17 PRINSIP KEJAYAAN
PRINSIP YANG BERKAITAN DENGAN SIKAP
 
Prinsip 1: Sikap Mental Positif
•     
Hanya anda yang boleh mengendalikan sikap anda
•     
Hanya anda yang boleh menerima dan menolak
•     
Satu usaha untuk menggantikan fikiran yang negatif
•     
Perlu dilatih setiap hari agar jadi kebiasaan
•     
Gantikan sikap ragu kepada yakin kepada diri
 
Prinsip 2: Kepastian Tujuan
•     
Merupakan peta jalan untuk mencapai seluruh sasaran
kerjaya
•     
Anda perlu tahu kemana anda harus pergi
•     
Kejayaan pada waktu singkat memerlukan persiapan
bertahun-tahun
•     
Tujuan anda akan menjadi hidup anda dan membantu
memusatkan seluruh tenaga untuk mencapai tujuan tersebut
 
Prinsip 3: Bekerja melebihi yang perlu dikerjakan
•     
Ganjarannya melebihi daripada sepatutnya
•     
Berusaha mengumpulkan saham
•     
Kecemerlangan itu milik manusia biasa yang berusaha
secara luarbiasa
 
Prinsip 4: Belajar daripada kekalahan / kegagalan
•     
“Gagal dalam satu perkara, hanya untuk mendapat kejayaan
yang lebih besar dalam hal lain”
•     
Kekuatan kita tumbuh dari kelemahan kita
•     
Kita tidak kalah kalau kita jatuh, tetapi kita memang
kalah kalau kita tidak bangkit semula.
 
PRINSIP YANG BERKAITAN DENGAN
KEPERIBADIAN
 
Prinsip 5: Inisiatif Peribadi
•     
Inisiatif ialah melakukan perkara yang benar tanpa
disuruh
•     
Dunia menyediakan hadiah besar hanya kerana satu perkara,
iaitu inisiatif:
–  
Cipta peluang anda sendiri
–  
Serius untuk lakukan yang lebih baik dari semalam
–  
Bersedia bertahan dan bertanggungjawab untuk mengambil
keputusan dan mengambil risiko meskipun dalam tugas-tugas besar
Prinsip 6 : Antusiasme
•     
Suatu keadaan fikiran yang memberi inspirasi untuk
bertindak
•     
Menjadi bahan bakar semangat yang tulus
•     
Sentiasa dalam keadaan ghairah untuk bekerja
•     
Menyukai perkara yang dilakukan
 
Prinsip 7: Keperibadian yang menyenangkan
•     
Anda perlu mengembangkan watak yang positif
•     
Andalah yang menentukan watak keperibadian anda
•     
Kejujuran dan integriti sangat penting untuk watak yang
kuat
•     
Batasan anda terletak pada fikiran anda
 
Prinsip 8: Disiplin Diri
•     
Kita mempunyai akal, ketenangan dan keseimbangan untuk
mengendali diri sendiri
•     
Kita memiliki kekuatan untuk berfikir dan memerintah
fikiran anda ke arah yang anda inginkan
•     
Disiplin diri memiliki kekuatan besar membuat kita terus
maju.
 
Prinsip 9: Menganggarkan waktu dan wang
•     
Carilah waktu yang paling baik untuk berfikir
•     
Kita hanya diberi 24 jam sehari?
•     
Menghargai setiap sen yang kita terima dan belanjakan
•     
Kegelisahan masalah wang boleh membunuh cita-cita
 
Prinsip 10: Menjaga kesihatan fizikal dan mental
•     
Banyak penyakit sekarang dikaitkan dengan gaya hidup
•     
Gantikan kebiasaan yang buruk dengan yang sihat
•     
Pastikan irama yang teratur dari kasih sayang, ibadat,
belajar dan riadah untuk tingkatkan tenaga
•     
Tenaga tambahanlah yang membezakan antara juara dengan si
gagal
 
PRINSIP YANG BERKAITAN DENGAN
PERSAUDARAAN
 
Prinsip 11: Penggabungan Kekuatan
•     
Apabila 2 kekuatan digabungkan, hasilnya gabungan
kekuatan yang jauh lebih besar daripada jumlah kekuatan kedua-duanya
•     
Meskipun sulit, tidak ada masalah yang terlalu sukar
untuk dipecahkan dan tidak ada cita-cita yang terlalu tinggi untuk dicapai
 
Prinsip 12: Kerja Berpasukan
•     
Setiap ahli pasukan bekerjasama untuk mewujudkan satu
tujuan
•     
Dalam satu pergaduhan, jika kita cari pemenang…kita tidak
akan jumpa penyelesaian ; tetapi jika kita mencari penyelesaian…kita tidak akan
jumpa siapa pemenang
 
PRINSIP YANG BERKAITAN DENGAN INTELEK
 
Prinsip 13: Wawasan Kreatif
•     
Imaginasi adalah kerja fikiran
•     
Kita tidak akan mencipta kejayan dan kecemerlangan besar
kecuali kita mencipta kualiti tersebut dalam dalam fikiran dan membayangkan
anda memilikinya
•     
Kecemerlangan itu bermula dengan angan-angan biasa tetapi
dikerjakan dengan usaha yang luar biasa
 
Prinsip 14: Perhatian yang terkawal
•     
Kemampuan untuk mengawal dan mengarahkan fikiran kepada
satu punca masalah sehingga kita boleh mengawalnya
•     
Kemampuan untuk mengorganisasikan pengetahuan dan fikiran
ke satu arah yang ingin dicapai
•     
Kita dapat melakukannya kerana kita percaya kita dapat
melakukannya
 
Prinsip 15: Berfikir secara tepat
•     
Berfikir tepat dibantu oleh tindakan mengenali,
menghubungkan, mengasimilasi dan menerapkan informasi yang diperolehi dengan
masalah yang dihadapi
•     
Otak manusia seperti komputer
•     
Ingatan selalu dikaburkan oleh emosi, prasangka dan
berlalunya masa
 
PRINSIP YANG BERKAITAN DENGAN
KEROHANIAN
 
Prinsip 16: Penghayatan Iman
•     
Berbuatlah kepada orang lain sebagaimana anda ingin
mereka berbuat kepada anda
•     
Kebaikan yang anda lakukan kepada orang lain akan kembali
kepada anda melalui sumber yang anda sendiri tidak menjangkainya
 
Prinsip 17: Kekuatan kebiasaan Kosmik/Hukum Alam
•     
Hanya manusia yang tidak diperintah oleh naluri akan
dapat menggantiakan kebiasaan yang buruk dengan yang lebih baik
•     
Salah satu cara mempelajari sesuatu ialah mengulanginya
•     
Semua kegagalan dan kejayaan terletak kepada kebiasaan
yang anda bentuk sendiri
 
 
 
          
      
 
  
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment