Tuesday 20 June 2017

BIARLAH DIRIMU MENJADI OBOR HEMAH


Tugas orang dewasa menjadi contoh teladan.
Bahawa jangan biarkan orang barat terus tangkas bijak zalim menindas orang timur.
Orang timur perlu bersatu, taati pemimpin dan kukuhkan hubungan dengan tuhan.
Jika tersilap, lalai dan malas gerak tindak orang dewasa, maka akan meranalah nasib kanak-kanak bangsa kita pada masa depan.

Iman dan ilmu tidak boleh dijual beli.
Ia hanya singgah tersimpan dalam hati insan yang;

1. Gigih belajar
2. Taati ibubapa dan guru
3. Fokus diri tinggi
4. Disiplin tinggi
5. Tabah hadapi cabaran

Harta dan duit pasti habis setelah diguna. Sebaliknya iman dan ilmu semakin menebal pabila diguna.

Akhikum Fillah;

Dr. Ahmad Kamal bin Ariffin.

No comments:

Post a Comment