Friday 30 October 2015

PERKHIDMATAN MOTIVASI DAN KAUNSELING UMMAH

TAJUK : APABILA ANAK MELUNAS RASA

Seorang bapa pulang ke rumah dalam keadaan letih disambut baik oleh anaknya yang berusia 7 tahun. Sambil mengangkat briefcase ayahnya, si anak itu bertanya kepada ayah.....

Anak: Ayah...ayah.. boleh Amin tanya satu soalan?
Ayah: Hmmm....nak tanya apa?Tanyalah............
Anak: Ayah...berapa pendapatan ayah sejam di pejabat?
Ayah: Itu bukan urusan kamu, buat apa sibuk-sibuk nak tanya?

Si ayah mula menengking.

Anak: Amin saja nak tahu ayah... Tolonglah beritahu berapa pendapatan ayah sejam di pejabat?Si anak mula merayu pada ayahnya.
Ayah: 20 ringgit sejam.. Kenapa nak tahu?Jerkah ayahnya lagi..
Anak: Oh........20 ringgit.. Amin menundukkan mukanya.
Anak: Ayah.. boleh tak bagi Amin pinjam 10 ringgit dari ayah?

Si ayah mula menjadi berang dan berkata, "Oh, itu ke sebabnya kamu tanya pasal pendapatan ayah? Kamu nak buat apa dengan duit tu? Mintak sampai 10 ringgit? Nak beli mainan lagi??????
Ayah penat-penat kerja cari duit,kamu senang-senang nak membazir ya........ Sudah, pergi masuk bilik.. tidur! Dah malam sangat dah nih...!!" Bentak ayahnya....................

Si anak itu terdiam dan perlahan-lahan dia kembali kebiliknya. Manakala Si ayah duduk di sofa sambil memikirkan mengapa anaknya yang sekecil itu meminta duit sampai10 ringgit.

Kira-kira 2 jam kemudian, ayah kembali tenang dan terfikir kemungkinan besar anaknya benar-benar memerlukan duit untuk keperluan di sekolah kerana anaknya tak pernah meminta wang sebegitu banyak sebelum ini.Dengan perasaan bersalah, si ayah melangkah menuju kebilik anaknya.Didapati anaknya masih belum tidur.

"Kamu benar-benar perlukan 10 ringgit? Nah.. ambil ni"Si ayah mengeluarkan sekeping duit berwarna merah (bernilai RM10).Kanak-kanak itu segera bangun dan tersenyum girang.

"Terima kasih banyaklah ayah!"Lalu dia mengangkat bantalnya dan mengeluarkan sekeping duit 10 ringgit yang sudah renyuk terhimpit oleh bantal.

Bila ternampak duit itu, si ayah kembali berang.


"Kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu dah ada duit sebanyak itu?????Dan dari mana kamu dapat duit tu??????"


Amin tunduk... tak berani dia merenung ayahnya. Sambil menggenggam kemas duit itu, dia menerangkan.....



"Duit ni Amin kumpul dari belanja sekolah yang ayah bagi tiap-tiap hari tu. Amin minta lagi 10 ringgit kat ayah sebab Amin tak cukup duit..."

"Tak cukup duit nak beli apa??" Jerkah ayahnya lagi."Ayah.... sekarang Amin dah ada 20 ringgit.. Nah..ayah ambil duit ni. Amin nak beli sejam dari masa ayah dipejabat tu. Amin nak ayah balik kerja awal esok. Amin rindu nak makan malam dengan ayah.."

Jelas Amin tanpa memandang wajah ayahnya...The moral of this story... Kongsilah cerita ini dengan sesiapa je yang anda suka tetapi..yang penting sekali,sharelah masa sebanyak 20 ringgit itu bersama-sama dengan insan yang anda sayangi. Ini hanyalah sedikit kisah peringatan kepada sesiapa yang bekerja keras sepanjang hidupnya..yang bakal kerja esok lusa... atau sesiapa saja yang selalu terlalu sibuk...

Jangan biarkan masa berlalu begitu sahaja tanpa dinikmati bersama2 dengan mereka2 yang begitu rapat dengan kita..yang sentiasa berada di hati kita..Bayangkan...kalau kita mati.. nanti majikan kita akan senang2 cari orang lain..gantikan kita.Tetapi..keluarga, rakan2 yang kita tinggalkan kat dunia ini pasti akan berasa suatu kehilangan sepanjang hidup mereka...Fikirlah...selama ni.. apa yang kita dah buat untuk keluarga kita?.. untuk insan yang kita sayang?????


Haraplah selagi bernafas.

No comments:

Post a Comment