Monday 26 October 2015

PSIKOLOGI DAKWAH ISLAMIAH


Assalamualaikum.

 Apa yang saya nampak kita sekarang lebih banyak membentangkan masaalah dari menyelesaikan masaalah.. Macam mana nak selesaikan masaalah mind control?? Macam mana nak hapuskan freemason dan yahudi ni?? Macam mana nak hentikan yahudi dari terus berkuasa?? Jawapan nya tiada lain hanya dengan cara Nabi junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW.. Ketika zaman Jahiliyah penindasan bermaharajalela, bangsa arab pada ketika itu adalah bangsa yang paling teruk dan tidak ada bangsa yang lebih teruk dari mereka sehingga akhir zaman. Mereka minum arak di dalam tengkorak, mereka berjudi dengan membelah perut-perut ibu mengandung dan macam-macam lagi kemungkaran yang mereka buat.

Sehinggalah kedatangan Nabi Muhammad SAW. Mengubah keadaan menjadikan bangsa Arab sebagai bangsa yang terbaik, umat yang terbaik sepanjang zaman tiada umat yang terbaik sehinggalah hari kiamat. Apa yang Nabi tunjukkan adalah dengan berdakwah, mengajak mereka semua kenal akan pencipta yang satu iaitu Allah SWT, meningkatkan iman sehinggakan para Sahabat R.A lebih mulia dari para Malaikat. Pada zaman Nabi ada Kerajaan Rom yang cerdik pandai serta mempunyai empayar yang sangat besar, tetapi Nabi tidak pernah mengikuti cara pemikiran mereka untuk menjadikan Bangsa arab dan umat Islam sebagai umat yang terbaik sepanjang zaman.

Malah akhirnya kerajaan Rom ini tewas di tangan Islam di sebabkan iman mereka kepada Allah dan Bantuan Allah terhadap mereka. Ini adalah cara yang terbaik, cara yang lebih baik dari pemikiran yahudi iaitu pemikiran Nabi Muhammad SAW. Semua yang difikirkan Nabi,semua yang dilakukan oleh Nabi, semua penampilan Nabi, Semua Cara Nabi adalah berasal Dari Allah SWT. Tidak ada satu pun tindak tanduk Nabi yang beasaskan hawa Nafsunya, semuanya datang dari Allah. Jadi apa yang datang dari Allah lebih baik dari semua pemikiran yahudi biar secerdik manapun seseorang itu ia tetap tidak dapat melawan Pemikiran yang diilhamkan oleh Allah kepada Nabi junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Nah!!! Sekarang tuan-tuan pilih nak ikut cara Nabi atau cara Yahudi?? Cara Nabi adalah berdakwah kepada manusia.Dakwah terbahagi kepada 2, iaitu pertama adalah dakwah kepada orang-orang kafir dan yang kedua adalah dakwah untuk orang-orang Islam yang telah pun beriman. Bezanya ialah dakwah kepada orang kafir dipanggil dakwah kalimah iaitu mendakwahkan kalimah Lailahaillallah, dakwah supaya beriman kepada Allah. Dakwah kepada orang yang telah memeluk Islam pula dipanggil dakwah iman dimana mendakwahkan perkara-perkara yang dapat meningkatkan iman seperti bercakap tentang kebesaran Allah, bercerita tentang bantuan Allah terhadap para sahabat, tanda-tanda ahli syurga serta menafikan makhluk dan membesarkan Allah.

Nabi Muhammad SAW menyeru agar semua umat Islam berdakwah tidak kira pada sesiapapun, namun Nabi lebih menekankan agar kita berdakwah kepada sesama Islam agar iman akan sentiasa meningkat dan mudah untuk melaksanakan amal ibadah. Dakwah iman sangat-sangat penting kerana iman adalah sesuatu perkara yang tidak dapat kita tampung dengan amal ibadah yang lain contohnya jika sembahyang fardhu kita ada cacat cela maka akan ditampung oleh sembahyang-sembahyang sunat, begitu juga dengan puasa,zakat dan amal yang lain. Semuanya boleh ditampung oleh amal yang lain tetapi tidak bagi iman.

