PERKARA YANG BOLEH
DAN TIDAK BOLEH DILAKUKAN OLEH PRS
| 
BOLEH | 
 TIDAK BOLEH | ||
| 
A | 
Menjadi fasilitator yang bersikap terbuka,
  yakin dan percaya diri, berasa selesa dan berempati. | 
A | 
Mengawal, memberi khutbah atau
  mendesak rakan tentang apa yang mereka harus buat. | 
| 
B | 
Menerima rakan secara terbuka dan tanpa
  syarat. | 
B | 
Membuat kesimpulan awal dan cuba mengubah
  mereka. | 
| 
C | 
Mendengar, menjelas dan membantu rakan
  melihat beberapa alternatif selepas membuat keputusan. | 
C | 
Memberi nasihat dan cadangan
  penyelesaian untuk diikuti. | 
| 
D | 
Memberi sokongan dan galakan
  untuk rakan mengambil langkah positif. | 
D | 
Membuat sesuatu yang sepatutnya
  dilakukan oleh rakan itu sendiri. | 
| 
E | 
Mematuhi etika kerahsiaan. | 
E | 
Membuka rahsia rakan. | 
| 
F | 
Menyedari
  bahawa bukan semua masalah boleh diselesaikan / diatasi. | 
F | 
Mengharapkan semua masalah boleh diatasi
  dengan segera. | 
| 
G | 
Berbincang dan membantu rakan yang
  menghadapi masalah biasa / normal. | 
G | 
Terus berbincang dengan rakan
  yang menghadapi krisis / masalah emosi yang mendalam. | 
| 
H | 
Memimpin
  rakan melihat masalahnya dengan objektif dan menggalakkannya mencari
  penyelesaian sendiri supaya ia belajar melalui pengalamannya sendiri. | 
H | 
Bertindak menyelesaikan masalah
  rakan. | 
| 
I | 
Merujuk kes yang berat kepada
  Guru B&K dan menjadi penghubung kepada rakan yang bermasalah untuk
  bertemu dengan Guru B&K atau orang yang lebih arif. | 
I | 
Mengendalikan masalah rakan
  yang runcing sehingga mengganggu ketenteraman jiwa. | 
| 
J | 
Menjalankan projek membantu
  sambil mempengaruhi rakan lain supaya melibatkan diri mereka bersama. | 
J | 
Menjalankan projek bersendirian
  dan mengenepikan rakan lain. | 
| 
K | 
Mengutamakan kesejahteraan diri dan
  memahami batasan diri untuk membantu. | 
K | 
Terlibat dengan masalah rakan secara
  peribadi sehingga mengganggu pelajaran dan perasaan sendiri. | 
 
 
 
No comments:
Post a Comment