Tuesday 31 March 2015

PSIKOLOGI FIKIR

KECERDASAN EMOSI (EMOTIONAL INTELLIGENCE)

1.       Mayer & Salovey (1990) mengkategorikan EQ kepada 6 domain :
a.       Kesedaran kendiri (self-awareness)
:Keupayaan menyedari sesuatu perasaan

b.       Mengendalikan emosi
:Berkebolehan mengendalikan emosi, perasaan dan sikap dalam mengambil sesuatu tindakan

c.        Timbang rasa
: Keprihatinan terhadap perasaan dan pendapat orang lain

d.       Perhubungan
:Kebolehan berhubung dan sedar jenis perasaan yang ingin dikongsi dengan orang lain

e.        Kerjasama
: Kebolehan meletakkan diri apabila bertindak sebagai pemimpin atau pengikut

f.        Menyelesaikan konflik
:Menggunakan kebolehan emosi untuk menyelesaikan masalah

2.       Goleman (1995) menyatakan EQ terdiri daripada beberapa faktor :
                                                   i.      Kawalan diri
:Kebolehan mengenalpasti perasaan sendiri dan orang lain

                                                  ii.      Regulasi emosi:
:Kebolehan mengendalikan emosi, perasaan, sikap dan sesuatu tindakan mengikut cara yang bersesuaian dan seimbang

                                                iii.      Motivasi diri
:Kebolehan menangguhkan rasa puas hati yang merangkumi harapan dan keinginan untuk mencapai kejayaan

                                                iv.      Empati:
: Menyedari dan sensitif terhadap perasaan dan emosi org lain

                                                 v.      Mengendalikan hubungan
:Kemahiran bersosial yang membantu seseorang berinteraksi secara berkesan dengan orang lain

3.      Pengetahuan tentang EQ menjadikan pelajar lebih stabil dalam perhubungan dan interaksi sosial. Kecerdasan ini juga merangkumi:
a)      Tidak hanya bermaksud untuk menjadi baik
b)      Tidak hanya bermaksud memberi kebebasan menerajui perasaan
c)      Setiap individu mempunyai kekuatan dan kelemahan yang berbeza
d)      Tahap kecerdasan EQ berkembang sepanjang hidup


PEMIKIRAN  REFLEKTIF

1.        John Dewey (1911) manakrifkan pemikiran reflektif sebagai pengiktirafan sesuatu kepercayaan atai ilmu pengetahuan dalam lingkungan dasar yang memperkuatkan keyakinan tersebut dan kesimpulan yang boleh diandaikan darinya.

2.        Lambright (1995) mengaitkan pemikitan reflektif dgn pemikiran kritis. Pemikiran ini memberi penekanan terhadap tujuan atau maksud / idea yang ingin disampaikan.  

v  Justeru untuk berfikir secara reflektif para pelajar perlu diberi latihan yang menggalakkan pemikiran secara kritis.
v  Pemikiran ini akan dapat memperluaskan kefahaman seseorang tentang sesuatu idea, isu atau sistem nilai.

3.        West (1996) menyenaraikan kebolehan dalam pemikiran reflektif :

a.        Mengenalpasti kesimpulan
b.        Mengenalpasti sebab dan bukti
c.        Mengenalpasti bahasa yang kabur
d.        Mengenalpasti konflik dan nilai
e.        Menilai penaakulan berdasarkan statistik
f.         Menilai persampelan dan pengalaman
g.        Menilai penaakulan secara logik
h.        Mengenalpasti maklumat yang tertinggal atau tersingkir
i.         Kebolehan menyuarakan pendapat melalui cara yang berhemah.

KESIMPULAN :

Pemikiran reflektif adalah merangkumi kebolehan memahami fakta, idea, mengaplikasi prinsip, menganalisa, membuat sintaksis dan kebolehan menilai.


METAKOGNITIF

1.        Metakognitif ditakrifkan sebagai elemen yang mempunyai kaitan rapat dengan kesedaran yang wujud pada seseorang yang membolehkannya mengawal proses berfikir dan aktiviti yang sedang dijalankan. Ia merupakan kebolehan seseorang mengaplikasi strategi, membuat perancangan, menganalisis, dan menilai bagi melahirkan idea atau membuat sesuatu.

2.        Brown (1980) menakrifkan metakognitif sebagai kesedaran atau pengetahuan seseorang untuk mengawal proses berfikir dan aktiviti pembelajaran yang dilakukannya.

3.        Gardner (1992) berpendapat kebolehan mengawal proses berfikir dipengaruhi oleh faktor umur dan pengalaman seseorang.

4.        Beyer (1992) menjelaskan metakognitif merangkumi kebolehan seseorang untuk merancang, membuat pemantauan dan menilai sesuatu keputusan atau kenyataan yang ingin diutarakan. Ia terletak di lingkaran luar kemahiran kognitif.

     KESIMPULAN :

v  Metakognitif adalah kebolehan seseorang dalam mengaplikasi strategi yang betul dalam proses melahirkan idea tetapi ianya bukan buah fikiran yang dihasilkan.


Terdapat tiga perkara yang dikawal dalam proses metakognisi iaitu;

i)                     Perancangan: Kebolehan menyatakan matlamat, memilih operasi, mengatur operasi, dan mengenal pasti halangan.
ii)                   Pengkonsepan: Kebolehan diri untuk sentiasa sedar tentang matlamat, menentukan aktiviti dan operasi seterusnya, mengesan kesilapan atau halangan dan tahu cara mengatasinya.
iii)                  Penaksiran: Kebolehan menilai tahap pencapaian matlamat, menilai kesesuaian prosedur, dan kualiti hasil kerja.



Rumusan:

v  Secara amnya, Kemahiran Berfikir dibahagikan kepada 2 domain iaitu Kemahiran Berfikir secara kritis dan Kemahiran Berfikir secara kreatif.


v  Kesemua Kemahiran Berfikir secara kritis dan kreatif akan digunakan untuk membuat keputusan atau menyelesaikan masalah.

No comments:

Post a Comment