Allah menuntut kita beriman 100% hanya kepada Allah. Jikalau iman kita sebesar gunung uhud tetapi ada sedikit syirik kepada Allah maka iman kita terbatal, iman kita tak akan dipandang langsung oleh Allah. Tetapi jika iman kita sempurna kepada Allah biarpun hanya sekecil debu maka iman itu akan diterima oleh Allah. Jangan pandang rendah pada masalah iman ini, Allah mahukan kita beriman 100% bukan 99.9% bukan 50%.. Allah mahukan kita semua hanya beriman kepada Allah. Jadi masalahnya macam mana nak dapat iman 100% ? Jawapannya, dakwah iman. Dakwah iman. Pertama sekali untuk berdakwah kita tidak digalakkan bercerita tentang azab dan perkara yang menakutkan, peringatan dan azab hanyalah untuk diri sendiri tidak digalakkan untuk dijadikan bahan dakwah.

PERTAMA:

Nafi makhluk dan Menisbatkan Allah SWT. Kalimah Lailahaillallah itu sendiri telah menunjukkan Nafi makhluk dan menisbatkan Allah SWT. Tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah. Kita kena nafikan semua kekuasaan makhluk contohnya ubat tidak boleh bagi sembuh,makanan tidak boleh bagi kenyang, kayu kokka tidak boleh datangkan apa-apa manfaat, kerja tidak boleh berikan rezeki,gula tidak boleh bagi manis, garam tidak boleh bagi masin. Seterusnya Kita menisbatkan Allah hanya Allah yang berkuasa Allah yang bagi manis,masin dan pelbagai rasa lagi, Allah yang berikan kesembuhan,Allah yang berikan kita kenyang,berikan rezeki dan segala galanya datang dari Allah. Semuanya datang dari Allah tetapi kita jangan salah faham contohnya "Oh aku tak nak makan nasi la, sebab bukan nasi yang bagi kenyang, oh aku tak nak makan ubat la sebab bukan ubat yang bagi kita sembuh,".. Ini jahil namanya!! Kita tetap kena makan nasi, tetap kena makan ubat tetapi jangan yakin yang makanan itu bagi kenyang dan jangan yakin ubat yang bagi sembuh sebaliknya yakinlah Allah yang berikan kenyang dan kesembuhan. Contohnya 2 orang pesakit dengan penyakit yang sama jumpa doktor yang sama dapat ubat yang sama tetapi seorang sembuh dan seorang lagi mati.. Sebab apa keputusan berlainan? Sebab ubat nak bagi sembuh hanya dengan izin Allah, jika Allah tak izinkan maka ubat itu tidak boleh beri kesan apa-apa.

KEDUA:

Perbanyakkan bercerita tentang kebesaran Allah. Allah tak perlukan bantuan dari sesiapapun untuk cipta dunia ni, Allah ciptakan cakerawala, Allah ciptakan semua planet-planet, Allah ciptakan bulan dan matahari tanpa bantuan dari sesiapa pun. Allah jadikan bermacam-macam rasa didunia ni, rasa manis rambutan,manis tembikai, manis madu, manis susu semuanya Allah jadikan berlainan. Itu baru manis macam mana dengan rasa masam,masin,tawar,kelat,pahit dan macam-macam lagi rasa. Subahanallah mampu ke manusia untuk mencipta rasa-rasa segitu tanpa kuasa Allah?? Allah cipta lautan luas terbentang,Allah cipta padang pasir, Allah cipta gunung ganang, Allah cipta rumput-rumput dan tumbuh-tumbuhan, Allah cipta haiwan-haiwan, Allah cipta manusia dari setitis air!! Manusia walaumacam mana cerdik pun tak dapat cipta setitis air, manusia tak dapat cipta sebutir pasir, tak dapat cipta batu batuan, tak dapat cipta hatta sehelai daun pun. Lemahnya kita.. Buah-buahan apabila masak akan bertukar warna, dari hijau ke kuning,merah,hitam dan sebagainya, semua ni menandakan kekuasaan Allah.. Tak ada orang pun pergi cat buah pisang jadi kuning,buah rambutan jadi merah, semuanya terjadi dengan kekuasaan Allah.. Banyak lagi bukti kebesaran Allah SWT Insya-Allah nanti saya akan buat tajuk khas untuk bab ni.

