Friday 30 October 2015

RAHSIA JADI KAYA

8 PETANDA SI DIA MILIK KITA


Dua manusia yang merasa saling berjodoh pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya. Hanya dengan menatap mata atau mendengar suaranya, kita akan merasakan getaran dan seolah ingin terus bersamanya. Benarkah seperti itu?
Lalu, apakah ada petanda lainnya agar seseorang dapat merasakan bahawa si dia jodoh (soulmate) kita atau bukan?

Petanda 1
Rahsia sepasang kekasih agar dapat memiliki usia hubungan yang panjang adalah dengan adanya saling kerjasama. Kamu dan dia selalu dapat saling membantu, dalam urusan remeh atau besar. Paling penting adalah kamu berdua selalu dapat melalui segala aspek kehidupan secara bersama-sama. Dan semuanya terasa amat menyenangkan meskipun tanpa harus melibatkan orang lain. Apakah kamu sudah merasakan perkara tersebut? Jika ya, selamat... kerana ada harapan bahawa dia adalah calon pendamping hidup kamu!

Petanda 2
Salah satu kriteria yang menentukan sesuai atau tidaknya dia sebagai jodoh kamu atau bukan adalah kemampuannya bersikap bersahaja di depan kamu. Cuba sekarang perhatikan, apakah gerak-gerinya, caranya berpakaian, gaya rambutnya, caranya berbicara serta tertawanya mengesankan apa adanya? Apakah setiap ucapannya selalu tampak spontan dan tidak dibuat-buat? Jika tidak, maaf kemungkinan besar dia bukan jodoh kamu!  Dia orang hipokrit yang Moron. Tak sesuai………..

Petanda 3
Adanya deria batiniah membuat hati kamu berdua dapat selalu saling tahu. Dan bila kamu atau si dia dapat saling membaca fikiran dan menduga reaksi serta perasaannya satu sama lainnya pada situasi tertentu. Selamat! Sebenarnya dialah destini kebahagian kamu... dia jodoh yang bagus.

Petanda 4
Bersamanya dapat membuat perasaan kamu menjadi tenang, selesa dan tanpa perasaan tertekan. Berjam-jam bersamanya, setiap waktu dan setiap hari tanpa membuat kamu merasa bosan... Inilah petanda bahawa kamu berdua kelak akan saling terikat.

Petanda 5
Dia selalu ada untuk kamu dalam situasi apapun. Dan dia selalu dapat memahami situasi dalam hati kamu baik dalam suka dan duka. Percayalah pasangan yang berjodoh pasti tak takut mengalami pasang-surut, suka-duka saat bersama. Sekarang, ingat-ingat kembali. Apakah dia orang pertama yang datang memberi bantuan tatkala kamu dirundung musibah? Dia selalu faham saat emosi kamu terganggu? Dia tahu keadaan waktu anda sakit? Jika ya, tak salah lagi. Dialah orangnya... bakal pasangan mu yang terbaik.
   

Petanda 6 
Dia tak terlalu peduli dengan masa lalu keluarga kamu, juga dia tak peduli dengan masa lalu kamu saat bersama kekasih terdahulu jika ada….. Dia juga tak malu-malu menceritakan masa lalunya... Nah, kalau begitu lah sifat karektor si dia, maka bererti dia adalah benar-benar ikhlas menerima kamu seadanya. Maka tentulah dia yang terbaik bagimu.

Petanda 7
Setiap orang pasti memiliki kekurangan, dan kamu tak malu-malu perlihatkannya pada si dia.
Manakala dia menerima kekurangan kamu samada dari segi suara, rupa dan caragaya dirimu berjalan atau berpakaian... Nah! Kamu dan dia memangnya disuratkan untuk bersama!

Petanda 8
Bila merasa rahsia kamu boleh lebih selamat di tangannya daripada di tangan sahabat-sahabat kamu yang lain. Atau kamu merasa sudah tak dapat lagi menyimpan rahsia apapun darinya, maka berbahagialah! Kerana ini bererti pasangan sejati telah kamu temukan!

Apakah kelapan petanda di atas telah kamu lihat dan ternyata ada pada si dia yang dekat denganmu dari segi komunikasi, pemikiran, matlamat hidup dan harapan masa depan?

Jika ada semua 8 perkara yang menjadi petanda si dia yang terbaik, maka apa tunggu lagi? Binalah mahligai bahgia bersamanya. Insya Allah akan kekal bahagia aman makmur di dunia dan akhirat. Amin.



"Manusia Hawa diciptakan dari rusuk manusia Adam,bukan dari kepalanya untuk dijunjung diatasnya,bukan pula dari kakinya untuk dijadikan alasnya,tetapi disisinya untuk dijadikan teman hidupnya,dekat pada lengannya untuk dilindungi  dan dekat dihatinya untuk dicintai.



No comments:

Post a Comment