis
    • Kebolehan mencantumkan unsur2 supaya mendapat satu corak yg bermakna.
    • Cth : pelajar2 diberi maklumat dan data.

  • Penilaian
    • Kebolehan menilai idea, konsep @ tindakan.
7.       Krathwohl et.al (1964)  menghasilkan taksonomi domain afektif dalam proses berfikir.
  • Maklum balas ttg perasaan :
§  Geram
§  Mata merah
§  Menangis

  • Maklum balas ttg emosi :
§  Sedih
§  Kecewa

  • Ada pendirian dan sikap terhadap sesuatu perkara.


DEFINISI KEMAHIRAN BERFIKIR

1.       Presseisen (1987) mengandaikan pemikiran sebagai aktiviti mental di mana pengetahuan diperoleh dan diolah melalui proses penaakulan.

2.       Ruggerio (1988) sependapat dengan kenyataan di atas tetapi menambah bahawa proses pemikiran mesti ada tujuan atau matlamat. Individu juga perlu mempunyai keupayaan untuk mengawal proses berkenaan.

3.       Chaffee (1988) mendefinisikan pemikiran sebagai aktiviti mental yang mempunyai tujuan yang tersusun serta melibatkan individu meneliti pemikiran sendiri dan pemikiran orang lain.

4.       Swartz (1989) menekankan bahawa kebolehan berfikir dengan berkesan dalam sesuatu bidang pengkhususan akan terhalang jika pengetahuan individu terhad. Pemikiran memerlukan kebolehan mencari maklumat yang ada dalam ingatan dan menyepadukannya dengan maklumat baru.
Proses ASIMILASI dan AKOMODASI terlibat dalam keseimbangan (EQUILIBRIUM) memperoleh pengetahuan (Piaget, 1952)

5.       Edward de Bono (1976) : kemahiran pemikiran adalah perkaitan dgn pemikiran lateral yang bukan sahaja untuk selesaikan masalah tetapi berfikir untuk melihat sesuatu berdasarkan pelbagai perspektif bagi selesaikan masalah.

6.       Berdasarkan beberapa definisi di atas maka takrifan kemahiran berfikir dapat disimpulkan sebagai :


PEMIKIRAN  :  
·         Proses mental yang memerlukan pengetahuan.
·         Melibatkan pengolahan kemahiran mental tertentu.
·         Digunakan untuk menyelesai masalah.
·         Menentukan tingkah laku yg dihasilkan.
·         Merupakan sikap yg ditunjukkan.



KEPENTINGAN BERFIKIR SECARA KREATIF DAN KRITIS

1.        Merealisasikan Wawasan 2020 dan hasrat mencapai negara maju.

2.        Memupuk dan mewujudkan pemikiran yg baik.
                                                   i.      Kesimpulan yang dibuat boleh dipercayai
                                                  ii.      Keputusan yang dihasilkan lebih bijak.
                                                iii.      Perkara dapat dikaji lebih mendalam.
                                                iv.      Kritikan yang dibuat lebih membina.

3.        Memperkembangkan daya intelek.

4.        Mengelakkan kesilapan berfikir.
                                                   i.      Terburu-buru   : tidak meluangkan masa untuyk meneliti factor yang terlibat
                                                  ii.      Sempit : tidak menggunakan maklumat yang mencukupi
                                                iii.      Kabur  : tidak mengorganisasi maklumat dan pemikiran dengan jelas                       

                                                iv.      Bercelaru : tidak mempertimbangkan semua faktor secara sistematik

No comments:

Post a Comment