KETIGA:

Bantuan Allah kepada para sahabat. Disini cukup saya mengambil contoh peperangan Badar, dimana 313 orang melawan seribu orang kafir Quraisy. 313 orang Islam tanpa senjata yang lengkap dan bilangan yang sedikit melawan 1000 orang kafir lengkap dengan senjata. Pada asalnya jemaah dibentuk untuk menghalang rombongan Abu sufian yang membawa barang dagangan serta senjata ke Mekah, tetapi orang kafir telah mengetahui rancangan ini dan menghantar 1000 orang tentera lengkap bersenjata untuk memerangi Nabi Muhammad SAW. Di malam sebelum peperangan Badar Nabi telah berdoa dengan doa yang sangat-sangat sedih. Merintih dan meminta pertolongan dari Allah. Keesokkan harinya Nabi mengumpul semua 313 ahli Badar dan bersiap sedia menghadapi kafir Quraisy yang ingin manghancurkan seluruh umat Islam yang ada pada ketika itu. Ahli-ahli Badar pun berkumpul lalu mengambil pelepah-pelepah tamar untuk dijadikan senjata, pedang2 patah dikumpulkan dan talam2 tempat mereka makan dijadikan perisai. Keadaan tentera Islam ketika itu sangat-sangat daif tetapi hati-hati mereka penuh dengan keyakinan terhadap Nabi Muhammad SAW dan janji-janji Allah SWT. Iman mereka ketika itu telah pun sempurna. Doa Nabi Muhammad SAW dimakbulkan, Allah SWT menurunkan ribuan malaikat untuk membantu Nabi. Ketika itu pelepah tamar menjadi senjata yang sangat-sangat ampuh, kepala tentera Quraisy dengan sendirinya terpancung seolah-oleh ada sesuatu yang memancungnya, perisai-perisai tidak tembus dengan senjata tentera kafir. Allah mencampakkan ketakutan di hati-hati musuh Islam dan Allah semarakkan keberanian kepada ahli-ahli Badar. Akhirnya tentera Islam menang melawan kafir Quraisy dan peristiwa itu menjadi kenangan pahit kaum kafir Quraisy.

Banyak lagi kisah-kisah bantuan Allah kepada para sahabat. Insya_Allah sy akan menulis lagi tentang kisah para Sahabat pd masa akan datang. Kisah-kisah sahabat adalah kisah benar dan kita akan dapat banyak pengajaran dari kisah Sahabat Nabi SAW.

KEEMPAT:

Tanda-tanda ahli syurga.. Diantara tanda-tanda ahli syurga ialah mencintai ilmu, sukakan kelebihan,banyak menangis kerana takutkan Allah, banyak amal ibadahnya. Cintakan Nabi Cintakan Allah, berakhlak mulia, tidak menyakiti sahabat,tidak menyekutukan Allah, sentiasa berlapang dada sesama manusia dan banyak lagi. Jadi inilah perkara yang perlu kita sampaikan dan menjadi topik perbualan kita sehari-harian. 

Iman akan meningkat bila kita banyak bercakap tentang perkara ni. Dengan bercakap tentang kebesaran serta bantuan Allah terhadap sahabat akan mewujudkan ketakjuban serta kekaguman akan kekuasaan Allah. Inilah yang kita nak masukkan dalam hati kita, yakin terhadap Allah supaya di akhir kalam kita dapat mengucap 2 kalimah syahadah. Kalimah syahadah ni amat-amat senang dihafal tetapi dapatkah kita mengucapkan kalimah ini ketika kita semua hampir mati?? Semua ini bergantung kepada keyakinan kita dan apa yang berada di hati kita pada saat-saat kematian. Jika iman yang berada di hati maka senanglah untuk mengucap 2 kalimah syahadah tetapi jika kebesaran makhluk yang berada di hati maka susahlah untuk mengucap 2 kalimah syahadah.

