| 
5  PANDUAN
  MEMILIH SAHABAT SEJATI DUNIA DAN AKHIRAT 
OLEH: 
CR. Ahmad Kamal bin Ariffin 
Kuala Pilah. 
Negeri Sembilan Darul Khusus. 
NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan
  ialah sebagaimana pesanan Al- Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya
  :  Pertama: Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan... 
Kedua:  Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya). Ketiga: Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya. Keempat: Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu. Kelima: Sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu. Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara : 
Wajahmu dengan
  linangan air mata keinsafan,  Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, 
Hatimu takut
  dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,  
dan dosa-dosa
  yang silam disulami dengan taubat kepada Allah. | 
Friday, 30 October 2015
PERKHIDMATAN KURSUS DAN LATIHAN PEMBANGUNAN STAF
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 
 
 
No comments:
Post a Comment