Pada ketika ini hati bergantung pada apa yang kita sering ingat dan sering kita lakukan semasa kita hidup di dunia. Jikalau kita sering ingat tentang kerja maka kalimah kerja yang berada dihati kita, jikalau kita sering mengingati bola maka kalimah bola yang berada di hati kita, jika kita sering mengingati kekasih kita maka nama kekasih kitalah yang berada di hati kita.. Tetapi jikalau kita sentiasa mengingati Allah maka Allah lah yang berada di hati kita dan Insya-Allah mudah untuk kita mengucap 2 kalimah syahadah. 

Disaat kita menghadapi sakaratul maut syaitan akan berusaha 100% untuk menyesatkan kita berbanding dengan hari-hari biasa syaitan hanya menggoda kita sebanyak 10% sahaja. 10% ni pun dah banyak menyesatkan manusia dan menjerumuskan manusia ke dalam neraka jahanam jadi bagaimana dengan usaha 100% syaitan? Pasti lebih dahsyat lagi. Syaitan akan menjelma menjadi orang yang kita sayang,orang yang kita sanjung, binatang ternakan kita serta apa-apa sahaja yang kita sayang sepanjang hidup kita. Syaitan akan menggoda dengan sedahsyat-dahsyatnya sehingga kita mati tanpa iman. Nauzubillah. Ketika ini hanya kuasa Allah sahaja yang dapat membantu kita. Hanya orang-orang yang dipilih sahaja akan dapat mati di dalam iman. Ganjaran orang-orang yang mati di dalam iman adalah syurga yang penuh nikmat.

Sesiapa yang datang bertemu dengan Allah dengan membawa iman walaupun sebesar zarah maka Allah akan memberinya ganjaran dengan syurga sebesar 10 kali ganda dunia. Itu untuk iman sebesar zarah, jika iman lagi besar maka semakin besarlah syurga kita. Syurga adalah satu tempat yang kita tak dapat bayangkan,tak pernah terlintas difikiran dan nikmatnya tak pernah kita rasa. Kita cuba bayangkan 1 tempat yang indah seperti hawaii,borneo serta tempat-tempat pelancongan yang cantik-cantik kat dunia ni, semuanya tidak setanding dengan syurga ciptaan Allah SWT. Didalam syurga mengalir sungai susu,sungai arak, lumpur-lumpurnya berbau kasturi, lantainya dihiasi batu-batu permata dengan nyanyian-nyanyian yang indah tak pernah kita dengar didunia, buah-buahan tumbuh mekar dengan rasa yang berlainan.

Didalam syurga kelak ada seorang hamba yang makan pisang sehinggakan kulit-kulit pisang bertimbun setinggi gunung. Setiap kali suapan kesedapan akan bertambah sebanyak 70 kali ganda. Ahli-ahli syurga akan terpegun di pintu syurga selama 40 tahun kerana indahnya pintu syurga. Nikmat yang paling besar di syurga ialah ahli syurga dapat melihat wajah Allah SWT. Di dalam syurga kita minta apa-apa sahaja pasti terkabul, jika kita nak makan burung maka burung yang berterbangan akan jatuh di hadapan kita dengan cara hidangan yang kita inginkan. Jika kita inginkan hiburan maka pokok-pokok,burung-burung, segala hidupan di dalam syurga akan turut menyanyi. Apabila Nabi Daud mula membaca Al Quran, seluruh penduduk syurga akan terpegun, air sungai akan berhenti mengalir,pokok-pokok beralun menunduk ke bawah, burung-burung berhenti berterbangan, semuanya terpegun dengan bacaan yang merdu dan mendayu-dayu.

Banyak lagi nikmat yang disediakan untuk ahli syurga, nikmat yang tak dapat kita gambarkan di dunia. Untuk mendapat ganjaran syurga kita semua mesti buat usaha atas iman, usahakan iman kita sehingga iman kita betul hanya kepada Allah dan semakin besar iman maka semakin besar syurga kita kelak. Syurga yang paling besar adalah syurga Abu Bakar As-Siddiq r.anhu. Satu hari malaikat Jibril meminta izin dari Allah untuk melawat syurga Abu Bakar, Allah mengizinkan dan menambahkan sayap malaikat Jibril, 300 sayap sebelah kanan dan 300 sayap sebelah kiri. Semasa Nabi Yusuf dicampak ke dalam perigi Allah memerintahkan malaikat jibril menyambut Nabi Yusuf, Malaikat Jibril dengan sepantas kilat menyambut Nabi Yusuf tetapi Malaikat Jibril lupa cara nak menyambut Nabi Yusuf maka dilepaskan semula Nabi Yusuf dan Malaikat Jibril bertemu dengan Allah semula.

Apabila sudah mengetahui cara untuk menyambut Nabi Yusuf maka terus Malaikat jibril menyambut kembali Nabi Yusuf. Ketika itu Nabi Yusuf tak sampai lagi ke dasar perigi, lihatlah betapa pantasnya Malaikat Jibril dengan sayapnya yang sedia ada belum ditambah dengan 300 sayap kanan dan 300 sayap sebelah kiri. Malaikat Jibril pun terbang ingin memasuki Syurga Abu Bakar, 500 tahun terbang masih tak sampai lagi maka Malaikat Jibril berhenti sekejap rehat, 500 tahun lagi Jibril terbang masih lagi tak nampak pintu masuk ke syurga Abu Bakar, Malaikat Jibril terbang lagi mencari-cari pintu Syurga Abu Bakar, terbang,terbang dan terbang.

Akhirnya Malaikat Jibril terjatuh keletihan sambil menangis-nangis. Bidadari yang berada di syurga Abu Bakar terdengar tangisan yang sangat-sangat dahsyat itu, maka mereka beramai-ramai keluar mencari punca tangisan itu dan akhirnya bertemu dengan Malaikat Jibril. Bidadari itu pun bertanya kepada Malaikat Jibril. "Wahai Jibril kenapa kamu menangis?" "Aku meminta kepada Allah untuk melawat syurga Abu Bakar, tetapi sampai sekarang aku belum lagi menemui pintu masuk ke syurga Abu Bakar," "Kembalilah kamu wahai Jibril, kamu sekarang masih lagi berada di halaman pertama syurga Abu Bakar... Pintu Syurga Abu Bakar tidak akan tercapai olehmu," Malaikat Jibril pun kembali dengan kehampaan. Lihatlah betapa besarnya syurga Abu Bakar sehinggakan Malaikat Jibril yang pantas dan gagah perkasa itu pun tidak mampu masuk ke dalam syurga Abu Bakar. Seribu tahun Malaikat Jibril terbang tetapi masih berada di halaman pertama syurga Abu Bakar.. Subahanallah besarnya Syurga Abu Bakar.

Jadi tuan-tuan nilai iman adalah syurga. Usahakanlah keyakinan kita, usahakanlah iman kita dengan berdakwah. Banyakkan bercakap tentang kebesaran Allah,bantuan Allah kepada sahabat r.ahum, perbanyakkan percakapan nafi dan isbat, berceritalah tentang tanda-tanda Ahli syurga. Zikir sahaja tak cukup kita kena betulkan percakapan kita juga. Cuba kita semua renungkan, setiap hari kita berzikir 1000 Subahanallah,1000 Alhamdulillah, 1000 Allahuakbar, 1000 Lailahaillallah dan macam-macam zikir lagi tetapi bila masa lapang kita berborak pasal bola, gosip, cinta, filem baru, mengumpat dan macam-macam lagi. Jadi pahala zikir tadi semua habis terbang melayang. Sia-sialah amalan kita, jadi untuk menyempurnakan amalan seharusnya kita betulkan percakapan kita.

Cara untuk mamperbetulkan percakapan kita adalah dengan menukarkan topik bola kita kepada cerita kebesaran Allah, tukarkan gossip-gosip kita kepada cerita tanda-tanda orang beriman dan ahli syurga, tukarkan bicara bisnes dunia kita kepada bicara bisnes akhirat kita, tukarkan segala galanya agar hati kita penuh dengan berita2 akhirat, penuh dengan cita2 ke syurga, penuh dengan cinta kepada Allah dan Rasul-Nya.

KESIMPULAN

Kesimpulannya kalimah Lailahaillallah adalah kalimah iman yang perlu di usahakan dan di sampaikan kepada semua dengan cara berdakwah agar semua manusia terselamat dari api neraka. Asap api neraka sudah cukup untuk menjadikan kita arang. Akhirnya saya ingin membawa satu kisah tentang mencari iman..
Di zaman Rasulullah SAW Islam berkembang dengan pesat, dakwah menjadi perkara rutin, suasana agama wujud dimana-mana, semua orang bercita-cita ingin memperolehi syurga, semua orang inginkan mati syahid, semua orang ingin meningkatkan iman masing-masing, semua orang meyakini kata-kata Rasulullah SAW, semua orang meyakini janji-janji Allah SWT. Tidak terkecuali dengan seorang sahabat yang ingin mencari iman. Sekian lama sahabat itu memikirkan, bagaimana ingin mengekalkan iman yang ada di dalam hati dan menambahkan iman. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk duduk di rumah berzikir memuji Allah dan membaca kitab-kitab agama. Maka bermulalah seberapa lama dia berzikir, mengulangi ayat-ayat Al-Quran yang dihafalnya dan membaca kitab-kitab yang berkaitan iman.
Suatu hari Allah menghantar Malaikat Jibril untuk memperbetulkan sahabat itu. Malaikat Jibril pun pergi ke rumah sahabat itu dalam keadaan menyerupai manusia dan membuat bising di atas atap rumah sahabat tersebut. Mendengarkan bunyi bising di atas atap rumahnya dia segera naik ke atas dan melihat seseorang sedang mundar-mandir seperti mencari sesuatu, lalu sahabat itu pun bertanya.. "Wahai saudaraku apa yang kau buat di atas atap rumahku ini?" "Aku sedang mencari untaku yang hilang." "Bodoh!! Mana mungkin unta kamu berada di atas atap, kamu carilah di padang pasir atau di tempat lain." "Kalau begitu kamu lagi bodoh!! Mana boleh kamu mencari iman dengan hanya duduk di rumah dengan berzikir dan membaca kitab-kitab, kamu kenalah keluar dari rumah dan berdakwah barulah iman akan meningkat." Tersedarlah sahabat itu akan kesilapan yang dilakukannya. Mulai hari itu sahabat tersebut terus bertaubat dan keluar berdakwah meningkatkan iman. Situasi ini sebenarnya sama dengan keadaan kita pada i hari ini.
Cukupkah sekadar duduk di rumah depan komputer, menulis tentang ilmu-ilmu dakwah? Cukupkah pahala zikir untuk ditampung dengan dosa percakapan yang sia-sia? Sudah sempurnakah iman untuk membeli syurga Allah SWT? Sudah sempurnakah agama yang ada di dalam diri? Jikalau jawapannya adalah BELUM maka kita seharusnya keluarlah untuk berdakwah meningkatkan iman, memperbetulkan iman kita kepada Allah. Nabi tidak pernah runsing tentang ekonomi, harta, tanah jajahan dan segala bentuk kebendaan duniawi. Yang Nabi risaukan Adalah bila manusia tidak mengenal Allah, Nabi risaukan umatnya masuk api neraka, Nabi risaukan umatnya tertipu dengan segala benda dunia. Apa yang Nabi mahukan hanyalah semua umatnya beriman kepada Allah dan semua umatnya masuk syurga. Inilah impian terbesar Nabi, marilah kita sama2 merealisasikan impian Nabi junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW.Berdakwahlah, ajak manusia mengenal Allah bukan dengan mengajak manusia kepada perkara yang sia-sia. Dengan berdakwah iman akan meningkat, bila iman meningkat barulah Allah akan memberikan bantuan mengalahkan musuh2 Islam. Inilah cara Nabi Muhammad SAW.

-haraplah selagi bernafas-

No comments:

Post a Comment